Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

DOA MAKAN BAGI ORANG ISLAM.

DOA KETIKA HENDAK MAKAN



maksud Doa :

"Wahai Tuhanku, berkatilah apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami, dan peliharalah kami dari azab neraka."

Bwh ni soalan yang suami saya pernah tanya pada saya ..itupun selepas dia membacakan doa makan..so, saya saja share dgn kekawan..hope masing2 dapat sedikit ilmu..insyaAllah.. suami yang tanya..suami yang jawab..hehe..

PERTANYAAN:
1) Mengapa dalam doa makan ini, kita meminta supaya Allah berkati rezeki yang diberikan..dan terhindar dari neraka? kenapa 2 ayat ini digabungkan?

JAWAPAN:
- Ayat meminta Allah berkati makanan/ rezeki yg diberikan serta jauh dari api neraka ini digabungkan kerana:-


1) Bila kita mahu makan, kita perlu mengetahui sumber makanan yang kita dapat.. contohnya, dari sumber mana? halal ke haram? jika sumbernya dari sumber yang baik-baik, insyaAllah jauh dari api neraka..


2) Bila kita selesai makan, kita akan mendapat tenaga..betul tak? selepas dapat tenaga..bermacam-macam perkara boleh kita buat..manusia boleh buat baik atau pun jahat..
sebab itu akhir doa makan ini, dinyatakan supaya dijauhkan dari api neraka..bagaimana? dengan cara, kita sendiri tidak buat jahat/ maksiat..

indah sangat sebab setiap doa kita ada maksud tersirat..moga sama-sama amalkan..
Read more...

Thursday, July 29, 2010

99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

salam,

petikan dari email yg sy perolehi dari rakan..


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;


02. Sabar apabila mendapat kesulitan;


03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;


04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;


05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;


06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;


07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;


08. Jangan usil dengan kekayaan orang;


09. Jangan hasad dan iri atas ke jayaan orang ;


10. Jangan sombong kalau memperoleh ke jayaan ;

p/s: akan ada smbgn..sehingga senarai ke-99..insyaAllah..


Read more...

Tuesday, June 15, 2010

Menerima dia seadanya..

Salam semua,


Moga kita semua dalam rahmat Allah swt.. Syukur sudah hampir 6 bulan sy melayari bahtera rumahtangga bersama yang tersayang..tiada bicara kata yg mampu sy ungkapkan melainkan rs syukur atas pemberian Allah swt kepada sy..seorg insan yg sy hormati.. iaitu suami sy..

Ada rakan2 lama berbalas email dgn sy.. bertanya kehidupan berumahtangga ini.. Bohong jika sy katakan sepanjang melalui fasa ini , tiada perselisihn fhm..namun setakat ini, sy bersyukur, jika ada sedikit perselisihan, kami berdua mengambil langkah dgn berbincang.. masing2 berpuas hati . Pokok pangkal masing2 juga perlu bersikap berlapang dada dlm menerima pasangan masing2.. sy ni bukanlah pakar ..lagipun usia perkahwinan kami ni masih baru.. bak kata org br setahun jagung…

Selain itu sikap sabar dan tabah disamping berdoa perlu di terapkan dlm diri… lebih2 lagi sebaik saja melangkah ke alam rumahtangga ini.. bykkn istighfar dan bertaubat jika ada sesuatu perkara yg kita lakukan tanpa kita sendiri sedari… sikap perempuan dan lelaki memang tidak sama.. sebelum ini sy hanya membaca saja (kiranya secara teori).. akhirnya setelah berumahtangga, mmg benar apa yg dinyatakan dlm buku2 yg sy baca itu.. saat ini jika masing2 tiada kekuatan rohaniah,mental dan fizikal.. mampu mengundang konflik.. apa yg perlu kita lakukan adalah menjaga hubungan dgn Allah, menjaga hubungan sesama manusia.. insyaAllah..permasalahan kita itu mampu kita atasi tanpa sebarang kesusahan..

p/s: itu saja coretan sy kali ini.. sekadar perkongsian berdasarkan apa yg dialami.. moga kita semua di bwh lindungan dan rahmat Allah swt…
Read more...

Monday, June 7, 2010

Doa Selepas Solat Dhuha

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Read more...

Sunday, June 6, 2010

Cukup bagiku Allah s.w.t !!



