Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

~ Hari terakhir di Senai..~

Salam semua..
insyaAllah... minggu ni sy last di area senai...kenapa? sbb selepas ini, kelibat sy akan di lihat di area pasir gudang...ya...sy akan berhijrah ke sana..entri sblm ni sy ada tulis ttg rumah yg kami beli di sana..dan sy pun dpt offer job kat sana..syukur satu compny dgn husband...

Agak sedih nk tinggalkn compny sekarang..yelah..da 3 thn kat sini kan...rindu nanti dgn environment keje kat sini..kat kawan2..rindu kat tempat operasi memerah susu..hehe..semua2...tp nak buat macamane kan...hijrah ini mungkin ada hikmah dan kebaikannya.. InsyaAllah...Allah swt yg atur semua ini ...

Ok la..cukup kot entri pasal ni..nanti meleleh aje air mata sy..huhu...

Ucapan terakhir kepada rakan2 di RND ... '' Semoga berjaya dlm hidup..lakukan apa jua kerja dgn ikhlas..letakkn niat dtg bekerja kerana Allah swt..atas niat ibadat... insyaAllah..Allah akan permudahkan urusan kita... kepada Yana yg masih mengepam susu ...akk harap yana dapat teruskan yer...even da x de geng...dan kepada kak zarah... insyaAllah..sy pasti doakn akk selamat bersalin..dan teruskn usaha utk BF kan baby nanti...pam medela tu..hehe..dan kepada kekwan yg lain2..fara doakn semoga sukses dan istiqamah dalam kerja.."



Bersama Yana, Kak Norish..


Bersama Kak Zarah..huhu..sedih..sedih..harap dapt jumpe akk n tgk baby yer..hee


Read more...

Friday, October 15, 2010

Menghitung hari..

salam semua..


syukur masih diberi daya upaya utk memandu sendiri..even termengah2 berjalan..

bila tgk tajuk menghitung hari..ye..mmg kini sy menghitung hari menanti suami pulang dari selesaikan tugasannya di Singapura..( 2 bulan) dan dlm masa sama..sy juga menghitung hari menunggu kelahirn bayi kami ini..

di fikiran sy kini tiba-tiba teringat kata-kata seorg rakan ofis suami yg memberi email kepada sy.. bertanya keadaan sy yg sudah hampir sebulan lebih tinggal di rumah sorang diri mengenangkan suami ditugaskan sekejap ke Singapura..

macam2 persoalan yg ditanya.. rakan ofis suami ni seorg kakak..sy panggil namanya kak huda..da ada 3 org anak.mmg baik dan peramah..sbb pernah bagi sy rasa buah pala (dr penang)..masa tu mmg mengidam..

aah..lupe pula..antara soalan dan jawapan yg sy rasa agak lucu dari kak huda :

" fara rajin masak ke tidak bila khairul x de ni? kalau akk malas..beli aja..sbb rasa macam main pondok-pondok pula masak sorang2.."

jujurnya memang sejak cik abang da ke singapura ni, sy agak lemah sket nak masak sorang2..nak tunggu sy masak, kena tunggu la cik abang yg request utk rasa masakan sy...

apa2 pun, fikirn sy kini lebih menanti bila agaknya cik abang selesai tugasannya di sana..insyaAllah..moga urusannya dipermudahkan Allah swt...amin..
Read more...

Thursday, August 12, 2010

Berbuka BerSama..

Salam Ramadhan..


Alhamdulillah.. semalam diberi kekuatan utk berpuasa..Alhamdulillah..inysaAllah..masih larat utk berpuasa penuh..moga diberi kemudahan ini..

Dan semalam suami tidak bekerja (kilangnya cuti).. jadi perkhidmatannya sy perlu utk menghantar dan mengambil saya. Saja nak bermesra dengan suami.. yelah,jika tidak…sy akan drive ke kilang seorng diri..

Alhamdulillah..semlm bersahur, sempat la sy buat sup kentang, goreng ikan, dan hidangkan sekali dgn telur masin yg dah direbus.. sym mmg tiap2 hari akan bersarapan nasi (seblm puasa).. agak berselera makan..hee..suami makan seadanya…ikan goreng yang membuka seleranya.. habis dimakan..alhamdulillah..

