Showing posts with label kehamilanku. Show all posts
Showing posts with label kehamilanku. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

Perkongsian utk bakal Ibu... moga dipermudahkan urusan..

Salam semua.

Moga sentiasa dirahmati Allah swt..Syukur diberi kemudahan utk melaksanakan segala pekerjaan...

Alhamdulillah... entri kali ini, insyaAllah sy akan coretkan sedikit pengalaman sy tike melahirkan Ammar Faiz.. ini adalah permintaan dari sahabat sy – Aqeen Ahmad.. yg kini sedang menghitung hari utk menunggu kelahiran permata hati... Namun begitu, entri ini juga sy tujukan khas utk rakan2 yg sama spt Aqeen, yakni bakal2 ibu.. selamat membaca yer kepada Yana (rakan ofis) , Jun (rakan), dan Cikgu Siti (isteri kepada ex- rakan ofis) yg kini sarat dan hampir tempoh melahirkan.. moga urusan kalian dipermudahkan yer..

Baiklah, sebelum ni sebenarnya sy da tulis juga pengalaman sy bersalin- cari tajuk Detik Kelahiran Ammar Faiz-Part 1 (blh juga tgk pd label permata hati kami)...
Cuma sy akan tambah sedikit info / tips2 hasil dari pencarian dari Google dan bacaan dari buku2..

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

( pengalaman sy dulu: kontraksi berlaku semasa berada dalam labour room. Sebab masa tu, doctor da pecahkan air ketumbahan sy).

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang

(pengalaman sy: mmg betul ! sakit belakang yg kerap..dlm jam 8 mlm masa sy sedang memasak sup ayam kegemaran abg, pinggang rs macam nk tercabut pun ada..sampai minta abang urut2 )

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera

(pengalaman sy: oh..air ketubahan sy doctor yg pecahkan.. selepas tu, rasa sakit juga..spt sengugut yg amat teruk.. tp sabar dan menahan sakit sambil membaca doa2 dan zikir2)

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan

(pengalamn sy: sy mengalami pendarahan..yakni keluar tompokan darah semasa dirumah.. sampai di hospital, darah keluar agak byk..masa ni redha saja..)


Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

(pengalaman sy: bukaan jalan sy semasa sampai dihosptl kulai – 4 cm.. masa ni terkejut juga bila doktr ckp da nak bersalin..walhal masa tu sy baru saje 34 minggu..terus naik ambulan hantar ke HSA..smpi di HSA, bukaan jalan da 7cm..namun, doctor menasihatkan sy utk tunggu supaya bukaan jalan buka sbyk 10cm..dari segi kesakitan, pd sy x terasa sgt… Cuma bykkn doa dan istighfar saja ubatnye..)..


TEKNIK PERNAFASAN KETIKA PROSES BERSALIN
- ini pula tips2 utk teknik pernafasan.. sy rs bertuah dapat menggunakan teknk pernafasan yg betul.. ini adalah ilmu yg sy dpt semasa menghadirkan diri ke kelas antenatal di hosptl swasta sbln itu..cara mudah sy amalkan.. semasa baring, angkat kepala tgk bahagian perut..kaki buka besar2 dan lakukan pernafasan dgn tenang..ok,bolhe baca juga info dibwh yer..


Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi.

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.
Teknik pernafasan peringkat kedua.

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.


TEKNIK MENERAN

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.
“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.
“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).
“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.
Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.


Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

p/s: semoga info2 di atas berguna utk semua yer.. utk tips tmbhn, semasa hendak meneran.. sebutlah ‘Allahuakbar”..insyaAllah dipermudahkan...
Read more...

Wednesday, October 27, 2010

Air selusuh ...

Salam semua..

Alhamdulillah..dpt juga sy mencari sedikit info ttg air selusuh ini... sebagaimana yg ditanya oleh kakak Aida ( kakak kwn sy Afzan) ttg air selusuh..apa yg sy tahu, air selusuh ni biasanya diminum oleh ibu2 yg bakal bersalin..dgn niat utk memudahkan baby keluar.. air selusuh ni dibuat dgn bacaan Ayat2 Al-Quran (blh rujuk info dibawah)..insyaAllah..air selusuh sy ni abang akan buatkan...bapa mertua sy pun ada cakap untuk buatkan air utk sy.. Alhamdulillah..xpela..mana2..yg penting sy selamat bersalin nanti...ada juga sy beli buku rawatan darussyifa' (adato' Haron Din)..dlm buku tu juga ada cara-cara membuat air selusuh..
ok,bawah ni sy petik artikel  berkenaan air selusuh dari http://klinik-muallij.blogspot.com/2010/02/terkini-kursus-rawatan.html .. harap dpt membantu..


Doa Selusuh


Selusuh ialah nama bagi bahan khusus yang disediakan untuk memudahkan kelahiran bayi juga meringankan penderitaan ibu. Selusuh terdiri daripada air dan minyak yang disebut sebagai air selusuh dan juga minyak selusuh. Adakalanya kedua bahan ini digunakan secara bersama dengan ditambah dengan buah kurma (seelok-eloknya kurma Nabi iaitu ajwah)

Air selusuh dibuat (jika dapat) menggunakan air zam-zam. Minyak selusuh pula dibuat sendiri menggunakan kelapa tua yang belum kering kulitnya (kelapa hijau). Kelapa diparut dan diperah santannya tanpa ditambah air. Toskan santan tersebut didalam bekas selama lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian saring kepala (bahagian atas) santan menggunakan sudu bagi mengasingkan pati-patinya yang telah terkumpul di dasar bekas tadi.