CUKUP BAGIKU ALLAH SWT..



Read more...

Sunday, May 30, 2010

Basahkanlah bibir dengan Asma Ulhusna..!!

Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hanya milik Allah Asma Ulhusna, maka bermohonlah kepadanya dengan menyebut Asma Ulhusna.

Dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, dalam menyebut nama-nama Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.



Read more...

Sunday, May 23, 2010

Tujuh amalan sunnah Rasulullah SAW


1.Tahajjud - suatu yang senang diungkapkan, sukar dilaksanakan


2.Tilawatul Quran sebelum terbit fajar


3.Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh


4.Jaga Solat Sunat Dhuha - kunci rezeki


5.Jaga sedekah setiap hari - kalau tak mampu kewangan, senyum juga suatu sedekah


6.Jaga Wudu' terus menrus - kerana Allah suka orang yang dalam keadaan berwudhu'


7.Amalkan Istighfar setiap detik atau setiap waktu

 
p/s:Semoga kita mampu mengamalkannya.. InsyaAllah~

Read more...

Tuesday, April 27, 2010

HATIKU…

Hati Yang SEDAR !!


Firman Allah swt maksudnya:
“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) ,atau yang menggunakan pendengrnnya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dgn menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” – Surah Qaf :ayat 37.


YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADAKU HATI SEPERTI INI….

Hati Yang BERSIH..!!

Firman Allah swt maksdnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya- yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).” – Surah As-Syams: ayat 9.

Hati Yang LURUS.. !!!

Firman Allah swt maksudnya:
“Wahai Tuhan Kami ! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberiaan-Nya.” –Surah Ali-Imran: ayat 8.


DAN KAU PELIHARALAH DARIPADA HATI INI…

Hati Yang TERHIJAB (TERTUTUP) !!

Firman Allah swt, maksudnya:
“Dan diantara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran),padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka,yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar).”- Surah Al-An’am :ayat 25.
Read more...

Wednesday, April 14, 2010

Sama-sama berdoa ..





Read more...

Thursday, March 4, 2010

Sakit? pasti ada hikmahnya..

Salam kembali,


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Syukur diberi nikmat oleh Allah swt ..diberi lagi ruang utk bernafas dimuka bumi ini.. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda..

Mohon maaf da lama x menulis..jika diliht dlm entry sy di bawah ni.. kebanyykn sy hanye sempt copy and paste saja.. niat utk share2 dgn shbt2…



Lately kesihtn sy agak terganggu… semlm sy terpaksa ambil MC memandangkan kadar keterlaratan sy berkurang..antibodi ni da x mampu nak melawan anasir2 sakit lagi…

Pagi smlm sy gagahkn diri utk bangun dtg ke ofis dulu.. sbb nak ambil surat klinik di HR.. dan selepas dpt pengesahan dr boss sy bergegas memandu ke klinik panel yg terletak kira-kira 3 km dr kilang sy..nak tak nak kena gagahkan diri..kepala ni da berpusing ditambah dgn suhu badan yg agak panas serta selsema,semput dan batuk yg tak berhenti2..dlm hati Allah sj yg tau..

Pemeriksaan di klinik sekejap saja..setelah mendapat ubat dan surat MC sy terus pulang ke rumah..makan apa yg ada utk alas perut dan selepas itu terus makan ubat.. handphone sy x berhenti2 dpt mesej dari suami tercinta.. munkin risau dgn keadaan sy yg x sihat nie.. sy hanya smpt membalas supaya suami xperlu rasa risau..

Syukur suami begitu prihatin dgn keadaan sy.. x lekang dibibirnya membaca selawat dan doa sambil memicit kepala sy setelah dia pulang dr kerja.. mlm tu juga sy gagahkn diri utk memasak apa sj lauk yg ada dirumah.. rs bersalah dgn suami yg lapar..alhamdulillah~ sempat sy sediakan ayam masak merah dan sayur bendi goreng utknya..sy hanya menjamah sedikit makanan.. tekak x berselera nak makan sbnrnye..

