Wednesday, March 31, 2010

~ SaYa KePenaTan ~ sabar ! sabar !





Read more...

Monday, March 29, 2010

Akhirnya..dapat juga..! Syukur..

Salam kembali..

Alhamdulillah..diberi kesempatan utk menulis..entry kali ni pendek saja..

Bbrp minggu lalu, sy cuba mendapatkan sebuah buku baru terbitan PTS Islamika hasil tulisan Saudara Aswanizam..tajuk buku nya , “Syahadah Gadis Ateis”..Buku ni baru juga di pasaran..


Agak kerap juga sy online utk menempah di bbrp laman web buku…kebanykkn laman web yg sy kunjingi tidak ada stok buku ni..akhirnya, sy terjumpa di dalam laman web kedai buku badan .... namun, disebbkan masalah system, sy x blh membuat tempahn online..Perancangan awal nk pergi terus ke kedai buku Badan di Angasana..tp dek keletihan, niat asal dibatalkan…

Akhirnya,smlm dengan perasaan yg berbunga2 sy dan suami singgh di Batu Pahat Mall (kedai buku popular)…ternapak susunan buku tersebut..apalagi..tangan sy mencapai 2 buah buku.. satu utk saya..satu lagi utk rakan (ipah) .. Syukur..akhirnya dpt juga buku ni..harga x mahal..RM16 sebuah..isinya sgt bagus..sbb sebelum ni ada baca tulisan novel ni dari format PDF saja..Alhamdulillah kini dibukukan..

Oh ya..shbt2 blh ziarah di blog saurdara Nizam ni di www.satuhala.blogspot.com
Hope saudara Nizam teruskn menulis…

p/s : teringat ucapan tahniah saudara Nizam kpd sy menjelang majlis perkahwinan sy yg lalu.. syukran..
Read more...

Wednesday, March 24, 2010

Rindunyaa...Makan dlm talam !!


   Gambar Hiasan : Nasi dan lauk disatukan dlm satu talam

Rindu nk makan dalam talam bersama2 sahabt2..terkenang zaman dulu2..lagi2 time puasa..bersahur makan dlm talam..berbuka makan dlm talam...indahnya...Kalau di kampung pun makan dlm talam..

P/s: Skang makan dalam talam bersama suami...heee
Read more...

Panduan Melangkah ke Fasa Baru (Bahagian 1)

Salam,


Alhamdulillah~ syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat iman dan Islam yg dikurniakan kpd kita semua..Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhamad saw serta keluarga baginda..

Tergerak hati sy nk buat entry berkenaan “ Persiapan Menjelang Perkahwinan”..ada 2-3 orang rakan2 sy yg bakal mendirikan masjid nanti..jadi munkin apa yg sy kongsi ni dapat membantu.. InsyaAllah~



Dulu, selepas sy bergelar tunangan orang, agak banyak sebenarnya perkara2 berlegar2 dlm kepala sy..Yelah, agak risau dgn urusan majlis dan lain2..InsyaAllah sy cuba senaraikan satu- persatu utk panduan rakan2 sy..

1) Kursus Kahwin..

Ok.. seelok-eloknya kursus kahwin ni pergi di awal waktu pun takde masalah ..sbb sijil nya blh dipakai seumur hidup… Ada juga kwn2 sy yg da pergi time belajar dulu..lagi bagus mcmtu.. mcm sy ni pergi kursus pun 8 bulan sebelum majlis walimah.. bayrn utk ke kursus kahwin RM120.00 selama 2 hari (sabtu dan ahad)..info psl kursus kahwin sy cari by internet. Alhamdulillah..dipermudahkan..


2) Beli Dokumen2 Nikah

Pembelian dokumen2 ni dijalankan di Pejabat Agama Negeri terdekat atau berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda..mcm kes sy dulu , suami dah belikan awal2 utk borang lelaki dan borang perempuan.. jadi hanya berikan pd sy utk lengkapkn borang2 tu saja…antara contoh borangnya adalah :

1) Borang Permohonan utk Kebenaran Berkahwin (isi dlm 2 salinan)- (L&P)
2) Borang Pengesahan tandatangan Wali
3) Borang Saringan HIV.

Bila da lengkapkn borang, sy kena tunggu dokumen dr pihak suami selesai urusan sesi temudaga baru sy boleh selesaikan bahagian sy…sbb kami lain2 Daerah..jadi kena ikut prosedur

3) Cek Darah



Utk proses cek darah ni, kena pastikan tempoh sahlaku dgn betul.. kebiasaannya due date utk dokumn cek darah ni valid 6 bulan sblm majlis.. sy pergi ke klinik kesihtn kulai 5 bulan sblm majls..manakala suami pula 3 bulan di Pasir Gudang sblm majls..Proses cek darah ni mmg sekejap.. x sampai 10 minit da selesai..

Dulu sambil2 bacaan darah tu nak keluar dari alat periksa darah, jururawat di situ bertanya kan kpd sy apa yg sy tau ttg HIV? Sy jawab aje apa yg terlintas.. dlm hati da macam sesi temuduga kerja jururawat pula..

4) Surat Akuan Bujang

Mula-mula sy agak musykil mana sy nk dptkan surat akuan bujang ni..Plan awal nk jumpa Ketua Mukim Daerah sy…last-last dapat tau blh minta kat company sy ni.. akhirnya sy email HR dan mohon surat akuan bujang..tak sampai 2 hari sy da terima surat akuan bujang ..Alhamdulillah dipermudahkan..Bwh ni surat akuan bujang yg diberi..(maaf ler terpaksa padam data2 tertentu..)