Masak santan berkenaan menggunakan kuali dengan api perlahan. Sentiasa kacau santan bagi mengelakkannya menjadi berketul. Masak sehingga pecah minyak dan kacau hingga bentuk tahi minyak bertukar menjadi kuning keemasan (lebih kepada kehitaman sebenarnya tapi bukan hangus). Setelah itu sejukkan minyak dan asingkan daripada tahinya. Tuang minyak ke dalam gelas kaca (kalau dapat gelas tidak berwarna dan putih jernih). Simpan minyak dalam suhu bilik selama lebih kurang seminggu atau lebih agar pati-pati tahi minyak akan mendap ke bawah gelas. Setelah itu anda akan dapati minyak yang warnanya keemas-emasan dan jernih. Pindahkan minyak (saringkan) yang jernih bersih itu ke dalam bekas kaca yang lain dan kini mulakan dengan amalan-amalan di bawah:

1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan);

2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:

- Surah Al-fatihah

- Surah al-Hasyr ayat 21-24

- Selawat Syifa

- Doa



3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat

4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.

5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..

Amalan penyediaan air dan minyak selusuh ini adalah diwarisi turun temurun daripada petua dan amalan orang-orang tua di Malaysia secara khususnya di Kelantan atau secara umumnya di rantau Asia Tenggara. Cuma pendekatan penyediaannya kini dimurnikan dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan hati yang ikhlas ingin mendapat pertolongan daripada Allah SWT jua.

Tidak ada sebarang halangan untuk menggunakan al-Quran dan bermunajat serta berdoa kepada Allah apatah lagi meminta pertolongan daripadaNya bahkan ia adalah suatu ajaran Agama melalui gesaan al-Quran sendiri (surah al-Fatihah:5)
Read more...

Kaki Dah mula membengkak ..!!

Salam..

Hari ini rasa amat tak selesa.. kaki da mula membengkak.. nampak agak sembab.. mmg ni salah satu simpton ibu mengandung..

Ya Allah, berikanlah diri ini kekuatan, kesabaran.....

p/s: insyaAllah..next entri sy akan post simpton2 ibu mengandung ( lagi2 da sarat mcm sy..)..
Read more...

Monday, October 25, 2010

Teringin ~~ cempedak goreng pula..

Salam,

Alhamdulillah...syukur..dpt juga rasa cempedak goreng smlm...hee..

Semalam ptg, time duduk kat depan PC sambil buat keje tiba-tiba tekak sy ni rs macam ada cempedak goreng aja.. heem..terus SMS abg... tp abang x reply..munkin byk keje atau die dlm shield room ( yg x leh smpi signal SMS sy ni..)..

Abang sampai rumah kira2 jam 8 mlm..Alhamdulillah, mmg rezeki baby ..dpt la rasa cempedak goreng..abang singgah di pasar malam pasir gudang... syukran abang...!!


Gambar hiasan (dr Google)..sori x sempat snap gmbr..da x tahan tgk cempedak grg..hee


p/s: alhamdulillah juga..dpt makan da cendol yg aritu duk ngidam...syukur dipermudahkan Allah swt..
Read more...

SENARAI BARANG-BARANG IBU DAN BABY...

Salam semua,


Alhamdulillah… syukur kepada Allah swt atas nikmat Iman dan Islam yg diberikan kepada kita semua…

Entri kali ini, sy ingin berkongsi ttg persediaan kelengkapan barang2 untuk ibu bersalin..ini khas kepada rakan2 yg kini melalui dan akan melalui fasa spt saya sekarang…

(terima kasih kepada afzan atas permintaan beliau meminta sy kongsi persediaan sy kini..beliau risua kakaknya tidak buat preparation lagi..)…insyaAllah ye afzan..mana yg blh dikongsi…kita kongsi bersama…

Baiklah, sy akan listkan satu persatu ( senarai2 dibawah dibuat oleh sy sendiri...ada juga sy bertanya kpd rakan2 di tmpt keje..terutamanya kakak2 yg baru melahirkn ank.. sekiranya ada brg2 yg anda rs perlu tambah ikut keperluan masing2 , rasanye tiada masalah)..




Sy kategorikan kpd 2 bhgn..

Bahagian pertama- senarai lengkap barang2 keperluan asas baby dan ibu .

Bahagian kedua –senarai barang2 yg penting / perlu dibawa ke hospital..


- SENARAI PENUH BARANG-BARANG BABY :
1) Pampers ( pilih yg newborn punya)

2) Kain Bedung ( 20 helai )

3) Kain Barut (12 helai jenis tali + 3 helai jenis gam (senang utk dipakai ke klinik nanti)..

4) Kain Lampin ( 12 helai)

5) Baju T-shirt baby ( 3 helai lengan pendek + 5 helai lengan panjang) – pilih saiz new born. Sy pilih warna putih, cream dan biru..

6) Seluar Baby ( 2 helai seluar pendek + 6 helai seluar panjang) .. ni pun ambil saiz newborn..

7) Sarung kaki dan sarung tangan ( 5 pasang)

8) Topi kain ( 3 helai)

9) Tuala mandi baby ( 1 helai)

10) Tuala muka ( 1 helai)

11) Selimut baby

12) Set tidur baby (tilam + bantal + bantal peluk )

13) Alas getah/ changing mat ( 1 helai) - * guna masa utk alas baby masa tukar baju seblm / slps mandi

14) Tab mandi baby

15) Set mandian baby

16) Tisu basah

17) Cotton Ball + putik kapas

18) Bekas bedak

19) Minyak Telon / YuYi.