Alhamdulillah~ arini kesihtn sy semakin baik..cume batuk2 yg x henti2 saje..gagahkan diri utk ke ofis..moga rs sakit ni membuatkan diri sy berfikir ..dan dlm masa yg sama muhasabah diri… sy yakin Allah swt menjadikan sst samaada penyakit ataupun musubah pasti ada hikmah di sebaliknya..kita sbg hambaNya x perlu mempertikaikan mengapa Allah swt melatakkn ujian sebegini pd hambaNya..sbb Allah swt adalah Pemilik alam ciptaan ini..hanya Dia berkuasa atas sesuatu…

Wallahu’alam…
Read more...

Wednesday, February 3, 2010

Doa..

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminn..

Read more...
SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI !!!!


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri.. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga.. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”
Read more...

Monday, January 18, 2010

Perkenankan Doaku~

Salam semua,

Alhamdulillah~ rs syukur tidak terhingga ke atas limpah kurnia nikmat yg Allah swt berikan ke atas seluruh makhluk ciptaanNya..Maha Suci Engkau Ya Allah...Syukur Alhamdulillah~ Selawat serta salam kepada junjungn Nabi Muhamad s.a.w serta kaum keluarga baginda…

Tahun 2010 ni umur sy bakal menjangkau 25thn..terasa pantas masa berlalu..Alhamdulillah~ apa yg sy niatkan sudah termakbul ..antaranya, niat sy ingin berkahwin di usia sebelum menjengah 25thn..Syukur diperkenankan…

Namun begitu,masih ada lagi perkara2 yg sy belum lunaskan…biasalah..sbg hambaNya yg tidak lari dr dugaan dan ujian Allah swt..kita sentiasa diuji Allah swt…
Teringat pula saat sesi taaruf semasa Usrah Nisa’ last week..ada soalan berkenaan perancangan 10 thn akn dtg? Tika itu, kotak fikiran sy hanya mampu menyebut bbrp perkara sj.. “ insyaAllah~ munkin akan smbg belajar slps ni..” ungkap sy ringkas..
Selain itu, sbnrnye sy juga berhajat utk membawa family sy ke tanah suci.. Moga doa sy diperkenankan..Amin~


Read more...

Thursday, November 12, 2009

Doa Memohon Keluasan Rahmat

“ Ya Allah, Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kpd orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu serta peliharalah mereka dari seksaan neraka yang menyala-nyala Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam syurga yang telah Engkau janjikan kepada mereka dari orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sungguh Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan. Sebab orang-orang yang Engkau pelihara dari pembalasan kejahatan pada hari itu, sungguh telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya, dan itulah kemenangan yang besar.” (surah Al-Mukmin:7-9)
Read more...

Tuesday, July 21, 2009

~ soalan utk diri ~

Assalamualaikum kawan2..

Di sini, saya memohon jasa baik kawan2 semua utk meluangkan masa menjawab soalan2 di bawah (please link website- klik di bhgn tajuk) utk muhasabah diri saya sendiri..
Terima kasih sgt2 atas kesudian anda semua..Moga kita semua akan menjadi insan yang lebih baik pada hari-hari yang mendatang..

Syukran~
Read more...

Wednesday, June 24, 2009

~ Tolong ingatkan saya !! ~

Tolong Ingatkan Aku..
www.iluvislam.com
oleh : helangsenja
Editor : doraemong13


Assalamualaikum sahabat-sahabatku…

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..


Read more...

Thursday, June 18, 2009

~ Alunan Munajat buat diriku~

Salam,
Subhanallah..Alhamdulillah… AllahuAkbar..

Awal pagi setelah menghidupkan enjin kereta, sambil saya memasang CD lagu-lagu dendangan Opick..
Hati saya begitu tenang meskipun sepanjang perjalanan ke tmpt kerja…mmg boleh dikatakan sentiasa sesak..lagi2 di kawasan Airport Senai... setelah itu..saya memasang pula, Cd Roh Munajat..dendangan Ustaz Asri Ibrahim.. sgt menggetar jiwa…terutamanya alunan Doa Munajatnya..begitu terkesan dgn jiwa saya .. di bawah adalah erti doa tersebut yg sempat sy catat..