5) Urusan Temuduga dan dokumen lengkap

Sesi temuduga sy di Pejbt Agama Batu Pahat.. jadi sy terpaksa ambil cuti utk dtg ke sini..pergi dgn mak abah. … Selesai dokumen2 disemak oleh pegawai disana, sy diminta masuk ke dlm sebuah bilik.Rupa2nya sudah ada pegawai lain menanti utk sesi temuduga..soalan2 yg sy perlu jawab adalah – mengucap 2 kalimah syahadah, bacaan Al-fatihah, rukun nikah, niat mandi wajib, dan juga bab bersuci… Alhamdulillah~ bersyukur sangat2 dipermudahkan urusan..

Selesai sesi temuduga, sy ke kaunter utk mendapatkn borang2 lain utk dikepilkan bersama dokumen lengkap td utk diserahkan kpd jurunikah… total borang yg dibeli RM17.00 (jumlah harga bagi borang 3, borang 6,dan borang 8)…


6) Tempah jurunikah

Selesai urusan dokumen di Pjbt Agama Daerah, perkara yg utama perlu difikirkan adalh utk mendapatkan khidmat jurunikah. Alhamdulillah~ urusan sy masa tu dipermudahkan..kini hanya tunggu masa utk dinikahkan saje..

Ok..sy akan sambung utk persediaan yg lain dlm entry seterusnya..InsyaAllah..moga diberi ruang masa utk berkongsi..
Read more...

Monday, March 22, 2010

KEBERKATAN WAKTU

Keberkatan yg paling penting ialah keberkatan dlm hidup dan keberkatan dlm waktu kita..Yakinilah , kita diciptakan utk suatu tugas yg amat penting, dan waktu ialah modal yg penting, dan waktu ialah modal yg penting utk dapat menunaikan tugas tersebut dgn baik.


Tanpa keberkatan dan pengurusan waktu yg baik, kita tidak dpt menunaikan tugas tersebut dgn sempurna. Oleh sbb itu, bagi hamba-hamba Allah yg sejati, waktu jauh lebih mahal dan lebih berharga daripada wang dan harta apa pun di dunia ini…
Read more...

Sunday, March 21, 2010

Nowseeheart & Saujana - Inspirasi

Inspirasi
Album : Jalan Sehala
Munsyid : Nowseeheart
http://liriknasyid.com/


Inspirasi...

Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu
Malangnya tak jumpa
Hilang ditelan ombak masa

Lelah aku
Dan termangu di sini
Mencari sinar

Ku cuba mengutip
Butir bistari di pesisir kalammu
Inginku sematkan

Menghiasi dada kehidupanku
lalu terang destinasi abadi
Di hujung langkahku

Kau inspirasi
Jiwa nan suci
Inginku terus selami

Di dasar dirimu kilau cahaya
Mutiara putih
Menyinar ke dalam lubuk jiwa
Nan gelap gelita

Di dasar dirimu
Karang indah
Halus penuh seni
meneguh perjuangan kebenaran
Hikmah pekerti

Kau inspirasi
Permata hati
Ingin ku terus selami

Kau inspirasi
Walau kau pergi
Namun ku tetap di sini..

Lagu : Aidit Alfian
Lirik : Bro Idz NSH
Read more...

Gambar Walimah sy - 20hb Dis 2009- versi 3

Salam,
Alhamdulillah~ moga semua dlm rahmat dan redha Allah swt..
Syukur, kelmarin sy dan suami cuba mencuri masa hjng minggu kami utk pulang ke kmpg (kluang & muar)..

Sempat la sy berjumpa mak abah serta keluarga mertua sy..tujuan utama kami adalh utk selesaikan urusn album fotografi majlis walimah kami di Muar..Al-kisah, agak lama kami menanti utk album ni..agak lewat sbb jurugambar ni buat task ni as a part time job….tp x mengapa, sbb akhirnya dapat juga.. rakan2 ofis sy da bbrp kali asyik bertanya ttg gmbr di majls walimah sy di belah lelaki.. sy hanya jawab, “insyaAllah, ada..Cuma lmbt sedikit..” ..syukran kpd rakan2 yg dpt hadir..Senior2 JKM yg hadir spt Kak mus dan suami, Akhi Wanto & family, Abg Naim dan Muzafar terima kasih sy ucapkan..Bwh ni ada bbrp gmbr di sekitar majlis di pihak suami

Saat menyambut suami

Gambar bersama rakan ofis suami

Gambar kenangan bersama keluarga belah suami

Gambar kenangan bersama keluarga sy,saudara mara serta jiran sy ..Jauh dtg dari Kluang dan Pontian.Masa ni x ramai saudara sy dpt hadir..apa2 pun terima kasih ats kehdrn semua

Read more...

Friday, March 19, 2010

Miss U my frenz..utkmu Shbt Nisa' GP..

Salam

Saat ni sy di ofis..turn group kami bekerja minggu ni..semasa sibuk mengemaskini folder2 yg agak x tersusun di dlm pen drive dan PC adalah terjumpe bbrp gmbr kenangan sy dan shbt2 Nisa’..ada program Riadah Nisa’, Futsal Tournament, Progrm Anak Angkat ,dan semasa Program Ihtifal Pasti di Gelang Patah..rasanye saya amik gmbr2 ni dr Nisa’ blog dan ada jg dr personal camera.. terasa nk post dlm entry kali ni..Yelah, rindu sgt2 dgn shbt2 dan Program2 Nisa’ itu sendiri..

Baikla..layankan gmbr di bawah..

1) Saat program riadah - main futsal !!

Team Black (my team la..hee)

Team Red ( team red kalahkan team sy..huhu..score 2-1 )

Penat sbnrnye main futsal ni..tp seronok sgt2.. hopefully ada lagi tournmt ni next time..

2) Program Ihtifal PASTI (Gelang Patah)

Makan2 time.. berkumpul bersama2 team Nisa'..

Sy bersama syamsinar,'uyun dan hakimah.. masa ni ditugaskn jadi unit pendaftrn..