20) Botol susu baby (utk standby) –sy beli 1 yg saiz kecik. Baki botol susu lain, ambil dr set Pam susu yg sy beli aritu..

21) Beg isi barang2 baby



- SENARAI PENUH BARANG-BARANG IBU :

1) Minyak & Air selusuh

2) Kain Bengkong

3) Stokin ( 3 helai)

4) Pad biasa / Maternity Pad

5) Set bersalin ( jamu2)

6) Tungku ( batu/ garam bukit)

7) Pati ikan haruan

8) Jeli Gamat

9) Set Pam susu – alhamdullah..de selamat beli da;..

10) Bakul


- SENARAI BARANG-BARANG YANG PERLU DI BAWA KE HOSPITAL :
* UTK IBU *

1) Kad Pengenalan

2) Kad Merah ( kad lawatan klinik)

3) Baju/ Blouse ( 5 helai) – jika boleh cari atau bawa baju yg berbutang di depan.. mudah utk menyusukan baby nanti..

4) Kain Batik ( 3 helai)

5) Baju / Seluar Dlm ( 5 helai)

6) Tudung

7) Stokin

8) Tuala Mandi / Tuala muka

9) Peralatan Mandi (sabun, ubt gigi, pencuci muka, dll)

10) Materninty Pad

11) Selipar

12) Sweater @ baju sejuk

13) Minyak angin

14) Air Zam-zam / Air selusuh

15) Termos Air panas

16) Makanan / Minuman ( roti, kurma ,susu, air masak)

17) Al-Quran / tafsir

18) * Majalah / buku

19) *Camera / Handphone (utk rakam detik2 indah)

** semua barang2 ibu dimasukkn dlm bakul **


• UTK BABY *

1) Pampers baby – bawa dlm 6 helai

2) Baju – 4 helai ( 2panjang + 2 pendek)

3) Stokin / sarung tgn - 4 pasang

4) Topi – 1 helai

5) Selimut / bendung – 2 helai

6) Barut – 5 helai

7) Set mandian

8) Tuala mandi

9) Tisu Basah.

10) Minyak telon /Yuyi..

11) Cotton Ball / Putik kapas

** barang2 baby dimasukkn dlm beg**


p/s: seelok2nya barang2 baby spt baju, seluar, barut, bedung, selimut, tuala, sarung tgn n kaki dibasuh terlebih dahulu..menggunakan detergen khas cucian utk baju baby…..alhamdulillh..setakat ni sy da setel membasuh.. ini saja yg sy rs list diri sendiri…jika ada kawan2 nk tmbh..mmg dialu2 kan…


Read more...

Sunday, October 24, 2010

Dapat juga cari set bersalin dan Tungku…

Salam semua,




Syukur diberi kesempatan utk bernafas di muka bumi ini..



Alhamdulillah..,kini sy da 33 minggu..moga diberi kesihtn yg baik..

Alhamdulillah juga, suami sudah habis tugasan di Singapore, setelah 2 bulan di sana...

Semalam, kami sempat ke U Mall, Tmn U di Skudai, setelah balik dari mendengar ceramah Ustaz Mat Isa di Pasir Gudang.. ..selesai belanja barang2 dapur, kami pun singgah la di bhgn bawah U Mall...ada pameran Industri Kecil Sederhana (IKS) ..pelbagai produk dipamer dan dijual..

Tiba-tiba sy terpandang booth menjual Tungku Garam Herba….Mmg niat di hati ni nak beli tungku utk kegunaan selepas bersalin… kami singgah la sebentar… empunya produk begitu seronok menerima kehadiran kami… yg menariknya tungku ni dari garam bukit… perlu dipanaskan dulu garamnya, baru dimasukkan ke dalam kain dan diikat kemas… kakak empunya produk (lupa nak tanye nama), meminta sy duduk sebentar.. rupanya2 dia nak tungku badan sy… abang pun ambil kesempatan ditungku… lupa pula..produk ni keluaran SaujanaHerba enterprise..dari Kota Tinggi Johor..ada juga disediakan khidmat Spa dan mengurut (lelaki dan perempuan).. Empunya pemilik adalah hasil daripada kakak tu dan suaminya... terima kasih ye kakak dan abang..


Packaging Tungku Garam Herba

Rupa Tungku garam herba ( dibaluti kain)

Ya Allah, rasa segar sgt2… padahal..masa sy dan abang beli belah td, mmg sy akui..sy slalu ‘mengular’ , atau erti kata lain.. sy byk duduk dr berjalan..x kira la di mana pun..yg paling sy tak larat semasa menunggu abang memilih baju t-shirtnya..sy tgk sekeliling..takde langsung kerusi..sy apalagi..duduk aja di situ… penat sgt…

Tapi lepas sy dituam dgn tungku tersebut..rasa lama juga kami (sy dan abg) di tuam2…adalah dlm 30 minit…akhirnya, kami beli la juga set tungku herba ni.. harga dlm RM76.00 tapi rasa mcm berbaloi…abang pun mengaku rasa segar... lagi2 skng ni dia x sht..selsema...selepas dituam, selsema dia rasa da kurang... semasa dalam perjalanan pulang ke rumah..dalam kereta, tiba2 angin badan abang keluar... abang cakap lega sgt2...munkin kesan dari dituam dgn tungku herba tu..angin badan pun keluar...