Ya Allah, aku mohon kpdmu untuk mendpt rahmat disisimu..
Utk membimbingku mengatur hal-hal yg belum teratur…
Menolak godaan,..memperbaiki hubunganku..memelihara agamaku..menjaga niatku yg tidak kelihatan..meningkatkan dan mensucikan amalku yg kelihatan..
mencemerlangkan wajahku..memberi petujuk kpdku utk melangkah ke jln yg lurus…
memenuhi hajatku..dan menjaga daku dr segala kejahatan…

Ya Allah, sesungguhnya aku pohonkan keimanan yg tulus ikhlas melimpahi seluruh hatiku…
Aku pohnkan juga keyakinan yg benar sehingga aku mengetahui..bahawasanya tidak akan mengenai ku sst musibah kecuali apa yg telah ditentukanmu buat diriku…Jadikanlah aku redha menerima segala ketentuanmu..

Ya Allah..aku pohon keimanan yg jujur..keyakinn yg tidak kufur lagi kemudiannya..aku pohon juga rahmatmu yg mampu menampung anugerah kemulianmu..di dunia dan di akhirat..

Ya Allah..aku pohon kemenangan..ketika menemuimu..ketabhn hati menerima keputusanmu..aku memohon darimu.tmpt para syuhada..dan kehidupn org2 yg bahagia..dan mendpt pertolongan utk menghadapi musuh dan menyertai para nabimu..

Ya Allah kpdmu aku tmptkan hajatku..meskipun lemah buah fikirnku..dan singkat amal perbuatanku..namun aku amat berhajat kpd rahmatmu..oleh krn itu..aku memohon kpdmu…wahai pengadil segala perkara..penyembuh segala hati sepertimana engkau selamatkan aku dari amukan di tengah lautan…semoga Engkau selamatkan aku dari seksa api neraka…huru-hara fitnah kubur dan godaan2 terkutuk yg menghancurkan..

Ya Alllah..dimana buah fikiranku sangat lemah dan amal2 perbuatanku sgt jauh sempurna..niat serta cita2-citaku tidak mampu berbuat kebajikan yg pernh kau janjikn kpd seseorang dari hambamu..atau sst kebajikn yg pernh kau anugerahkan kpd seseorang dan makhluk..aku berdoa dan tetap memohon perlindungn dan kekuatan darimu..Engkaulah Tuhan penguasa seluruh alam..

Ya Allah..jadkianlah kami orang yg menunjukkan dan mendapat petunjuk…tidak sesat dan menyesatkan bersedia memerangi musuh Tuhan..hidup damai dgn segala kekasih Tuhan kami akan terus mencintai siapa yg Engkau cintai..dan memusuhi siapa jua Engkau musuhi…iaitu makhluk2 yg menentangmu..

Ya Allah..dengarlah doa permohonanku…terserahlah kpdmu utk memperkenankan …inilah yg terkuasa olehku..hanya kpdmu terletaknya harapan..sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah..dan kepadamu kami akan kembali…tiada daya dan upaya kami melainkan dgn pertolongan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung…
Read more...

Thursday, May 28, 2009

~ Apalah sangat sakit ini ..~

Salam..

Alhamdulillah~
Bersyukur atas nikmat iman dan Islam yg diberikan oleh Allah s.w.t..
Hari nie..saya rasa bersyukur dengan ujian yg sgt..sgt..kecil yg Allah beri pada saya..Awal pagi nie..tekak saya terasa amat perit..seusai Subuh..saya terasa ada bbrp benjolan di bhgn leher saya..Benjolan tersebut mmg terasa amat sakit..Tapi saya kuatkan semangat utk ke office...

Setelah siap bersarapan di pantry office..dalam jam 9.30pagi saya bersiap2 mengisi Form kebenaran utk pergi ke klinik panel kilang..alhamdulillah~ masih boleh lagi bawa kereta ke klinik...sepanjang perjalanan ke klinik ..mulut terkumat-kamit membaca selawat dan zikir2..InsyaAllah~ sakit nie sket jer..bisik saya utk sedapkan hati sendiri..

Setelah diperiksa doktor..rupanya leher saya mengalami kelenjar akibat dari infection sakit tekak yg saya alami ini...sakit nie sampai ke kepala..patutla rasa pening sangat2..doktor menerangkan bahawa kelenjar tersebut(berbentuk benjolan) akan pulih dalam masa 2-3 minggu..doktor memberi ubat antibiotik dan ubat sakit tekak..

Alhamdulillah.., ucap saya sejurus keluar dari klinik...Apalah sangat sakit yg saya dapat nie..jika dibandingkan dgn para syahid dan syahidah yg bermati-matian berjuang di jalanNya..apalah sangat sakit ini jika dibandingkan dengan kesakitan yg dirasai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam usaha memberi jalan terang kpd kaum musyrikin...