Gambr kenangan dgn shbt2 slps tamat program..alhamdulillah..


3) Program PAKAT (Anak Angkat)

Solat Jemaah bersama sblm berangkat ke tmpt Program (kg.ladang,Glg Patah)


Tekun mendengar penerangan Ketua Nisa'

Bertolak ke rmh keluarga angkat msg2.


4) Program Riadah (di Hutan Bandar Mutiara Rini)

Bersenam dgn penuh ceria..

Hemm..ni yg best..makan nasi ayam penyet ptg tu.


khas utk shbt2 Nisa' GP ..

Lagu : Cebisan Kenangan
Artis: Amar

ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga

meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya
namun cebisan kenangan kita
sentiasa bermain di bayangan mata
detik waktu yg berlalu
menjadi memori kau dan aku

sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu
tanpa mengeal erti penat jemu
ingatkah kau lagi
kita bersama memijak onak duri
ditanah gersang mengutip semangat suci
kini segalanya tersurat dalam sanubari

bersabarlah dengan ketetentuan-Nya
ada rahmat yg tersembunyi
bertemu berpisah kerana Allah
lumrah kehidupan insan beriman
moga saat nan indah
ku harap berulang lagi


p/s: Rindu-rinduan dgn shbt2 Nisa’.. mhn maaf x smpt nk join progm,cume berkesmptn utk turun ke usrah saje..

Read more...

Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.




Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan.


Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.


Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai.


"Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.


Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai.



Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Sekian

p/s: saja share cerita kanak-kanak dlm entry ni..sbb teringat suami suka bercerita..siap ada tone suara watak2 yg diceritakan.. comel sgt2..nak merajuk x jadi merajuk..hee..
Read more...

Thursday, March 18, 2010

ADAB PERGAULAN DAN BERBAIK SANGKA

Ada seorang ahli himat mengatakan.. “Jikalau kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini” :

1. Hadapi kawan atau musuh dgn wajah yg tenang,gembira,sopan,rela hati. Elakkan daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri..

2. Jangan terlalu byk menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang org lain.


3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, byk berludah atau berhingus di tempat awam, byk menguap atau menggeliat badan.


4. Usahakan agar dudukmu itu nmpk tenang, kata-kata selalu teratur,menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yg melucukan lebih baik kamu diam sahaja.


5. Jangan bersikap pura-pura.


6. Elakkan drpd memberitahu sesiapa tentang harta yg dimiliki krn jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dgn kehinaan.


7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kpd kesopanan dan jangan merendah-rendahkan kemampuan org lain.


8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.


9. Jika masuk ke majlis-majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.


10. Jauhi drpd duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu. Jangan suka bergurau senda dgn cendiakawan dan org yg kurang akalnya. Jika banyak bersenda gurau dlm sst majlis krn terlupa atau lain2, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.


Orang yg berbaik sangka akan mendapat pahala krn hatinya terang dan tidak dicemari dgn sifat yg tidak baik.
Read more...

DOA QUNUT NAZILAH

DOA QUNUT NAZILAH


اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطي و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.


اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.


يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!



اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.



اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.




اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.


وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين
Read more...

Who's next ? utk rakan2 SMB..

Salam semua,


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat iman dan Islam yg dikurniakan kpd kita semua..Selawat serta salam kpd junjungan Rasulullah saw serta keluarga baginda..

Memandangkan kini masih dalam mood cuti sekolah, agak byk jemputn sbnrnye ke majls perkahwinan.. Tiba2 sy teringat utk buat entry list rakan coursemate sy yg dah selamat masuk ke fasa alam rumahtangga..Alhamdulillah, stakat ni dah 6 org termasuk sy sudah pun memasuki alam perkahwinan ini..

Rakan kami yg mendahului carta ialah Saudara Amin Mukmini dan psgnnya (Terengganu).. Majlis beliau jika x salah saya pd akhir2 bln thn 2008.time tu kami baru jer selesai final exam, beliau edar kad jemptn..Alhamdulillah~ Saudara Amin dan isteri selamat dikurniakn cahaya mata..(maafla lupe nama..huhu).


Kemudian diikuti walimah Saudara Hafiz Zakaria dan Azma ( Terengganu juga).. Wallahu’alam..sy betul x tau rakan sy yg sorang ni walimah..munkin sy da lama x buka friendster and x de pula laman FB time tu..jadi segala info x smpi kat sy..jadi bwh ni gmbr amik drpd blof rakan sy afzan..thanks afzan..Alhamdulillah~ beliau dan isteri dikurniakn baby boy – Muhammad Hadif Amzar.. sedap nama nya..


Yang ke-3 pula Saudara Farhan & Isniza pada 21 Mac 2009..masih ingt tarikh tu sbb sy dan kwn2 dpt hadir di majlis belah perempuan di Skudai.. Masa ni rakan sy yg sempt bermalam di rumah sewa sy dulu – Afzan dan Nina.. Yelah, mereka dtg jauh dr KL..jadi sy yg ada di Johor ni mengalu-alukan kehadirn mrk di sini.. Alhamdulillah juga Isniza br selamat melahirkan baby bln lepas…tahniah..tahniah..



Kemudian, Saudari Zaslin (kami panggil Jetlin) dan psgnnya Saiful..Mereka disatukan pada Oktober 2009..tahniah yer Jetlin..mohon maaf x dapt hadir ..Jauh nun di Kelantan..lagipun masa tu sy agak kelam kabut nk uruskn majlis sy bulan 12.. Alhamdulillah kini Jetlin dan suami menetap di Kuala Lumpur..moga Jetlin dan suami bahagia selama-lamanya yer..



