Showing posts with label Bahan Bacaan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Bacaan. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Ya Allah..Permudahkanlah Urusan kami...


Read more...

Saturday, May 21, 2011

Buku Pemakanan Bayi.- rujukan saya !!


 Salam semua,
Baru saja sy membeli buku pemakanan bayi...sbg rujukan sy yg kebuntuan idea utk buatkan makanan utk Ammar..sejak Ammar da start makan di usia 6 bulan.. (walaupun kat internet berlambak2 resepi bayi..hee)...

Buku ni hasil koleksi resepi utk anak dari majalah Pa&Ma.harga sebenar RM19.90..tp dpt diskaun 20%....insyaAllah, sy akan cuba satu persatu resepi di dalam buku ini..khas utk Ammar ...tapi, abahnya yg over sket...duk tunjuk2 gmmbr makann yg sedap2 terus suruh sy buatkan..walhal, belum sesuai utk Ammar makan...ehmm..mestilah utk perut abahnya la ni..heee..






Read more...

Friday, January 21, 2011

Premature baby info..

salam semua,

bwh ni sy copy artikel dari website Danone Dumex Malaysia tentang bayi pramatang..kini sy byk membaca dan mendptkn maklumat sebanyak mungkin ttg penjagaan bayi pramatang memandangkan Ammar lahir di usia kandungan 34minggu... harap dpt dikongsi bersama dgn kawan2...

When is a baby premature?

If your baby is born before 37 weeks of pregnancy, they are considered to be premature, or pre-term.
(Ammar lahir masa 34 minggu)


Bonding with your premature baby in hospital
If your baby is born prematurely, they’re likely to need the support of an incubator and will need to stay in hospital until they’re strong enough to go home. But even though you may not be able to cuddle them as you expected, they can recognise your smell and voice, so simply sitting next to them and talking can start to build strong bonds.

You might worry that your baby looks too fragile to touch, but gentle stroking or massage is a special and comforting way to pass on your love and reassurance.

Some mums and dads can find it very emotional visiting their premature baby. If you don’t feel up to it some days, take a little time to look after yourself so that you’re better prepared when you’re ready to go back in.
(mmg mula2 rasa emosi sket tgk Ammar..even x letak dlm inkubator..tp kesian kena duduk dlm wad lama2.huhu)

Expressing milk for your premature baby
If your baby is still in the baby unit you may be expressing breast milk to feed them. Many mums find that their milk supply goes through ups and downs. If yours needs a boost, try some of these tips:

• Soak in a relaxing bath.
• Cuddle or stroke your baby.
• Massage your breasts and express by hand.
• Try a different style of pump.
(Ya, setakat ni sy masih beri Ammar susu badan sepenuhnye.. dan tips2 diatas ada sy aplikasikan juga)

Your premature baby’s development
Unlike full term babies, there’s no ‘average’ developmental chart for babies born pre-term. That’s because every premature baby is unique. It’s natural to feel a little concerned that the earlier a baby is born, the more likely they are to face challenges. But a premature baby does not necessarily face long term developmental problems and you were able to meet your baby sooner than expected!

Remember, even full term babies meet their milestones at different times! So take heart. The most important thing is to encourage and celebrate every step of your baby’s development.
(Perkembangan Ammar kini makin baik.. alhamdulillah.. rasa makin aktif adala..haaha)


Will my next baby be premature too?
Many mums of premature babies worry that all their children will be born early but this isn’t necessarily the case. Around 9 in 10 women whose first baby was born pre-term will go on to have a normal, full term pregnancy the second time around.
(Hem,pernah bertanya pd diri sendiri soalan2 macam ni...insyaAllah moga2 kelahiran ke-2 da n seterusnya dipermudahkan..)
Read more...