~ Apalah sangat sakit saya nie...~
Read more...

Wednesday, May 20, 2009

~ Kesempatan sblm memulakn kerja~


Salam ~

Pagi nie..saya sempat membuka Google Books..niat utk membaca beberapa synopsis buku..sebelum memulakan kerja..akhirnya saya memilih utk membacal buku berjudul : Abu Bakar : Sahabat Sejati (tulisan Abdul Latip Talib)

Buku novel Sirah Islam ini menceritakan perjalanan hidup seorang insan yg mulia dalam memnbantu Rasulullah menyebarkan risalah Islam..

Pada awal buku ini menceritakan, sejarah daripada kelahiran Saidina Abu Bakar (bapanya bernama Abu Quhaifah dan ibunya pula bernama Salma)…diceritakan bahawa hubungan kekeluargaan antara keluarga Saidina Abu Bakar dengan bapa saudara Rasulullah s.a.w sudah terjalin sejak mereka kecil lagi..ini berikutan mereka adalah dari kaum yg sama…Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w. sudah lama bersahabat (kerana sama2 membesar dan juga berniaga)..

Apa yg menarik, Saidina Abu Bakar dalam buku ini, ada ditulis berkenaan seorang ahli kitab di Yamman begitu ingin bertemu dgn Saidina Abu Bakar sendiri.. Sebaik pertemuan berlangsung, ahli kitab itu meminta izin utk melihat tanda di tubuh Saidina Abu Bakar..Namun Saidina Abu Bakar meminta ahli kitab penjelasan tentangnya..lalu ahli kitab itu pun menyatakan,

“Berdasarkan kitab-kitab yang dibaca, akan diutuskan seorang Nabi di Tanah Arab..Dia daripada bangsa Quraisy. Nabi itu akan dibantu oleh seorang lelaki berkulit putih, kurus dan ada tahi lalat pada perutnya dan ada tanda pada peha sebelah kiri”Setelah ahli kitab itu mendpt keizinan utk melihat tanda di tubuh Saidina Abu Bakar, dia pun bersuara,

“ Demi Tuhan, tuanlah orang yg akan menjadi sahabat Nabi itu..”Bacaan saya terhenti sehingga Bab 3 (sehingga kisah cabarab dakwah Rasulullah s.a.w)..Dalam hati..insyaAllah..akan saya cuba dapatkan buku yg menarik ini..mudah2an..
Read more...

Friday, May 15, 2009

~Musibah~ marilah muhasabah diri..

Salam..
Alhamdulillah~ dapat juga saya coretkan sedikit bingkisan dlm blog kali nie..

Hari nie, 16 Mei, saya bekerja..ada project yg saya perlu handle this week..
sebelum melangkah keluar dr rumah, saya cuba meluangkan masa utk mendengar dan menonton Program TV9 ~ Tanyalah Ustaz…awal pagi nie tajuk nya adalh “Musibah”..dikendalikan oleh Ustaz Zahazan Mohamad..Mendengar setiap hujah2 yg dibicarakn dlm program nie..membuatkan diri saya insaf..Manakan tidak..terdapat bbrp soalan yg ditanya oleh penonton membuatkan saya berfikir..


Antara soalan2 yg diajukan “ Selama ini saya telah berusaha utk melakukan kebaikan sbg seorg muslim sejati dgn memperbanyakkan amalan spt melakukan solat sunat, membaca Quran, berzikir..dan sbgnya..Namun, musibah tetap datang kepada saya, Apa pandangan Ustaz?”..

Kemudian Ust.Zahazan menjwb “ Allah s.w.t telah menetapkan ajal, maut,jodoh,rezeki kpd hambaNya sejak azali lagi~ Kita sbg hambaNya JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA DGN RAHMAT ALLAH S.W.T.. Musibah yg menimpa seseorang mungkin ada rahmatnya…jadi, jangan mudah utk berputus asa..”..

Dlm perbincangan tajuk ini juga, ustaz juga menceritakan Sirah Nabi Ayub a.s dimana beliau diberikan dugaan oleh Allah s.w.t iaitu beliau mengalami penyakit kulit..Di bwh ini saya selitkan sedikit kisah Nabi Ayub a.s:-


NABI Ayub, anak Nabi Ishak dilimpahi kekayaan harta benda, malah mempunyai banyak binatang ternakan seperti lembu, kambing, kuda, kaldai dan unta. Kekayaan itu membuatkan kehidupannya senang.