Rangking ke-5 pula dipegang oleh Saudara Muhsin dan Suhaila.Alhamdulillah mereka selamat disatukan pada 12 Dis 2009 (seminggu b4 sy walimah)..Alhamdulillah~ dipermudahkan utk bertandang ke rumah pengantin..memandangkn suhaila adalah rakan saya tika belajar di Sekolah menengah .. majlis diadakan di kluang..agak ramai juga rakan2 kami turun di majlis mereka..Kini mereka menetap di Pasir Gudang. Sy kerap juga berbalas email dgn suhaila bertanya khabar..


Dan yg terakhir menutup tirai tahun 2009, majlis walimah saya dan suami pada 20hb Dis 2009..Alhamdulillah~ syukur dipermudahkn urusn..hanya ucpn terima kasih tak terhingga kpd shbt yg mendoakn kebahagiaan kami..insyaAllah moga kalian semua juga dipermudahkan urusan ya..


Diri ni rs x sabar nak menanti kad jemptn seterusnya dari rakan kelas..( Kej..Mekanikal-Bahan). sy yg lain2.. insyaAllah yakin yer kawan2 Allah swt akan permudahkan urusan kita semua..yg penting kita x putus2 meletakkn pengharapan kepadaNya..insyaAllah, sy disini mendoakn yg terbaik buat semua… Hopefully, jgn lupe yer kirim kad jmptn…
Read more...

Sunday, March 14, 2010

Permata yg tak ternilai..anugerah Allah swt ..

Salam semua,

Kelmarin, bila sy duk belek2 kembali handphone suami, ada ternmpk la gmbr2 yg diambil semasa kami menziarah rumah rakan ofis suami di Psr Gudang..rasanye bbrp minggu lepas kami singgh di sana…selepas abis kuliah Dhuha di sana..

Pasangn suami isteri ni adalah rakan ofis suami.. Abg Joe dgn Kak ila.. kami ke sana nk menziarah Kak ila yg baru melahirkan baby 2 bulan lalu.… sblm ni x berkesemptn menziarah..jadi ada masa sket kami singgh la di rumah mereka..comel sgt2 baby girl..namanya Sofea..


Kak ila minta sy utk pegang babynya..alhamdulillah~x brp kekok.. munkin da terbiasa dulu time bantu mak jaga anak orang (waktu tu duduk KL..posting sana sbb abah khidmat sbg Pegawai tentera, jadi mak mengasuh anak jiran)..



kemudian abg Joe pula minta sy beri babynya pada suami …cepat2 suami menolak..risau katanye..yelah ..baby kan badannya lembut..” InsyaAllah, ada anak sendiri nanti yakin nk pegang..anak org takutla..” ucap suami sambil tersenyum..suami hanya mampu tgk2 and usap2 Sofea je..



Kami disana x lama..sbb ada urusn lain tghr tu..jadi sempt la snap bbrp pict.. thanks kak ila and abg joe..terima kehadirn kami.. sebelum pulang, sempt kak ila berkata, “ akk doakn korang cepat dpt zuriat yer..”

“insyaAllah kak..terima kasih doakn kami..” ucap kami sambil melambai2 ke arah Sofea yg comel.. kami doakn Sofea jadi anak yg solehah ya..


 “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”. ( Surah Ali’ Imran: 38 )






Read more...

Walimah Kak Tim & Hana ..tahniah



Salam

Syukur kehadrat Allah swt atas nikmat iman dan Islam yg diberikan kepada kita semua..Selawat serta salam diucapkan kepada Nabi Muhamad s.a.w serta kaum keluarga baginda…

Alhamdulillah~ hari minggu yg baru saja berlalu (14Mac) sy serta suami seperti biasa mengatur jadual kami utk ke program2 / majlis2 tertentu…Setiap pagi ahad, kami pasti berada di Surau Al-Husna (Bndr Sri Alam,Psr Gdg)…



Di sini kami mengikuti Kuliah Dhuha yg disampaikan Ustaz.Md Isa.. Tempoh kuliah 2 jam 30 minit…start kuliah jam 9.30pg hingga 11 pg..jadi kami akan bertolak awal dari Senai.. perjalanan makan masa 1 jam..

Hari ni kami dah plan menuju ke beberapa tempat… Sebaik saja habis kuliah Dhuha, Suami mengajak sy utk singgah ke Desaru memandangkan kami ada 2 jemputan walimah di kawasan Kota Tinggi… jam menunjukkn 12.30 thgri tika kami sampai di Desaru… niat utk melihat mempelai nanti dalam jam 2.30 ptg.. jadi kami singgh dulu di sana…x lama kami di sana..Cuma berjalan2 sekejap, ambil angin sambil melihat alam ciptaan Allah swt..nikmat Allah swt diberikan secara PERCUMA kepada hamba2Nya…patut bibir kita ni senantiasa mengucapkn rasa syukur yg amat2 atas nikmat pemberiaan Yang Maha Pencipta ..Syukur Alhamdulillah~







Kemudian, kami bertolak ke Kota Tinggi ..ada 2 jemputan walimah di sana.. Di Felda Air Tawar 2…Jauh juga perjalanan ke sana… jemputan yg pertama rakan ofis suami – tahniah kepada Nazrul & Hana..

sempat la kami berjumpa mempelai..Cuma x dpt bergambr bersama..time tu pengantin amat busy melayan tetamu lain..sempt snap pict mereka duduk di singgh sana saja..tahniah dari kami..

Selepas kami menjamu selera, kami bergegas ke jemputn ke-2..nasib baik jemptn pun dalam Felda yg sama.…walimah Kak Tim (ex-JKM KTC)..dulu sy anak buah unit Kak Tim – unit Akademik di kolej kediaman kami di UTM dulu…tahniah Kak Tim dan pasangan (Asmawie)..


sempt la kami bergmbr kenangn dgn pengantin..kali ni mmg sy beriya-iya mengajak suami bergmbr kenangn dgn Kak Tim dan psgn..maklumla..utk tatapn kwn2 sy yg jugak kenal dgn Kak Tim..