Kakak empunya produk ni merupakan mak bidan.. jadi, dia ada juga buat satu set bersalin..sy belek2 la beg set bersalin… adalah set jamu, minyak, tungku garam herba saiz kecil dan bahan2 herba utk disapu pada ibu yg sudah bersalin (macam pilis, dll)… harga asal set lengkap = RM95.90..tp kakak tu bagi diskaun dapatlah dengan harga RM76.00..

InsyaAllah, set bersalin ni nanti akan sy gunakan nanti semasa berpantang... dah beritahu mak yg sy dah beli set bersalin ni...jadi utk kegunaan sy selepas bersalin cuma perlu pati ikan haruan dan juga jeli gamat..

p/s: sy bukan agen utk promote yer produk di atas..Cuma testi sbg pelanggan saja.. insyaAllah, Allah berikan nikmat disekeliling kita utk memberi kesenangan kepada org lain..cthnya mcm kakak ni..Allah da berikan dia kemahiran utk mengurut (sbg mak bidan) dan kebolehan utk sediakn herba2.. utk kegunaan orang2 mcm sy yg memerlukan..Alhamdulillah..cantik aturan Allah swt…
Read more...

Thursday, October 21, 2010

Set Pam Susu yang sy beli..Alhamdulillah.

Salam semua…


Alhamdulillah…semalam ptg, sampai juga barang yg sy tempah dari Shah Alam..

Kira-kira jam 5 ptg, staff di receiving telefon, meminta sy ambil barang di sana..

Barang yg sy tunggu-tunggu da sampai… barang apa ya? Hee.. Set Pam Susu utk kemudahan sy nanti selepas bersalin... Syukur sgt2 barang selamat smpi..

Sy tempah set pam susu ni dari http://www.littlewhiz.com/ …skng ni mereka sedang buat sale..jadi,sy sambar la satu set ni.. agak bagus servis mereka..pantas dan efisen..insyaAllah..next time beli lagi kat website ni..

Kira berbaloi la sy membeli…harga jualan biasa..RM697..tp kini masih jualan murah..dijual dgn harga RM558...jadi sy ambil saje peluang ni... bwh ni description kandungan set yg sy beli..

This package includes the following :-


• 1 unit Spectra 3 Electric Breast pump


• 1 set Spectra Breast Shield Set ( Extra for double pumping )


• A professional and stylish back pack design


• Moms Precious Cooler bag set (A removable cooler bag set (which comes complete with 6 Moms Precious Storage Bottles, 2 Bottle caps, 3 reusable ice packs)


• FREE rain cover cum heat reflector to ensure bag is protected against rain or shine!

Alhamdulillah..kira berbaloi rasanye.. semalam bawa pulang ke rumah pun , x sempt nak pasang pam nye..tunggu abang balik dari Singapore ..minta dia pasang sama2…

Ni complete set Pam susu yg sy beli.. sila abaikan barang2 baby di belakang tu ye..

ni la set pam susu electric spectra 3

ni pula breast shield set

oh.ni adalah adaptor utk pam susu (sama dlm gmbr 1)..

ni pula set tiub,botol susu yg akan di sambung pada adpotor di atas..


yang di atas ni pula..set botol simpan stok susu..

beg galas utk isi cooler bag dan spectra 3 ( sy membayangkan thn depan sy akn bwk beg ni..xde handbag da..bwkj beg sekolah g keje)

ni cooler bag (utk isi botol susu selepas perahan)

ni pula ice pack
p/s: moga dgn adanye set pam susu ni, menguatkan azam sy utk memberi sus badan pada baby kelak..insyaAllah…
Read more...

Wednesday, October 20, 2010

My 7th Check-Up !! - ( 32 Weeks)

Salam semua…


Alhamdulillah, syukur..

Semalam pemeriksaan bulanan sy di klinik kesihtn Senai berjalan dengan baik… kini kandungan sy hampir memasuki usia 32 minggu… tinggal bbrp minggu lagi baby akan melihat dunia…Ya Allah, Engkaulah Maha Berkuasa..Permudahkanlah urusan kami..Amin…

Alhamdulillah juga..hasil pemeriksaan kali ni..agak positif…

Berat Badan = 54 kg (hanya naik 1kg aja)

Urine Test = bersih

Tekanan Darah = 100/ 60 (normal)

Kepekatan Darah (HB) = 10.6%mg (naik sikit dr sebelm ini..berusaha utk naik ke angka 11%mg)..

Degup jantung baby = Doktor ckp agak laju.. (munkin tika itu sy keletihan)..

Berat Baby = alhamdulillah ..normal..skng ni da 2.2kg ..

Jantina Baby = ??? (surprise..) ..doktor scan siap cakap confirm 100% jantina baby…

InsyaAllah, nanti bila abang da balik Malaysia.. kami akan pergi scan bersama2..biar cik abang ni pula teruja melihat perkembangan baby di dalam rahim ini…

Apa2 pun , saat ini sy hanya mampu mendoakan agar urusan kami dipermudahkan…Amin…
Read more...

Tuesday, October 19, 2010

Teringin ~~


Kenapa la tetiba aja teringin sgt2 nak makan cendol...
arini byk orng sy tanye, kat mana nk beli cendol?
nak minta bantuan cik abang..cik abang pula jauh nun di Singapore..
jadi, nak tak nak.. kena cari sendiri...
Kak Zarah suruh buat sendiri aja...huhu..tengokla berdasarkan kerajinan...hheee..
Read more...