Selesai sahur, sy mengemas2 meja makan.. suami pula bersiap2 mengambil wudhu’..dia membaca Quran sekejap… selepas itu,kami solat subuh bersama.. selesai solat subuh, sambung membaca Quran.. niat asal sy ingin bertadarus bersama suami..tapi..tiba2 perut sakit pula..x jadi nk bertadarus bersamanya..

Petangnya pula, selepas waktu bekerja, suami datang mengambil di depan kilang..rasa seronok pula..dalam perjalanan..suami ajak singgah di mana-mana bazaar ramadhan.. kami singgah saja di kawasan senai..dapatlah sy beli bbrp lauk yg sy nak makan sejak kelmarin – masak lemak labu.. syukur jumpe..suami pula membungkus daging masak sambal, sayur goreng..

Sampai di rumah, saya bersiap2 utk hidang..alhamdulillah..dapat juga berbuka puasa bersama.. dan malam itu juga, kami bertarawih di masjid senai..agak ramai di masjid..syukur.. Dalam masa yg sama., Ramadhan juga mengajar kita semua erti KESABARAN.. sabar segala-galanya…syukur suami amat sabar dengan kerenah saya..syukran abang..!!

moga amalan kami sepanjang ramadhan ini diterima Allah swt. Amin Ya Rabbal A’lamin..
Read more...

Monday, August 9, 2010

Saya berdoa..

Salam semua.

Rasa syukur ats nikmat yg diberikan Allah swt kepada kita semua..

Esok bermulanya umat Islam menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak dgn penuh rasa kesyukuran dan kehambaan..Moga diberi peluang utk menikmati ganjaran2 bulan Ramadhan ini..

Saya berdoa:

1) moga sy diberi kekuatan utk berpuasa penuh bulan ini..insyaAllah..

2) moga sy diberi semangat utk menunaikan solat sunat tarawikh bersama suami di masjid sini..insyaAllah.

3) moga sy kuat utk bangun menyediakan makanan utk bersahur dan berbuka..

4) moga sy diberi kesempatan utk khatam Al-Quran bersama suami…

5) moga baby sy sentiasa sihat walaupun umminya berpuasa..

6) dan harap sy tabah utk bersendirian di sini.. kerana suami akan bekerja luar johor ( Singapore) selama 2 bulan..

dan.. semoga segala amalan2 yg kita lakukan adalah ikhlas semata-mata kerana Allah swt.. moga kita menjadi hambaNya yg soleh solehah..amin..


Read more...

Thursday, July 8, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran VS Piala Dunia FIFA 2010

Salam semua,


Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-53 yang berlangsung di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu Sabah. Yang berlangsung dari 29 June 2010 hingga 3 Julai 2010.
- sambutan di kalangan masyarakat setempat..
 -jika pergi ke gerai2 mkn..tidak disiarkan utk pengunjung..
- sedih.. sbb jika bercerita dgn rakan2..semua tak tahu..

Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung. Ia sedang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan..
- no komen..
Read more...

Tuesday, June 15, 2010

Mentari kini menyinari..

Mentari kini mula menyinari,

Tatkala diri berjauh hati,

Namun mentari menyinari kembali,

Dgn secebis harapan yang abadi..


Mentari terus menyinari,

Menghilangkan walang pada diri,

Kini mendung usah bersedih lagi,

Kerana mentari ceria disisi..

 
p/s: puisi ini ditujukan utk suami ..Dia ada buat post ttg puisi ini dlm blognya... (http://www.bicarakhairul.blogspot.com/).. jadi sy memberi jawapn atas puisi yg dinukilkan.. (sblm ni x pandai berpuisi..since suami slalu mengajar di rumah..idea2 keluar spontan saja..)
Read more...

Thursday, April 15, 2010

Senyumlah...

Salam..
Awal pagi ni , sebaik melangkah kaki di lobi ofis, saat sy mahu menaiki lif.. sy disapa oleh seseorang..
"Dik...Dik..."
"Ahh..apa dia.." balas sy..
"Selalu tengok kau datang masam jer muka....SENYUMLAH SIKIT..!!"
Sy pun senyum....
"Hah..camtu laa.."


Adoii..bukan tak mau senyum..munkin penat berjalan sikit dari parking kereta..termengah2...tp tak mengapa..sekurang2nya sy disapa utk melemparkn senyuman..senyum itu sedekah !!
Read more...