“Terima kasih la Che Khai dan Farah yer..dapat juga datang sini..Maafla time korang kahwin, akak x dpt dtg..sibuk tanda kertas periksa sekolah..” ucap kak Tim after kami berdua sampaikan salam tahniah pada mereka..

”Eh, xpela kak Tim, kami faham..” balas sy sambil tersenyum..

Apa2 sy dan suami mengucapkan tahniah kpd kedua2 pasangan mempelai..selamat berbahagia dan moga kalian tabah mengharungi fasa baru dengan mengharapkn redha Allah swt.. Kami doakn yg terbaik utk semua..InsyaAllah~
Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Panduan Menyelesaikan Masalah...


Salam kembali,


Syukur diberi ruang masa utk berkongsi dgn shbt2 semua.. ringkas saja entry kali ni…sy ada terbaca artikel berkaitan Panduan Menyelesaikan Masalah… di bawah ni sy catatkan apa panduannya..moga berguna utk semua…

PANDUAN MENYELESAIKAN MASALAH

1. Terima kenyataan bahawa anda mempunyai masalah.
Jangan hanya duduk termenung menantikan keajaiban datang menjelma utk menyelesaikan mslh itu..Anda juga perlu berhenti drpd menyalahkan org lain..Anggaplah masalah sbg satu peluang utk anda menguji keupayaan sendiri.

2. Kenal pasti apakah masalah.
Sekali lagi jgn asyik salahkan orang lain ..Jika benar pun ada factor luaran yg menyebabkannya, tangguhkan sekejap..objektif kita sekarang bukan utk mencari salah siapa..tetapi mencari apa masalahnya..

3. Masalah itu milik siapa.
Setelah menyenaraikan masalah sebenar, fikir semula adakah ia benar-benar kerana anda? Jgn bebankan diri anda dgn memikirkan masalah yg ‘dimiliki’ oleh org lain…Pilih masalah anda yg sebnr..dan ‘pulangkan’ semula semua yg menjadi milik org lain…

4. Berbincang dgn org lain.
Biasanya org yg menghadapi mslh akan rs gelisah dan risau, ini boleh menjejaskan keupayaan mereka utk mereka utk menyelesaikan mslh itu..Tetapi jgn pula hendak ‘menjaja’ masalah itu kpd semua org. Pilihlah org yg sesuai utk mslh yg sesuai jika anda rs perlukannya perbincngn dgn org lain…

5. Kenapa masalah tersebut timbul?
Jika banjir kilat disebabkan longkang yg tersumbat, maka bersihkanlah longkang tersebut.. Dengan mengenal pasti punca, kadangkala anda blh mendaptkan penyelesaiannya. Tetapi dlm kebanyakn hal, belum tentu punca boleh menyelesaikan masalah. Tetapi ia penting utk memastikan perkara yg sama tidak berulang kembali.

6. Apa yang memburukkan lagi keadaan?
Bunyinya macam utk merosakkan keadaan, tetapi tidak..Dengan mengenal pasti perkara yg boleh memburukkan keadaan,anda boleh mengelak drpd memburukkan keadaan.

7. Fikirkan 3 cara utk memperbaiki keadaan..
Yang pertama – tindakan kecemasan utk dilakukan sekarang.
Yang kedua- tindakan pemulihan utk sebentar lagi
Yang ketiga – tindakan utk jangka masa pjng..

Setiap satu mungkin mempunyai bbrp subtindakan yang tersendiri..

8. Jika perlu, minta bantuan orang lain.
Belajarlah bagaimana utk berinteraksi scr persuasive. Anda juga perlu tahu bagaimana utk mempengaruhi org lain agar bersama dgn anda.

9. Rekodkan usaha-usaha anda.
Setiap kali anda bekerja utk menyelesaikan masalah anda, anda sbnrnnye sedang mempertingkatkan diri anda.Rekodkan kerja-kerja anda itu walaupun perlahan..Sekurang-kurangnya anda tahu bhw anda sedang bekerja utk menyelesaikan masalah anda.

10. Masalah adalah CABARAN dan Peluang !!
Ia adalah cabaran dan peluang utk anda mempertingkatkan diri anda. Tanpa masalah, hidup anda akan mendatar dan tidak berkembang..Setiap kali anda berjaya menyelesaikan masalah, potensi diri anda akan meningkat..Dalam masa yg sama, pemgalaman akan bertambah dan keyakinan pada diri sendiri juga meningkat..

Tiada silapnya utk mempunyai masalah..Masalah ialah perkara normal dlm kehidupan manusia..Malah,org yg tidak menghadapi masalah sebenarnya mempunyai masalah..Oleh itu, setiap kali anda ditimpa masalah, ingatlah pada hari ini, berjuta org ditimpa masalah, dan anda ialah salah seorang daripadanya..Oleh itu, apa masalahnya??

p/s: jika ada masalah, cuba berusaha menghadapinya disamping memhn bantuan Allah swt..
Read more...

Monday, March 8, 2010

Amanah? bolehkah kita...??

Salam kembali..

Syukur alhamdulillah, kesihtn sy beransur-ansur baik..terima kasih atas doa shbt2 semua.. cume ada waktu tertentu , tekak ni rs gatal sgt..tu yg terbatuk2…jadi sepanjg di ofis ni sy sentiasa mengunyah gula-gula hacks hitam..utk hilangkan rs gatal di tekak nie… x lupa jgk minum air masak sebanyak munkin…

Entry kali ni tiada coretan yg terlalu panjng.. hari2 yg sy lalui adalah sama rutinnya.. cuba utk melaksanakn amanah sbg seorg pekerja, sbg seorng isteri, sbg seorg anak.. dan amanah yg paling besar adalh sbg seorang hambaNya yg memohon redha Allah swt…

Sbg seorang pekerja…


- hari-hari sy ke ofis seawal jam 7.30pg..bertolak awal bimbang jalan sesak..(sekarang di kawansan Senai agak sesak memandangkan projeck naik taraf jalan besar di situ..).