Thursday, May 13, 2010

Cinta Sufi- Novel Terbaru RAM

Salam semua,


Semalam petang , slps pulang dr kerja, sy pun singgah la di pasaraya berdekatan..selalu singgah pun sbb nk beli bahan2 utk masak..lebih kurang 20 minit selesai membeli, sy pun singgah la di sebuah kedai menjual buku dan majalah..tiba-tiba sy terpandang ke arah rak buku2 novel yg tersusun rapi..semuanya ada label novel terbaru… pada mulanya rs mcm tak berminat nk ke rak tersebut..tetapi bilamana sy ternampak buku tulisan Ramlee Awang Murshid.. terus sy ke sana.. gembira hati ni bila ternampak tajuknya, ‘Cinta Sufi’.. ..sy ambil dan terus membaca synopsis buku ni…



emm..buku ni adalah kesinambungan dr Trilogi novel Bagaikan Puteri yg pernah sy baca thn lalu (masa tu buku trilogi ni kepunyaan suami..jadi pernah dia pinjamkan kpd sy)…




Tanpa fikir panjang, sy sambar juga novel ni.. munkin disebabkn da pernah membaca trilogi Bagaikan Puteri..terasa nak tahu ape cerita dan kesudahan novel ini…sy suka novel2 seumpama ini..kerana gaya penulisan dlm novel2 ni membuatkan diri kita perlu wujud sifat rendah diri terhadap Yang Maha Esa…disamping perbaiki amalan2 harian kita…cukup kagum dgn watak utama yg dijelmakan oleh penulis..iaitu Saifuddin atau dikenali laksamana Sunan…disamping ada watak2 lain…sukar utk sy luahkan ape yg sy sendiri rasa…munkin anda sendiri boleh dptkn koleksi novel Trilogi Bagaikan Puteri dan yang terbaru Cinta Sufi (cetakan 2010)…
Selamat membaca !!
Read more...

Wednesday, April 21, 2010

Sekelumit kisah Umar b. Khattab.


Suatu ketika sahabat-sahabat nabi pernah melihat Umar menangis dan tertawa tanpa sebab yang jelas. Akhirnya ada yang berani bertanya, “Wahai pemimpin orang Islam, kenapa kamu ketawa dan kemudian menangis tanpa sebab yang dapat kami fahami.”




Kemudian Umar pun memulai ceritanya.” Dahulu sebelum aku mengenal Islam ,aku pernah membuat patung berhala daripada kurma dan kemudian aku sembah, sewaktu aku lapar aku memakan berhala tersebut sedikit demi sedikit mulai dari kepalanya, terus tangannya hingga habis tak tersisa. Apabila aku teringat kisah ini aku ketawa sendirian.”


Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi, “Ceritakan kepada kami apa yang membuat kamu menangis?” Umarpun memulai ceritanya ” Dahulu aku dan orang-orang Quraisy sangat membenci anak perempuan. Saat aku mendapat perkhabaran mendapat anak perempuan, daripada saat kelahirannya lagi kebencianku sudah bermula. Aku pendam rasa benci itu, aku sabar sampailah umurnya enam tahun, aku sudah tidak tahan lagi, aku membawanya ke padang pasir, Tiba ditempat yang aku tuju aku mulai menggali sebuah lubang, dia menyangka aku membawanya berkelah dan bermain-main, dia turut membantuku menggali lubang. Padahal dia tidak mengetahuinya niatku sesungguhnya lubang yang aku gali adalah untuk menguburnya hidup-hidup. Setelah selesai menggali lubang, aku menolak dia dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku masih ingat aku bermain-main, dia tolong mengibas pasir-pasir daripada janggut dan pakaian ku, tetapi akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa belas kasihan.Itulah rahsianya, apabila aku teringat kisah ini aku menangis ” kata Umar menyesali perbuatan Jahiliyyahnya sebelum dia mengenal Islam.


Begitulah sekelumit cerita Umar bin khattab sebelum dia mengenal Nabi Muhammad SAW. Umar terkenal sangat sadis dan kejam kepada siapa saja, begitu mengenal Rasulullah SAW hatinya luluh dan menjadi orang yang sangat sabar dan tawadhu.
Read more...