Beliau juga mempunyai keturunan yang besar kerana ramai anak, baik lelaki mahu pun perempuan. Seorang daripada anaknya menjadi nabi, iaitu Basyar.


Walaupun kaya dan mempunyai segala kemewahan, Nabi Ayub tidak lupa membuat kebajikan kepada golongan fakir, miskin dan anak yatim. Beliau tidak sombong, malah tetamu yang mengunjungi rumahnya disambut dengan baik.


Harta dan keturunan yang besar tidak sedikit pun menjadikannya bongkak dan hamba kepada kekayaan. Sebaliknya, dengan kekayaan itu keimanan dan ketakwaannya kepada Allah semakin luhur.


Melihatkan keadaan Nabi Ayub itu, iblis berusaha menggunakan segala tipu helah untuk menggugat keimanannya. Justeru Nabi Ayub diuji dengan pelbagai cubaan. Pertama diuji melalui kekayaan dan harta bendanya. Kemewahan dengan kekayaan yang dinikmati, semakin hari menjadi susut dan seterusnya semua kekayaan itu habis.


Ayub akhirnya menjadi miskin dalam sekelip mata. Walaupun menghadapi ujian getir itu keimanan kepada Allah tidak langsung terjejas. Beliau sabar menghadapi dugaan dengan hatinya tidak ketinggalan mengingati Allah.


Pendirian Nabi Ayub ternyata tidak mudah diubah. Justeru, diuji sekali lagi dengan kematian anaknya, namun beliau masih bersabar dan pada masasama memupuk ketakwaan pada Allah.


Mengenai pelbagai ujian itu, Allah berfirman, maksudnya: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ‘sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali’.”


Nabi Ayub memang tetap dengan pendiriannya, tidak tewas dengan tipu helah iblis. Selepas itu, Nabi Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa. Beliau menderita kerana penyakit itu selama tujuh tahun.


Walaupun begitu lama menanggung sengsara penyakit itu, beliau tidak pernah gelisah. Beliau tabah menghadapi dugaan. Walaupun badannya semakin kurus, hingga menakutkan mata memandang, beliau masih mampu mengingati Allah.


Disebabkan penyakit Nabi Ayub itu sungguh dahsyat tiada orang sanggup melihatnya, melainkan isterinya yang sabar menemani dan merawatnya. Iblis tidak senang apabila menyaksikan kesabaran dan kesetiaan isteri Nabi Ayub.


Isterinya digoda supaya tidak melayaninya lagi. Tipu daya iblis itu sebenarnya diketahui Nabi Ayub dari awal lagi lalu diberitahu kepadaisterinya. Nabi Ayub berkata kepada isterinya: “Jika aku sembuh, engkau pasti aku pukul 100 kali.” Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah seperti digambarkan melalui al-Quran: “Ingatlah ketika Ayub menyeru kepada Tuhannya: Ya tuhanku! Aku mendapat penyakit dan cubaan daripada syaitan.”


Doa Nabi Ayub dimakbul Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh tahun sembuh. Dalam al-Quran diceritakan: “Cecah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum. Dan Kami anugerahkan dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran.”


Mengenai nazarnya, Nabi Ayub mengingatkan isterinya yang terpedaya dengan iblis bahawa beliau akan memukul isterinya itu 100 kali jika beliau sembuh. Justeru, apabila benar-benar sembuh dan sihat, Nabi Ayub bertekad untuk melaksanakan nazar itu.
Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub mengenai cara melakukan nazar itu. Firman Allah, bermaksud: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.


Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”
Nabi Ayub menggunakan rumput yang diikat itu untuk memukul isterinya dengan sekali libasan. Walaupun sekali pukulan, ia dikira 100 kali kerana rumput yang diikat itu mengandungi 100 helai daun.



Demikianlah kisah Nabi Ayub a.s.. Beliau tabah dgn ujian yg diberikan Allah kpdnya..
Ustaz Zahazan juga menyatakan ada Doa yg perlu kita lafazkan semasa ditimpa musibah,

Keterangan Ayat



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka. Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)


Ayat di atas disebut ketika:
* Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
* Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
* Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.

Read more...