- sambil mendaki tangga ke ofis, mulut sentiasa berzikir dan berdoa agar segala kerja sy diredhai Allah swt..

- sampai di ofis melaksanakn task2 / project2 yg sedia ada…

Sbg seorang isteri….

- Bangun di awal pagi, menyediakn bekal , sarapan dan kelengkapan pakaian utk suami tercinta..
- Menghantr suami di muka pintu, dan menyambut kepulangn suami dgn keadaan ceria ..(walaupun keadaan diri dlm kepenatan..)

- Menyediakn makan malm , membasuh pakaian..mengemas rumah yg tiadala banyak barangnye…cume akui lambakan buku2 suami yg mebuatkan sy kerap mengemas.. sy suka mengemas buku2 ni..sbb dpt jugak sy membaca buku2 yg menarik minat sy…syukran abang..!!

- Memuliakn dan mendoakn suami di mana saja berada…

Sebagai seorng anak…

-Tiap-tiap hari (pagi dan mlm), sy pasti akn menelefon mak dan abah di kluang..(mmg rutin sy sebelum kahwin..jadi da terbiasa)…bertanya khabr dan ape2 juga cerita yg sy ingin kongsi bersama mak dan abah walaupun perbualan kami sekadar 5 minit saja…itu sudah cukup buat sy… keluarga mertua sy akan cuba hubungi juga…bertanya khabr dan berkongsi cerita…

- Cuba juga balik ke kmpng menemui mereka.. kadang2 ada masa kami berdua x dpt pulang ..disebbkn masing2 kerja di hujung minggu.. mak abah dan keluarga mertua juga kdg2 bertanya bila kami nk balik kampung..kdng2 serba salah kami nk jawab..bukan x mahu pulang..namun disbbkn masa kami agak padat..maaf ye mak abah di kluang dan di muar…


Sebagai hambaNya yg kerdil…

- Memanjatkan rs syukur di atas segala nikmat yg diberikan… Alhamdulillah~

- Menunaikn kewajipan sbg hambaNya.. Alhamdulillah~ rs syukur dikurniakn suami yg blh mengimamkn solat sy…

- Membasahkn lidah dgn zikrullah… walaupun semasa memandu…walaupun semasa berjalan…moga diri ini istiqamah…

- Syukur diberi kesemptn utk menghadiri kuliah agama di Pasir Gudang..kuliah Dhuha.. pengisian yg diberi amat padat dan lengkp..sesi kuliah terbahagi kpd bbrp bhgn/ slot… tafsir Quran, hadith, Feqah dan sesi soal jwb..syukur diberi kesmptn ke sana setiap minggu…Alhamdulillah..

Bila kite membicarakn ttg amanah,,Ya Allah rasa sgt2 kecil dan terasa spt tak mampu nk laksanakn semua amanah2 yg diletakkn… Moga diri ini diberi kekuatan utk melaksanakan amanah2 ini…Ameen..Ya Rabbal a’alamin…


Read more...

Thursday, March 4, 2010

Sakit? pasti ada hikmahnya..

Salam kembali,


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Syukur diberi nikmat oleh Allah swt ..diberi lagi ruang utk bernafas dimuka bumi ini.. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda..

Mohon maaf da lama x menulis..jika diliht dlm entry sy di bawah ni.. kebanyykn sy hanye sempt copy and paste saja.. niat utk share2 dgn shbt2…



Lately kesihtn sy agak terganggu… semlm sy terpaksa ambil MC memandangkan kadar keterlaratan sy berkurang..antibodi ni da x mampu nak melawan anasir2 sakit lagi…

Pagi smlm sy gagahkn diri utk bangun dtg ke ofis dulu.. sbb nak ambil surat klinik di HR.. dan selepas dpt pengesahan dr boss sy bergegas memandu ke klinik panel yg terletak kira-kira 3 km dr kilang sy..nak tak nak kena gagahkan diri..kepala ni da berpusing ditambah dgn suhu badan yg agak panas serta selsema,semput dan batuk yg tak berhenti2..dlm hati Allah sj yg tau..

Pemeriksaan di klinik sekejap saja..setelah mendapat ubat dan surat MC sy terus pulang ke rumah..makan apa yg ada utk alas perut dan selepas itu terus makan ubat.. handphone sy x berhenti2 dpt mesej dari suami tercinta.. munkin risau dgn keadaan sy yg x sihat nie.. sy hanya smpt membalas supaya suami xperlu rasa risau..

Syukur suami begitu prihatin dgn keadaan sy.. x lekang dibibirnya membaca selawat dan doa sambil memicit kepala sy setelah dia pulang dr kerja.. mlm tu juga sy gagahkn diri utk memasak apa sj lauk yg ada dirumah.. rs bersalah dgn suami yg lapar..alhamdulillah~ sempat sy sediakan ayam masak merah dan sayur bendi goreng utknya..sy hanya menjamah sedikit makanan.. tekak x berselera nak makan sbnrnye..

Alhamdulillah~ arini kesihtn sy semakin baik..cume batuk2 yg x henti2 saje..gagahkan diri utk ke ofis..moga rs sakit ni membuatkan diri sy berfikir ..dan dlm masa yg sama muhasabah diri… sy yakin Allah swt menjadikan sst samaada penyakit ataupun musubah pasti ada hikmah di sebaliknya..kita sbg hambaNya x perlu mempertikaikan mengapa Allah swt melatakkn ujian sebegini pd hambaNya..sbb Allah swt adalah Pemilik alam ciptaan ini..hanya Dia berkuasa atas sesuatu…

Wallahu’alam…
Read more...