Wednesday, March 10, 2010

Panduan Menyelesaikan Masalah...


Salam kembali,


Syukur diberi ruang masa utk berkongsi dgn shbt2 semua.. ringkas saja entry kali ni…sy ada terbaca artikel berkaitan Panduan Menyelesaikan Masalah… di bawah ni sy catatkan apa panduannya..moga berguna utk semua…

PANDUAN MENYELESAIKAN MASALAH

1. Terima kenyataan bahawa anda mempunyai masalah.
Jangan hanya duduk termenung menantikan keajaiban datang menjelma utk menyelesaikan mslh itu..Anda juga perlu berhenti drpd menyalahkan org lain..Anggaplah masalah sbg satu peluang utk anda menguji keupayaan sendiri.

2. Kenal pasti apakah masalah.
Sekali lagi jgn asyik salahkan orang lain ..Jika benar pun ada factor luaran yg menyebabkannya, tangguhkan sekejap..objektif kita sekarang bukan utk mencari salah siapa..tetapi mencari apa masalahnya..

3. Masalah itu milik siapa.
Setelah menyenaraikan masalah sebenar, fikir semula adakah ia benar-benar kerana anda? Jgn bebankan diri anda dgn memikirkan masalah yg ‘dimiliki’ oleh org lain…Pilih masalah anda yg sebnr..dan ‘pulangkan’ semula semua yg menjadi milik org lain…

4. Berbincang dgn org lain.
Biasanya org yg menghadapi mslh akan rs gelisah dan risau, ini boleh menjejaskan keupayaan mereka utk mereka utk menyelesaikan mslh itu..Tetapi jgn pula hendak ‘menjaja’ masalah itu kpd semua org. Pilihlah org yg sesuai utk mslh yg sesuai jika anda rs perlukannya perbincngn dgn org lain…

5. Kenapa masalah tersebut timbul?
Jika banjir kilat disebabkan longkang yg tersumbat, maka bersihkanlah longkang tersebut.. Dengan mengenal pasti punca, kadangkala anda blh mendaptkan penyelesaiannya. Tetapi dlm kebanyakn hal, belum tentu punca boleh menyelesaikan masalah. Tetapi ia penting utk memastikan perkara yg sama tidak berulang kembali.

6. Apa yang memburukkan lagi keadaan?
Bunyinya macam utk merosakkan keadaan, tetapi tidak..Dengan mengenal pasti perkara yg boleh memburukkan keadaan,anda boleh mengelak drpd memburukkan keadaan.

7. Fikirkan 3 cara utk memperbaiki keadaan..
Yang pertama – tindakan kecemasan utk dilakukan sekarang.
Yang kedua- tindakan pemulihan utk sebentar lagi
Yang ketiga – tindakan utk jangka masa pjng..

Setiap satu mungkin mempunyai bbrp subtindakan yang tersendiri..

8. Jika perlu, minta bantuan orang lain.
Belajarlah bagaimana utk berinteraksi scr persuasive. Anda juga perlu tahu bagaimana utk mempengaruhi org lain agar bersama dgn anda.

9. Rekodkan usaha-usaha anda.
Setiap kali anda bekerja utk menyelesaikan masalah anda, anda sbnrnnye sedang mempertingkatkan diri anda.Rekodkan kerja-kerja anda itu walaupun perlahan..Sekurang-kurangnya anda tahu bhw anda sedang bekerja utk menyelesaikan masalah anda.

10. Masalah adalah CABARAN dan Peluang !!
Ia adalah cabaran dan peluang utk anda mempertingkatkan diri anda. Tanpa masalah, hidup anda akan mendatar dan tidak berkembang..Setiap kali anda berjaya menyelesaikan masalah, potensi diri anda akan meningkat..Dalam masa yg sama, pemgalaman akan bertambah dan keyakinan pada diri sendiri juga meningkat..