Tuesday, April 13, 2010

Dikau untuk Diriku..

  
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

p/s: syukran abang !!


Read more...

Monday, April 5, 2010

Syukur Alhamdulillah....!!

SYUKUR ALHAMDULILLAH~
REZEKI DARI ALLAH SWT..MOGA DIRIKU MENJADI INSAN YG TABAH DAN SABAR..AMIN YA RABBAL'ALAMIN....




Read more...

Friday, April 2, 2010

Mimpi..?

salam kembali,
Awal pagi kelmarin suami menceritakan kpd sy yg dia bermimpi pergi 'outstation' ke luar negara sekali lagi..
Sy pun membalas, " Mimpi kan mainan tidur..tp kalau betul abang kena outstation lagi , nak buat macam mana kan? dah tanggungjawab.."

Lantas suami pun tersenyum.. Bukan apa, sebelum kami berkahwin (di alam pertunangan) suami pernah ditugaskan ke Argentina.. ada tugasan di sana (utk pantau model produk kilangnya)..scr jujur,sy tidak kisah jika suami ditugaskan lagi sekali ke sana..mmg jangka masa agak lama - dlm sebulan lebih..itu antara tanggungjawab suami sbg seorang pekerja...




Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.


Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

p/s: teringin nak merantau negara orang..melihat alam ciptaanNya..Subhanallah..

Read more...

Wednesday, March 31, 2010

~ SaYa KePenaTan ~ sabar ! sabar !





Read more...

Monday, March 8, 2010

Amanah? bolehkah kita...??

Salam kembali..

Syukur alhamdulillah, kesihtn sy beransur-ansur baik..terima kasih atas doa shbt2 semua.. cume ada waktu tertentu , tekak ni rs gatal sgt..tu yg terbatuk2…jadi sepanjg di ofis ni sy sentiasa mengunyah gula-gula hacks hitam..utk hilangkan rs gatal di tekak nie… x lupa jgk minum air masak sebanyak munkin…

Entry kali ni tiada coretan yg terlalu panjng.. hari2 yg sy lalui adalah sama rutinnya.. cuba utk melaksanakn amanah sbg seorg pekerja, sbg seorng isteri, sbg seorg anak.. dan amanah yg paling besar adalh sbg seorang hambaNya yg memohon redha Allah swt…

Sbg seorang pekerja…


- hari-hari sy ke ofis seawal jam 7.30pg..bertolak awal bimbang jalan sesak..(sekarang di kawansan Senai agak sesak memandangkan projeck naik taraf jalan besar di situ..).


- sambil mendaki tangga ke ofis, mulut sentiasa berzikir dan berdoa agar segala kerja sy diredhai Allah swt..

- sampai di ofis melaksanakn task2 / project2 yg sedia ada…

Sbg seorang isteri….

- Bangun di awal pagi, menyediakn bekal , sarapan dan kelengkapan pakaian utk suami tercinta..
- Menghantr suami di muka pintu, dan menyambut kepulangn suami dgn keadaan ceria ..(walaupun keadaan diri dlm kepenatan..)

- Menyediakn makan malm , membasuh pakaian..mengemas rumah yg tiadala banyak barangnye…cume akui lambakan buku2 suami yg mebuatkan sy kerap mengemas.. sy suka mengemas buku2 ni..sbb dpt jugak sy membaca buku2 yg menarik minat sy…syukran abang..!!

- Memuliakn dan mendoakn suami di mana saja berada…

Sebagai seorng anak…

-Tiap-tiap hari (pagi dan mlm), sy pasti akn menelefon mak dan abah di kluang..(mmg rutin sy sebelum kahwin..jadi da terbiasa)…bertanya khabr dan ape2 juga cerita yg sy ingin kongsi bersama mak dan abah walaupun perbualan kami sekadar 5 minit saja…itu sudah cukup buat sy… keluarga mertua sy akan cuba hubungi juga…bertanya khabr dan berkongsi cerita…

- Cuba juga balik ke kmpng menemui mereka.. kadang2 ada masa kami berdua x dpt pulang ..disebbkn masing2 kerja di hujung minggu.. mak abah dan keluarga mertua juga kdg2 bertanya bila kami nk balik kampung..kdng2 serba salah kami nk jawab..bukan x mahu pulang..namun disbbkn masa kami agak padat..maaf ye mak abah di kluang dan di muar…