Asal 4 Buah Sungai Di Syurga


A'salam wr wb....

Untuk renungan bersama.....

Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga Bersabda Nabi s.a.w : "Semasa aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah.

Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan ada airnya yg tidak masin.


Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam al-Qur'an : "Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah rasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan ada sungai dari madu pilihan".

Aku bertanya kepada Jibrail a.s : "Wahai Jibrail a.s, dari manakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?"

Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku ketahui."

Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yg besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar
diperbuat dari permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakut hijau dan kunci-kuncinya dari emas.

Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya.

Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya: "Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?"
Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan pintunya berkunci?

Dimanakah kuncinya"

Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam tanganmu"

Tanyaku : "Dimana?"

Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir rahiim".

Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.

Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku: "Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini? Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu memancutkan airnya".

Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang tiangnya.

Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungai arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar air sungai madu.

Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga. Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.

-aminnn-

Wallahua’lam..




Read more...

Tuesday, March 2, 2010

Amuk cuaca

Amuk cuaca


sumber: www.Halaqah.net
Editor : PenaHalaqah


KALI pertama masyarakat Malaysia mendengar perkataan El Nino kira-kira 14 tahun lalu, iaitu ketika El Nino yang disifatkan paling teruk melanda negara dan rantau ini. Ia menyebabkan jerebu, kemarau dan kepanasan melampau dengan suhu meningkat melebihi 40 darjah Celsius.

Ketika itu, ramai yang ketawa dan mempersendakan namanya biarpun ia jelas mencetuskan kebimbangan pihak terutama saintis, pakar kaji cuaca dan alam sekitar dunia. Kali ini El Nino muncul lagi. Amukannya menyebabkan cuaca dunia tidak menentu dan tempoh yang sepatutnya disifatkan stabil sebaliknya terus dilingkari keadaan kemarau, banjir dan ribut salji.

Lebih membimbangkan, menurut pakar kaji cuaca, El Nino akan terus bertambah buruk bagi tahun-tahun mendatang. Fenomena El Nino yang muncul setiap dua hingga tujuh tahun di selatan Pasifik, menunjukkan tanda-tanda cuaca dunia sudah semakin celaru. Apa tidaknya, kesannya boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam di seluruh dunia, merosakkan tanaman bagi dua tahun berturut-turut dan menimbulkan kekecohan dalam pasaran komoditi dunia.

Menurut pakar kaji cuaca dunia, tahun 1997-1998, adalah El Nino terburuk dicatatkan dalam tempoh 150 tahun. Malah kejadian El Nino pada 1998 menyebabkan kerugian melebihi RM15 bilion di seluruh dunia dengan Malaysia saja mencatat kerugian hampir RM1 bilion.

Sebelum peristiwa 1997-98, El Nino yang paling teruk dicatatkan pada 1982-83, dalam tempoh 100 tahun, membawa bersamanya cuaca buruk yang mendatangkan kerosakan di 15 negara, dianggarkan kerugian pada AS$13 bilion (RM37.7 bilion) dan membunuh 2,000 orang.

Tahun ini, fenomena yang sama kembali berulang, namun saintis menjangkakan kali ini tidak seteruk 1997-98 kerana ia dikategorikan sebagai El Nino Modoki, iaitu kategori sederhana.

Ketua Seksyen Analisis Cuaca, Pusat Penyelidikan Atmosfera di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat, Dr Kevin E Trenberth berkata, fenomena El Nino kali ini tidak seburuk 1997-98 tetapi hampir menyamai fenomena pada 1982-83.

"Itu sebab di sesetengah negara seperti Australia, ada kawasan yang hujan lebat dengan ribut yang boleh membawa banjir dan sebahagiannya pula kering, begitu juga beberapa kawasan di Tahiti dan Amerika Selatan yang mengalami ribut dan banjir," katanya.

Pakar kaji cuaca tempatan, Profesor Dr Fredolin Tangang yang juga Profesor dan Ketua Pusat Penyelidikan Sistem Perubahan Iklim Tropika, UKM, berkata El Nino yang dialami sekarang disebabkan kehadiran El Nino yang bermula sejak Jun tahun lalu. Ia kini ia berada di fasa puncak dan mula menurun yang diramal berakhir April nanti. Namun, El Nino kali ini boleh dikatakan dalam kategori lemah atau sederhana.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Kumpulan Kerja 1, Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, corak peningkatan suhu di lautan pasifik ini mengkategorikan El Nino kali ini kepada jenis 'El Nino Modoki'. 'Modoki' adalah perkataan Jepun yang bermaksud serupa tetapi berbeza. El Nino jenis biasa menunjukkan peningkatan suhu permukaan laut maksimum di bahagian timur Lautan Pasifik dan bukan di bahagian tengah.

"Apabila El Nino Modoki berlaku kesannya lebih dirasai di Semenanjung berbanding Sabah dan Sarawak pada musim puncak iaitu Januari hingga April. El Nino 'biasa' membawa impak yang lebih kuat di Sabah dan Sarawak pada musim ini berbanding Semenanjung," katanya.

Selain Malaysia, kesan yang sama atau lebih teruk dirasai di negara lain sama ada di rantau ini dan benua lain di lautan Pasifik. Di Filipina, El Nino memberi kesan kepada 100,000 petani di wilayah utara, tengah dan selatan Mindanao yang terbabit dengan industri tanaman padi dan jagung di negara berkenaan.

Jabatan Pertanian negara itu, menganggarkan tanah seluas 4,643 hektar untuk sawah padi dan 8,900 hektar jagung terjejas teruk akibat cuaca panas dan musim kemarau kesan El Nino. Kerajaan itu menjangkakan pengeluaran beras menurun kepada 800,000 tan apabila musim tuaian untuk suku pertama tahun ini menurun sebanyak 1.7 peratus berbanding tahun lalu dengan 7.25 juta tan.