Tiada silapnya utk mempunyai masalah..Masalah ialah perkara normal dlm kehidupan manusia..Malah,org yg tidak menghadapi masalah sebenarnya mempunyai masalah..Oleh itu, setiap kali anda ditimpa masalah, ingatlah pada hari ini, berjuta org ditimpa masalah, dan anda ialah salah seorang daripadanya..Oleh itu, apa masalahnya??

p/s: jika ada masalah, cuba berusaha menghadapinya disamping memhn bantuan Allah swt..
Read more...

Thursday, December 10, 2009

Perbanyakkan membaca

Salam,

Ucapan syukur dipanjatkan kerana diberi lagi kekuatan diri ini utk mencatat sesuatu di laman maya ini..tiada daya upaya melainkan dengn bantuan Allah swt Yang Maha Berkuasa..

2 bulan lalu jika saya x silap, saya meminjam sebuah buku berkenaan “ Keluarga Sakinah” yang diterbitkan hasil dari Forum Keluarga Sakinah yang di adakan di UTM bbrp thn yg lalu....dari seorang adik kampus (thanks Jun)…sbnrnya buku modul ni juga beserta dengan VCD forum sekali. Tapi sy x sempt nak tonton videonya...

Antara isi kandungan Modul ini ialah pra-perkahwinan, persediaan keibubapaan, pra keibubapaan, asuhan bimbingan dan pendidikan (bayi sehingga berumur 7 tahun), mumayyiz hingga baligh, alam remaja (15 hingga 21 tahun), alam dewasa (21 hingga 40 tahun), alam matang (41 hingga 50 tahun), usia emas (55 tahun ke atas), dan ‘khusnul khatimah’. Saat ini sy baru saja selesai membaca modul alam dewasa…insyaAllah~ berniat nak habiskn buku ni dlm masa terdekat…sy cume ada ruang masa utk membaca di kala malam hari…

Dalam modul ni juga menerangkn procedur2 lafaz ikrar sakinah semasa akad .. Lafaz ikrar sakinah yang dilaksanakan semasa upacara akad nikah memberi impak yang besar kepada permulaan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri. Malah penyerahan dan penerimaan tanggungjawab yang berlaku dalam lafaz tersebut akan menginsafkan dan menyedarkan pasangan yang baru dan sudah lama berkahwin untuk sentiasa patuh pada tanggungjawab yang telah digariskan oleh syariat.

Allah swt berfirman dlm sebuah ayat al-Quran, surah Ar-Rum, ayat 21, yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda-Nya bahawa Dia menciptakan jodoh untuknya daripada dirimu (bangsamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.”

Jelas ayat di atas menyatakan tujuan perkahwinan dalam Islam adalah untuk membentuk keluarga yang sempurna. Ini bermakna, keluarga sakinah bukan sahaja beerti keluarga yang tenang dan bahagia tetapi lebih daripada itu, iaitu perlunya cinta yang diberikan oleh suami kepada isteri dan keluarga dan juga sebaliknya, iaitu cinta dan taat setia isteri yang tiada berbelah bahagi terhadap suami dan keluarganya.

InsyaAllah..moga diberi ruang masa utk menghabiskan pembacaan buku yang bermanfaat ini…

p/s: syukran yer jun bagi akk pinjam buku ni..insyaAllah~ akak akn beli buku ni nanti…
Read more...

Tuesday, September 15, 2009




Salam penuh barakah,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya membaca ketiga-tiga novel (trilogi) nukilan Ramlee Awang Mursyid ini.. Buku ini dipinjamkan oleh seseorang kepada saya..
Bermula dengan "Bagaikan Puteri" , kemudian bersambung dengan "Cinta Sang Ratu" dan diakhiri dengan "Hijab Sang Pencinta"... Secara rumusannya, saya begitu tertarik dengan penceritaan novel-novel ini kerana ia menyingkap 2 zaman yang berbeza..(dengan izin Allah swt)..Apa yang menarik perhatian saya adalah watak utamanya, Laksamana Sunan @ Saifuddin yang mempunyai keperibadian yang tawaduk dan hanya berserah segalanya kepada Allah swt..