Sunday, October 17, 2010

Kenduri Kesyukuran kehamilanku 7 bulan..

Salam semua…


Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah swt…Semalam (Ahad – 17hb Oct), keluarga sy di Kluang mengadakan kenduri doa selamat kerana sy kini dah mengandung 7 bulan.. (bukan majlis lenggang perut yer..hee..tp bacaan yasin dan doa selamat saja..) Mak abah orang yg paling sibuk beberapa hari seblm kenduri..Alhamdulillah..syukur dipermudahkan… namun,abang long dan adik sy faizal tidak dapat balik ke rumah.. abang long bekerja..faizal pula belajar di shah alam..lagi pula kini faizal berhempas pulas utk test.. harap2 faizal dpt buat dgn baik dlm ujian yg dia hadapi..

Sy dan suami pulang ke Kluang pada hari Sabtu… tiba di rumah..adalah juga sikit2 kerja yang perlu sy bantu2..bungkus2 beg cenderahati utk tetamu yg datang…

Seawal jam 6.30 pg hari Ahad pula, mak abah keluar ke pasar..mengambil ayam2 yg telah ditempah.. menu masakan utk kenduri, nasi ayam.. Alhamdulillah..bersyukur dapat jiran2 yg begitu banyak membantu… terima kasih sgt2..

Mak menyediakn makanan sarapan utk jiran2..masih sempat masakan nasi himpit,kuah lodeh,sambal tumis ikan bilis, cekodok pisang,mee hoon goreng…sy pula mampu tolong potong2 aja bahan2 masakan…itupun x lama..sbb pinggang dan kaki ni mudah rasa sakit…jadi sy hanya mengambil tugas2 ringan spt : lap pinggan mangkuk, cawan2…kemudian melipat2 tisu… kerja2 mengemas rumah pula, diambil alih oleh suami tercinta…adik bongsu sy, Aida pun ringan tulang..rasa kesian pula pada dia..sbb terpaksa kerja lebih daripada sy…huhu..





Keadaan rumah selesai mengemas..


Kenduri dimulakan pada jam 2.30 ptg..dengan bacaan yasin, dan doa selamat..Alhamdulillah…ramai makcik2 yg datang..cuaca pun agak baik…selesai semuanya, mereka dijamu dgn nasi ayam dan pelbagai juadah sampingan..terima kasih sgt2 pd jiran2 yg sponsor juadah2 sampingn…


Gambar semasa memulakan bacaan Yasin.

Sesi makan (di ruang beranda)

Sesi makan (di ruang beranda)


Sesi makan (di ruang tamu)


Sesi makan (di ruang tamu)

Terima kasih kepada jiran2 sy yg sudi rewang dan bertungkus lumus memasak.

Kira2 jam 4 petang, kenduri pun selesai…saat bersalaman, hampir semua makcik2 yang hadir mendoakan moga sy selamat bersalin nanti…ada juga yg menyentuh perut sy yg kian membesar ini.. inysaAllah..syukran atas doa semua…
Read more...

Friday, October 15, 2010

Teknik pernafasan utk ibu bersalin..

Salam semua,


Bulan lepas ( September), sy dan suami telah menghadiri kelas antenatal (utk bakal2 ibu/bapa).. antara skop pembelajaran dalam kelas ini adalah teknik senaman..ada juga di ajar ttg pernafasan yg betul..
di bawah ini, sy petik dari majalah PA&MA keluaran November 2006..



Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).


Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.



Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.



Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.



"Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.



“so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).



“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.



Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.



Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.



Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.
Read more...

Tuesday, September 21, 2010

My 6th Check-Up !! - ( 28 Weeks)

Salam semua,


Alhamdulillah…kini kandungan sy sudah memasuki usia 28 minggu @ 7 bulan…Rasa sekejap saja masa berlalu… syukur diberi nikmat merasai alam kehamilan ini…



Semalam petang, sy terpaksa mengambil cuti setengah hari kerana ada check-up di klinik desa .. kira2 jam 2 ptg sy sampai di sana..sblm ni pertemuan sy biasanya di pagi hari..tp sy lebih suka datang belah petang kerana tak begitu ramai ibu2 yg dtg…

Macam biasa prosedur utk pemeriksaan..perkara2 yg diambil:
1) Urine test = ok..air kencing bersih.

2) Tekanan darah = 100/70 (normal)

3) HB = ni turun sgt…mungkin sy da jarang makan makanan yg menambahkan darah… 10.6mg%… mmg kena telan ubat iodine tu 2 biji sehari..sblm ni sebiji jer..sbb masih atas 11mg%...insyaAllah..next check-up mesti naik…

4) Berat badan = yang ni sy tak pasti la..penimbang kat klinik tu rosak ke..sbb bila timbang..naik mendadak…huhu.. naik 3.5kg..so,berat bersih sy kini..52.5kg.. abih kena tegur dgn nurse….sbb bulan lepas da naik 3kg…sepatutnya dlm sebulan..kena naik 1kg je…salah sy ke sy berselera makan? Bukan makan apa…hanya makan nasi aja..bila mengadu dgn mak..mak ckp..lebihkan makan roti dan buah2..kalau makan nasi satu senduk kecik aja…

5) Semalam juga, kena inject TT –utk elak kancing gigi..ni injection yg kedua dan terakhir utk ibu2 mcm sy yg baru nak dapat anak sulung…x sakit sangat..cume rs kebas ..

6) Nurse check heart beat baby… alhamdulillah..baby normal..siap bergerak2 masa nurse pegang2 perut…hee.