Di Indonesia pula dijangkakan lebih banyak kebakaran hutan akan berlaku selain meningkatkan aktiviti pembakaran terbuka selepas musim menuai berakhir bulan depan.

Awal bulan ini, kira-kira 50 negeri di Amerika Syarikat terus diliputi salji walaupun sepatutnya musim sejuk sudah pun berada di penghujungnya. Seorang penyelidik Universiti Oklahoma, berkata kejadian semua negeri Amerika dilanda salji pada masa ini sememangnya pelik. Ini kerana kebiasaannya, awal Februari hanya 40 atau 50 peratus wilayah negara itu yang bersalji.

Di China, cuaca sejuk dan salji tebal berlaku di tengah dan timur negara berkenaan awal tahun ini. Keadaan cuaca melampau terburuk sejak 16 tahun lalu, menyebabkan kerugian ekonomi berjumlah 311 juta yuan (RM140.5 juta) di wilayah tengah Hubei dan Hunan.

Apakah El Nino boleh dikesan jauh lebih awal? Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) yang diterbitkan pada 2007, misalnya menyatakan pemanasan global boleh menjadikan fenomena El Nino lebih kerap dan kuat di dekad mendatang dan juga ada kemungkinan sistem interaksi atmosfera-lautan di Lautan Pasifik `terkunci' kepada keadaan El Nino.

Pakar kaji cuaca dunia percaya amaran awal fenomena cuaca boleh dikeluarkan 14 bulan sebelum El Nino melanda negara di sekitar lautan Pasifik dan memberi kesan kepada cuaca di benua Afrika dan Eropah.

Pada masa ini, saintis hanya mengeluarkan amaran fenomena berkenaan beberapa bulan sebagai persediaan kepada petani dan nelayan yang terkesan teruk daripada fenomena berkenaan.

Malah, ramalan atau jangkaan yang diberikan saintis atau pakar kaji cuaca sering tersasar sejak kebelakangan ini apabila tidak sama dengan keadaan sebenar fenomena berkenaan berlaku. Mereka percaya, perubahan cuaca global mempengaruhi fenomena El Nino dan keadaan cuaca yang lain.

Pakar Kaji Cuaca di Institut Penyelidikan Perubahan Global di Yokohama, Jepun, Takeshi Izumo percaya amaran kehadiran El Nino boleh dikesan lebih awal berdasarkan perubahan yang berlaku di Lautan Hindi.

Perubahan El Nino pertama kali dikenal pasti pada tahun 1999 dan ia dikesan berlaku setiap dua tahun sekali, malah, analisis rekod cuaca 1981 hingga 2009 mendapati bahawa ketika apa yang disebut Indian Ocean Dipole berada dalam fasa "negatif" iaitu dengan air panas di barat dan dingin di timur - maka peristiwa El Nino di Pasifik akan berlaku pada tahun berikutnya.


El Nino dan Malaysia

El Nino yang dikawal oleh Lautan Pasifik. Walaupun Malaysia begitu jauh daripada lautan itu tetapi ia masih boleh memberi kesan kepada negara kerana Malaysia terletak di kawasan benua maritim di tengah, antara dua lautan besar iaitu Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Dalam keadaan normal, kawasan ini mempunyai tekanan udara rendah berbanding di bahagian timur dan tengah Lautan Pasifik.

Kelembapan udara akan bertumpu ke kawasan ini dan ini merancakkan proses perolakan dan pembentukan awan. Bagaimanapun, apabila El Nino berlaku, pemanasan di bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menyebabkan tekanan di kawasan ini menjadi rendah berbanding di kawasan rantau benua maritim.

Ini menyebabkan kelembapan akan bergerak ke bahagian tengah dan timur Lautan Pasifik menjadikan atmosfera di kawasan kita kering, stabil dan proses perolakan yang minimum. Imej satelit terkini menunjukkan kawasan di rantau benua maritim termasuk Malaysia kurang berawan berbanding di bahagian tengah Lautan Pasifik.

El Nino adalah fenomena semula jadi berskala besar akibat interaksi lautan dan atmosfera dan tiada teknologi yang boleh menghalang fenomena ini. Kekerapan ia berlaku adalah sekali dalam dua hingga tujuh tahun. Bagaimanapun kegiatan manusia terutama corak guna tanah boleh meningkatkan lagi impak fenomena ini.

Kegiatan manusia juga menerusi pembebasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global juga boleh mempengaruhi corak dan kelakuan El Nino.

Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) yang diterbitkan pada 2007, pemanasan global boleh menjadikan fenomena El Nino lebih kerap dan kuat di dekad mendatang dan juga ada kemungkinan sistem interaksi atmosfera-lautan di Lautan Pasifik menjadi `terkunci' kepada keadaan El Nino.

Negara pernah mencatat suhu tertinggi 41.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 1998, sehingga menyebabkan kemarau panjang di sebahagian kawasan di negara ini. Namun, sejarah catatan suhu tertinggi itu masih kekal.

Catatan cuaca kini yang paling tinggi ialah antara 34 hingga 36 darjah Celsius dan masih dianggap fenomena biasa setiap Februari hingga Mac, setiap tahun.


INFO: El Nino

Dinamakan anak Jesus dalam bahasa Sepanyol (El Nino bermakna `The Boy' atau `The Child' (budak lelaki)) kerana ia mencapai puncak kuasanya sekitar perayaan Krismas.

Nelayan ikan bilis Peru sudah arif benar dengan fenomena El Nino (Christ Child) kerana ia memuncak sekitar sambutan Krismas. Tangkapan mereka menurun kerana air laut sejuk di perairan Peru menyebabkan ikan bilis berpindah ke kawasan lain.
Read more...