Tiada kata-kata yg mampu sy ucapkan, hanya ucapan terima kasih kepada penulis kerana berjaya memberi kesan kepada setiap pembaca.. Dan semestinya saya tidak akan berasa jemu utk membacanya beberapa kali.. InsyaAllah~
Read more...

Monday, May 25, 2009

~ Siapakah Nasruddin Mullah??~

Baru-baru nie saya mendapat sebuah buku berkenaan Nasrudin Mullah dari sahabat.. Saya tertanya2 siapakah Nasrudin Mullah ini? Lantas saya mencari info di internet..

Nasrudin ialah seorang ahli sufi yang terkenal dengan menyampaikan teladan kepada masyarakat dlm bentuk humor..
Nasrudin tinggal di Anatolia, ia dilahirkan di Hortu, Desa Sivrihisar, Eskişehir di abad ke-13, kemudian menetap di Akşehir, dan kemudian di Konya, di mana dia meninggal dunia pada 1275.

Saat ini, cerita Nasruddin begitu terkenal di berbagai daerah, dan telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa. Beberapa daerah secara mandiri mengembangkan karakter yang mirip dengan Nasruddin. Di kebanyakkan daerah, Nasruddin merupakan sebahagian dari budaya. Nasruddin sering muncul sebagai karakter aneh yang besar di Albania, Arab, Armenia, Azerbaijan, bengal, Bosnia, Bulgaria, Yunani, Hindi, Italia, Pashto, Persia, Rumania, Serbia, Turki dan Urdu kaum tradisi vignettes. Dia juga sangat terkenal di Yunani untuk hikmah dan penghakiman (undang-undang) dan dia juga dikenali di Bulgaria, meskipun dalam peranan yang berbeza. Karekter Nasrudin juga sudah sangat terkenal di Cina selama bertahun-tahun, dan masih akan muncul dalam berbagai filem, kartun, dan novel.Di china, karakter beliau lebih dikenali sbg Afanti..(seperti cover buku di bawah nie)



Saya sendiri sudah hampir separuh membaca buku tentang Nasrudin Mullah ini..agak banyak pengajaran dan teladan yg disampaikan..sampaikan ida (housemate saya juga suka cara penyampaian yang dibawa oleh Nasrudin Mullah itu sendiri)..
Read more...

Friday, May 15, 2009

~ List Buku ~

Salam..

Dibawah ini adalah senarai buku-buku yang saya ingin dapatkan..Saya amat tertarik dgn gaya penulisan Abdul Latip bin Talib, walaupun menulis Novel berbentuk sejarah~ namun ia tidak membosankan..InsyaAllah, moga saya diberi ruang masa utk mendapatkannya..moga dipermudahkan..amin..

1. Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel
2. Tariq Menang ataupun Syahid
3. Abu Bakar Sahabat Sejati
4. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
5. Ikramah: Penentang jadi Pembela
6. Khalid Memburu Syahid
Read more...

Thursday, April 23, 2009

~ IQRA' ~


Salam,

Semalam kira-kira jam 5 petang, saya masih sempat membuka laman web kedai buku.com dan juga MPH online utk mencari buku2 utk ditempah.. sbnrnya ada bbrp judul buku yg sy kepingin utk dptkan dalam masa terdekat.. munkin disebabkan masa hujung minggu utk pergi ke kedai buku agak terbatas..niat utk ke Kedai buku Badan Cemerlang,Angsana pun terbatal dek kesibukan kerja..