7) Tinggi rahim pun ok..alhamdulillah..


Bawah ni ada info tentang perkembangan janin di usia 28 minggu…

How your baby's growing:


By this week, your baby weighs two and a quarter pounds (like a Chinese cabbage) and measures 14.8 inches from the top of her head to her heels. She can blink her eyes, which now sport lashes. With her eyesight developing, she may be able to see the light that filters in through your womb. She's also developing billions of neurons in her brain and adding more body fat in preparation for life in the outside world.


Janin usia 28 minggu sebesar kobis bunga china ini...

Bermula hari ini..sy da kena rekod pergerakan baby..dalam masa 12 jam bermula 9 pagi ~ 9malam..baby kena ada pergerakan sebnyk 10 kali..insyaAllah..stakat ni baby ummi ni aktif menendang...
Dan juga start bulan depan saja..sy da kena datang klinik 2 minggu sekali… next appointment pada 7hb Oktober…. Moga dipermudahkan…
Read more...

Thursday, September 16, 2010

Catatan Kehamilanku : 27 minggu

Salam..


Berikut adalah sumber yang sy dapat menerusi email dari website : http://www.babycenter.com... Byk info2 berkaitan perkembangan janin selain terdapat beberapa tips berguna untuk ibu hamil.. minngu ini, sy sudah memasuki 27 minggu.. di bawah ada artikel berkenaan perkembgn janin pada 27 minggu…



dan apa yang paling comel, kini janin diibaratkan sebesar sayur kobis bunga (cauliflower)..




This week, your baby weighs almost 2 pounds (like a head of cauliflower) and is about 14 1/2 inches long with her legs extended. She's sleeping and waking at regular intervals, opening and closing her eyes, and perhaps even sucking her fingers.


With more brain tissue developing, your baby's brain is very active now. While her lungs are still immature, they would be capable of functioning — with a lot of medical help — if she were to be born now.


Chalk up any tiny rhythmic movements you may be feeling to a case of baby hiccups, which may be common from now on. Each episode usually lasts only a few moments, and they don't bother her, so just relax and enjoy the tickle.

Alhamdulillah..sy dan baby sihat2 aja..tp kini sy mmg mengakui..agak sukar utk tidur.. kena cari posisi yg agak selesa baru dapat lelapkan mata.. lagi satu, tiap2 malam sy cepat berpeluh.. rasa panas satu badan.. dah mandi pun mmg macamni.. bila tanya-tanya mak..mak cakap mmg macamtu bila mengandung ..cepat rasa panas... nak minta abang pasang air-cond..tak sesuai..bukan rmh sendiri..huhu..so, berkipas la sy sepanjang malam..

baby pula sekarang da makin aktif..selalu menendang2.. bila perhatikan perut ni rasa macam berombak2 perut ni..lagi2 masa mendengar alunan zikir/ sy mengaji..dan..yg paling lucu..semasa abang bercerita apa2 kisah dengan sy (cthnye kisah nabi, cerita sinopsis buku2 yg dia baca), wah..makin ligat pergerakannya..mungkin baby suka dengar suara abah agaknya.. hee..

tapi apa2 pun ..sy seronok..alami simpton2 ibu hamil.. insyaAllah..ummi sanggup hadapi fasa2 ini..asalkan baby ummi dalam perut ni sihat bila da keluar nanti..amin..
Read more...

Monday, August 23, 2010

My 5th Check-Up !! - ( 24 Weeks)

Salam Ramadhan,


Syukur selesai sudah check-up sy pagi td.. tiada apa yg sy nak coretkan..kebiasaannya pergi ke klinik desa utk buat pemeriksaan bulanan biasa..Cuma hari ini agak ramai org di klinik…kebanyakkannya ibu2 yg membawa anak utk disuntik…

Mcm selalu, sy tiba dlm jam 7.40pg, ambil nombor, cek urin dan timbang berat…kali ni agak terkejut..sbb berat sy naik.. ( nanti sy perincikan di bwh ye).. kemudian menunggu giliran..dan kali ni juga sy diminta utk disuntik (seriau dgr perkataan disuntik)..ini utk elak ibu hamil kancing gigi… kemudian nurse menyatakan sy perlu diperiksa kencing manis…

Alhamdulillah..sy tiada kencing manis..normal dan tak perlu minum Air Gula .. rata2 sy tanye ibu hamil yg kena minum air gula ni kerana mereka menghadapi kencing manis selain umur melebih 25thn… (nanti sy search info psl keperluan ibu hamil minum air gula ni)..

Selesai itu, sy diminta masuk ke bilik lain..utk pemeriksaan janin… Saiz rahim, dan denyut jantung bayi..setelaj selesai, nurse memberi sedikit penerangan ttg pemakanan dan ubat2 yg perlu sy makan…
Data pemeriksaan sy kali ini:


Urin Test : Baik aja . (air kencing bersih)


Berat : 49kg (naik 3kg dari bulan lepas.. nurse terkejut..sy lagi la terkejut masa timbang)..


Suntikan kancing gigi : selesai satu sesi..akan ada satu lagi sesi.. ( 2 kali utk ibu hamil)


Tekanan Darah : 100 / 70 ( normal)


Kepekatan Darah : 11.4%mg (yg ni turun sket ..nurse ckp munkin sbb puasa)..


Tinggi Rahim : 25 cm


Denyut jantung bayi : 153 (maaf la lupe unit ape..huhu)…

Kesian pada baby..sbnrnye pada awl pemeriksaan utk detect denyut jantung baby, nurse terkejut sbb jantung baby bergerak laju..agak lama nurse letak detector machine atas perut.. siap tanye, “ awak lapar ke? Sy rasa baby ni denyut jantungnya laju sbb lapar..”

Sy jwb, “ munkin agaknya..sbb pagi td sy sahur makan kurma dengan minum susu je.” “ooh..patutla pun…xpe2.. tunggu kejap lagi..denyut die da ok..”

Tak lama lepas tu..denyut jantung baby da ok.. dlm hati sy sayu je..baby faham agaknya.. kesian pula..berlapar baby ummi dalam perut..ummi janji nanti ummi makan sahur yg berat2 sket yer…

Alhamdulillh.. selesai check-up sy arini..my next check-up pada 21 Sept 2010 (selasa)…

p/s: sempat juga sy pergi bank hari ini.. tukar duit raya..
Read more...

Sunday, August 22, 2010

Keperluan Baby..

salam ramadhan semua,


Semalam berkesempatan snap picture koleksi barang2 bayi yg telah kami beli..Alhamdulillah.. berkat perkongsian dari rakan2 kilang yg da berpengalaman melahirkan anak, sy pun dapat la senarai keperluan barangan bayi..selain sy sendiri search daripada internet... tak banyak kami beli.. sbb masih awal..barang2 di atas ni pun ada separuhnya kami beli di Jusco (sbb masa tu tgh sale).. dan selebihnya kami ke UO Angsana (pun ada sale)..memandangkan suami ada kad ahli Jusco dan UO.. jadi dapatla harga murah.. insyaAllah..dlm bulan 9 nanti akan cari lagi brg2 yg belum lengkap..

oh, antara brg2 yg ada dlm gambar:
1) bakul
2) beg
3) set tidur (tilam,bantal)
4) blanket (color kuning) - free gift dari Mamil Gold Club..Thanks..
5) Rubber Mat ( alas baby utk salin baju/ lepas mandi)
6) set mandian (beli jenama Fiffy)
7) Tuala (ada 2 helai - biru dan hijau)
8) baju baby ( dalam 8 helai- pendek dan panjang)
9) seluar baby ( pun dalam 8 helai- pendek dan panjang)
10) stokin tangan dan kaki
11) topi
12) barut jenis gam

emm..tu saja..bulan lepas ada bagi mak barut dan bedung contoh dr kawan kilang ni.. minta jiran tolong jahitkan..insyaAllah lepas raya jiran kata nk tolong jahitkan.. alhamdulillah..
kepada shbt2 semua, doakan kesihtn sy dan baby yer..syukran..

p/s: love blue colour ... !!
Read more...

Friday, August 13, 2010

Panduan ibu hamil di bulan Ramadan

Ada di kalangan ibu-ibu hamil yang pasti berasa khuatir untuk berpuasa dalam keadaan bayi di dalam kandungan yang amat memerlukan kadar nutrisi yang diperlukan bagi memastikan perkembangan janin.
Jika anda hamil dan ingin berpuasa, pastikan keadaan kesihatan anda amat stabil kerana ibu-ibu hamil juga sebenarnya dibolehkan untuk berpuasa, tetapi menerusi syarat-syarat tertentu.
Apa pun pastikan kandungan dan kesihatan nutrisi yang dibekalkan ibu menerusi plasenta kepada janin.

Salah satu daripadanya ialah memastikan makanan yang dimakan itu mengandungi nutrisi yang diperlukan termasuk protein, zat pemakanan yang diperlukan ibu dan bayi di dalam kandungan.
Komposisi yang harus dipenuhi ibu-ibu hamil bagi zat pemakanan tersebut ialah karbohidrat 50 peratus, protein (30 peratus) dan lemak sekitar 10 hingga 20 peratus.

Biarpun begitu, ada beberapa faktor yang harus diperhatikan oleh si ibu andainya dia hamil dan ingin meneruskan berpuasa.

Sekiranya si ibu hamil tersebut menghidap penyakit kencing manis atau diabetes, maka ibu tersebut tidak disaran untuk berpuasa.

Sekiranya ibu yang hamil itu menderita penyakit darah tinggi atau hipertensi kerana ibu-ibu ini memerlukan aturan memakan ubat yang berterusan secara teratur dia juga disaran untuk membuka puasanya.

Tekanan darah tinggi juga harus dihindari selama hamil kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut bagi si ibu mahupun bayi dalam kandungan.

Selanjutnya adalah faktor perdarahan. Jika ini berlaku, ibu yang hamil dinasihat tidak berpuasa kerana khuatir kesihatan janin di dalam kandungan.

Dehidrasi atau kekurangan cairan akibat muntah selama hamil akibat mabuk atau morning sickness atau sebagainya juga diminta untuk tidak meneruskan puasa dan minum sebanyak mana air yang diperlukan.

Jika tidak, sebaliknya akan berlaku kerana dehidrasi ini berkemungkinan akan menyebabkan pitam, pening, rasa berpinar dan seram sejuk yang boleh menyebabkan keadaan ibu hamil ini menjadi lebih teruk dan pengsan.

sumber:http://epondok.wordpress.com/2010/08/13/panduan-ibu-hamil-di-bulan-ramadan/

Read more...

Thursday, July 29, 2010

Perkembangan Janin ~ 20 minggu

Salam,


Syukur, diberi kekuatan untk berkongsi cerita..