Sambil sedang asyik menatap bbrp judul buku2 ,tanpa saya sedari, kelibat seorg officemate berdiri di belakang memerhatikan apa yg saya sedang layari.. (saya panggilnya –Liu, engineer sama department dgn saya..) Saya apalagi dgn tangkas minimize kan window laman web tersebut..dan tersengih-sengih… Mukanya pula mula berkerut..dan dengan spontan dia meminta saya membuka semula laman web tadi.. rupa-rupanya die pun dalam proses utk mencari sebuah buku novel inggeris..haha~..

Dia kemudiannya bertanya kpd sy.. “what kind of books you want to buy?”..sy jwb la.. “I try to find the books which can give me inspiration and motivation.” Sebenarnya saya masih dlm proses membaca bbrp synopsis buku2..

Kemudian, dia mencadangkan saya utk membaca sebuah buku novel Inggeris bertajuk : The Three Cups of Tea (tulisan Dr.Greg) .. dia menyatakan buku nie berkisar ttg kehidupan sebenar yg dilalui oleh Dr.Greg dan seorg wartawan David Oliver semasa mereka berada di Afghanistan dan Pakistan..dia mencadangkan agar saya mendapatkan edisi terbaru buku tersebut.. then sy menjawab “ I’ll try to find it…but I need time to read that books..”..Liu pun mengakui buku novel tersebut agak tebal utk dibaca..dia sendiri pun mengambil masa yg agak lama utk membacanya..

Perbualan kami terhenti kira2 jam 5.55ptg..erm..niat saya utk menempah buku scr online terbantut ..office hour sampai jam 6 ptg.. lagipun masa ada 5 minit saja lagi.. pikir2 esok saja dapatkan buku2 yg sy inginkan tu..tapi walau bagaimanapun sy berasa gembira masih ada generasi muda Malaysia (spt Liu ~ umurnya 27 thn ) yg msh minat membaca dan berkongsi bahan bacaannya dgn saya..

Read more...

Monday, April 20, 2009

Sultan Salahudin Al-Ayubi



Salam semua..
Alhamdulillah.. dpt juga ruang masa utk menulis di blog nie..hemm..lately agak buzy dgn project2 yg perlu disettelkan secepatnya.. so..mcm biasa..keje lebih masa sket (OT)..
Awal pagi tadi sy tercari2 buku yg dibeli tahun lepas - SALAHUDIN PENAKLUK JERUSALEM (tulisan Abd Latip Talib)..sebuah novel sejarah islam yg begitu menarik utk dibaca... ntah dimana agaknya buku tersebut.. munkin sudah tercampur semasa saya mengemas sblm berpindah.. if sudah hilang..x boleh nk buat mcmane kan..anggap tiada rezeki..
Sememangnya saya amat berminat membaca sirah-sirah islam..amat banyak ilmu2 yg kita akan perolehi daripada pembacaan ini..
Menyebut ttg keangungan zaman Sultan Salahudin Al-Ayubi ni..mmg tidak dapat dinafikan agak sukar pemerintah pada masa kini utk berjaya seperti beliau.. Sultan Salahudin amat menekankan kesederhanaan dalam kehidupan beliau..disamping niat utk meluaskan empayar islam pada zaman tersebut..
Saya pasti akan terus mendapatkan buku-buku berkenaan Sultan Salahudin Al-Ayubi yg saya rs mampu memberi inspirasi kepada semua dalam meneruskan perjuangan Islam itu sendiri.. Doakan saya diberi kesempatan waktu utk itu..

Read more...

Friday, January 2, 2009

Kongsi Buku...




Salam kembali..

Agak lama juga sy x kongsi dgn semua kwn2 berkenaan bahan bacaan sy..
Sbnrnya agak lama juga sy mencari buku hasil nukilan Ustaz Hasrizal nie- AKU TERIMA NIKAHNYA… alhamdulillah..akhirnya sy dpt juga buku ini..mmg gembira bkn kepalang.. yelah..mana x nya..b4 this kwn2 yg da penah baca mengesyorkan sy mencari buku tu..bukannya sbb kan tajuknya shj..tp disbbkan juga isi kandungannya..

Ustaz begitu bijak menulis..dgn gaya bahasa yg bersahaja dan mudah difahami (tiada ayt yg berbunga2 n berfalsafah) itulah antara tips yg sy dpt rasa penyampaian tulisan beliau..
Ini krn pendekatan yg dilakukan adalah berdasarkan pengalaman sbnr beliau sendiri..
Byk input2 yg amat berguna bukan sj kpd mereka yg berhasrat melangkah ke alam perkahwinan..
Dlm buku ini juga diterangkan bagaimana pasangan yg ingin melangkah ke alam tersebut.. dr segi batas pergaulan, hubungan dgn bakal ahli keluarga...

selamat membaca..




Read more...

Sunday, November 30, 2008

Duduk Lama Depan komputer Boleh Bawa Maut!!!

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar. Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan. Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki. Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari.

Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan. Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.
Read more...

Monday, November 24, 2008

Buktikan???


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya


Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.


Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yangdisayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkankasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkaumenunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jikadisebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkautersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkansetiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukansebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantikdan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... iaboleh dirasai dalam hati."



Read more...

Thursday, November 20, 2008

hanya satu kisah...

Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih mudadaripada aku.
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yangmenjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poketseluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Diameminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihatrotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambilmengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannyasambil berkata,"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkankata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitispun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok dilantai, ayah merungut."Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatankamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yangberbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap akuyang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-duabelah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahunbersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan akubagaikan baru semalam berlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku puladitawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang banggasekali!""
Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah danibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya danmerenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis keranapersekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawakeluarganya keluar daripada kemiskinan," akumemujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Diamembawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di ataspangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yangtercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerjadan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukupkecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""
Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri denganpakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yangakan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukuptersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibasbebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,"Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untukakak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanyadibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannyaluka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil danserpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerjakeras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawanmenawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adikada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikankesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayahtiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,juruacara majlis bertanya,"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantasmenceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanyamemakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya padasaya."Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinyaberdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar ""
Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apasaja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganyasampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adiksungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria."Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kitadapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

Read more...

Tuesday, November 18, 2008

Kerana Dia Manusia Biasa...

Kerana Dia Manusia Biasa

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya... ...!!!Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada
banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapakali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini."Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Ya.. ya."

Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan."Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati."Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. ......."Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya.
Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........Kepada Yth ........Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.Assalamu'alaikum Wr WbMohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ .... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. AminWassalamu'alaikum Wr WbSaya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan."Kenapa kamu memilih dia......?""Kerana dia manusia biasa........ " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku..""Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin."Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya."Gik.....?""Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.Wallahu 'alam..

Read more...

Sunday, October 12, 2008

BUKU PILIHAN


Salam kasih,

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua buku hasil tulisan ustaz Pahrol Mohd Juoi - Tentang Cinta., dibawah ini saya sisipkan ringkasan tulisan buku tersebut..banyak ilmu yang boleh kita dapati dengan membaca buku ini..dengan gaya bahasa yang sangat simple, mudah utk kita fahami...

selamat membaca!!!

:: KANDUNGAN
Prakata

1. Titanic yang tenggelam
2. Salahkah Bercinta?
3. Cinta Berperaturan
4. Nak Ber’couple’ Silakan Tapi…
5. Cinta vs CINTA
6. Cinta Tanpa Perantara
7. Hubaya-hubaya Cinta ‘Pra Baligh’
8. Sirna Cita-cita Dek Kelam Cinta
9. Cinta, Tudung dan…
10. Cari Yang Cantik
11. Siapa Soleh Dapat Solehah
12. Cepat Kahwin
13. Perigi Cari Timba Pun OK
14. Cinta Indah Selepas Nikah
15. Cinta Mesti Ada ‘Class’
16. Ubat Frust Cinta
17. Cintailah Cinta
18. Putus Cinta Kerana Cinta

Read more...