Alhamduillah..kini usia kandungan sy da mencecah 5 bulan.. agak keletihan sebenarnya ..sebab utama perut da semakin besar.. tp rs syukur sebb diberi peluang oleh Allah swt utk merasai fasa ini.. kaki sy kini ada perubahan..nampak agak bengkak sedikit.. tp x la rs sakit ..cume lenguh sekejap saja..

Kini perut sy pun da terasa gerakan kecil.. adakala rasa denyut2… adakala terasa spt baby membuat gerakan kecil.. dari apa yg sy baca melalui majalah dan sumber dari internet, pada usia janin 5 bulan, baby dalam perut ni sudah mula terangsang dgn bunyi-bunyian..

Sebab itu , bilamana kak zarah pegang2 perut sy dan ucapkan salam..ada saja tindakbalas..begitu juga bila suami sy cuba bercakap2 dgn baby..terasa gerakan kecil..

Ada masa sy rs geli sedikit..

Malam-malam , sy sering buka RTM TV1 utk menonton Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran Antarabangsa… sebab bila sy mula duduk dan menonton program ini, automatic baby dalam perut ni aktif bergerak…

Di bawah ini.. sy lampirkan catatan pakar mengenai perkembangan janin pada minggu ke-20 (lebih kurang 5 bulan)… :

Minggu ke-20.

Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.


Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.


Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.


Setengah perjalanan telah dilalu bayi. Kini, beratnya mencapai 260 gram dan panjangnya 14-16 cm. Dibawah lapisan vernix, kulit bayi mulai membuat lapisan dermis, epidermis dan subcutaneous. kuku tumbuh pada minggu ini.


Proses penyempurnaan paru-paru dan system pernafasan. Pigmen kulit mulai terlihat

p/s : ada masa rasa geli macam nak garu pun ada bila baby dalam perut ni rasa bergerak2 ..moga diriku menghargai nikmat yg Allah berikan ini..
Read more...

Thursday, July 22, 2010

My Fourth Check-Up !! - ( 20 Weeks)

Salam semua,


Syukur Alhamdulillah… diberi kekuatan utk mencatat kali ini…

Alhamdulillah..tadi pagi selesai sy membuat pemeriksaan di klinik desa kali ke-4…

Pemeriksaan berjalan seperti biasa..sy tiba di klinik agak awal …sekitar 7.50pagi..masih belum ramai yg datang…

Masuk saja, sy terus mengambil nombor.. kemudian mencari tempat duduk utk menunggu giliran..sambil2 sy membaca majalah Solusi dan Pa&Ma yg sy bawa.. sekurang-kurangnya masa sy terisi dgn membaca.. adakala terganggu sedikit melihat anak2 kecil ( sekitar usia 1~ 2 thn), bermain2 berhampiran tmpt duduk sy..tp suka pula melihat keletah mereka…

Kira-kira jam 9.30 pagi ,selesai semua pemeriksaan sy..setelah diberi ubat (mcm biasa).. sy pun bertolak pulang…

Alhamdulillah, keputusan sy semua positif…

Urin Test : Normal ( air kencing ok).


Berat : 46 kg ( naik la 0.5kg dari sebelum ini.. bln lepas 45.5kg)..


Tekanan darah : 100/60


Kepekatan Darah : 11.6% mg (yg ni kurang sket dr sblm nye 13.4%mg..kena mkn byk zat besi ni..huhu)..


InsyaAllah, temujanji akan datang pada 24/8/2010 (Selasa)…

Moga dipermudahkan…InsyaAllah…
Read more...

Tuesday, July 20, 2010

Aktif baby ummi dalam rahim ni..

Salam semua..


Alhamdulillah..syukur masih mampu untuk menulis..

InsyaAllah..esok sy akan cuti setengah hari utk buat check-up sy kali ke-5 di klinik desa…harap2 semuanya baik2 aja…dan laporan pemeriksaan sy pun baik..

Oh ya.. baby ummi dlm perut ni da terasa aktif.. selalu terasa berdenyut2.. yg paling buat ummi tersenyum..bila masa baby ummi ni aktif seperti menendang semasa kak zarah duk usap2 perut ummi masa rehat..terkejut ummi dan kak zarah..

Walid pun suka bila baby ummi ni aktif masa walid usap2 perut malam2 sebelum tidur..terasa menendang-nendang..lagi satu..masa walid bacakan doa selepas solat..berdenyut2 rasanya..

Haha..sekarang ni pun masa ummi sedang menaip entry baru ni pun baby ummi berdenyut2 dan rasa seperti bergerak2 dalam rahim ummi…Subhanallah..Maha Suci Allah..Yang menciptakan sesuatu atas kehendakNya… Tiada daya upaya melainkan kekuatan Allah swt..



p/s : doakan moga urusan sy keesokan hari dipermudahkan Allah swt..insyaAllah..Amin~
Read more...

Monday, July 12, 2010

Teringin pula nak makan...

salam semua,

Entah kenapa pagi ni tekak terasa nk makan buah pala...
"Munkin rasa ni sekejap kot.. " sy berbisik dlm hati.. utk sedapkan hati sendiri...
agak susah sket nk cari buah pala area sini.. mostly yg fresh2 area penang..
ada try tanye pendpt kakak ofis ni..die ckp x bagus nk makan jeruk2 ni..
tp sy ckp la dgn die.. x la teruja sgt nk dptkan..cume..kalo ada tu rezeki la.. tekak tiba2 terasa nk makan buah pala ni..huhu


Read more...