Sebagai hambaNya yg kerdil…

- Memanjatkan rs syukur di atas segala nikmat yg diberikan… Alhamdulillah~

- Menunaikn kewajipan sbg hambaNya.. Alhamdulillah~ rs syukur dikurniakn suami yg blh mengimamkn solat sy…

- Membasahkn lidah dgn zikrullah… walaupun semasa memandu…walaupun semasa berjalan…moga diri ini istiqamah…

- Syukur diberi kesemptn utk menghadiri kuliah agama di Pasir Gudang..kuliah Dhuha.. pengisian yg diberi amat padat dan lengkp..sesi kuliah terbahagi kpd bbrp bhgn/ slot… tafsir Quran, hadith, Feqah dan sesi soal jwb..syukur diberi kesmptn ke sana setiap minggu…Alhamdulillah..

Bila kite membicarakn ttg amanah,,Ya Allah rasa sgt2 kecil dan terasa spt tak mampu nk laksanakn semua amanah2 yg diletakkn… Moga diri ini diberi kekuatan utk melaksanakan amanah2 ini…Ameen..Ya Rabbal a’alamin…


Read more...

Sunday, February 28, 2010

Sabar ye kak..ada hikmah disebaliknya..



salam kembali,

Ahad lepas, seperti biasa hujung minggu sy dan suami sudah pasti mendengar kuliah dhuha ustaz Md.Isa di Surau Bandar Sri Alam, Pasr Gudang.. seawal 8.00 pagi kami bertolak.. Sampai di sana, kelihatan ramai sekali muslimin dan muslimat yg hadir membawa keluarga masing2.. Alhamdulillah~ rs bersyukur diberi kesemptn ini... Kuliah bermula jam 9 pagi.. kira2 jam 10 pagi, satu persatu mesej diterima dari 'Uyun..

mesej pertama: " salam,shbt2 rumah kak haida dan akhi fahmi dimasuki pencuri mlm td. mohon shbt menziarahi kak haida dan family hari ni utk support dan sumbangan seikhlasnya..syukran."

mesej kedua: "kecurian di rumah kak haida sebanyak rm2000 (tunai),rm5000 (kamera research) 2 buah laptop. pencuri seramai 7-8 org..kayu golf dipukul dikepala akhi fahmi , kak haida dan akhi fahmi diikat..mohn shbt ziarah supaya kak haida dan family tenang..syukran.."

dan ada bbrp mesej lanjutan yg diforwad dr shbt2 lain.. sy dan suami merancang menziarah kak haida dan family ptg itu..kira2 jam 3 ptg, kami sampai di Taman Teratai.. sampai kami di sana..kak haida dan akhi fahmi tiada dirumah.. yg ada keluarga kak haida yg tiba dari Negeri Sembilan.. sy sempt bersembang dgn ibu kak haida, sementara suami pula berjumpa dgn bapanya.. Sayu suasana dlm rumah.. kelihtan anak kak haida- aisyah humairah sibuk bermain dgn makcik2nya..

ibu kak haida memberitahu, yg kak haida dan suami serta kakaknya pergi membuat pemeriksaan di hospital serta membuat laporan di balai polis.. kira2 bbrp minit kemudian ada bbrp shbt2 yg dtg.. ustaz zaifudin berserta keluarganya tiba memberi sokongan..tidak lama kami disana, memikirkan keluarga kak  haida yg kelihtn penat berjalan jauh serta emosi yg sayu menyelubungi mereka.. sy serta suami meminta diri..kami hanya mampu menitipkan sedikt sumbgn serta kata2 sokongn kepada family kak haida terutamanya ibunya..

InsyaAllah~ kami disini mendoakn agar kak haida cepat sembuh serta tabah dlm menghadapi dugaan yg Allah swt turunkan..ada hikmah disebalik kejadian ini..moga akk sekeluarga tabah yer..

Read more...

Wednesday, February 24, 2010

Rutin harian kini.. tak pernah rs jemu..

Salam semua..
Alhamdulillah~ syukur atas nikmat iman dan Islam yg diberikan Allah swt kepada kita semua..Selawat serta salam ke atas baginda Rasulullah saw serta ahli keluarga baginda..

Syukur sgt2 , kini sudah masuk tempoh 2 bulan sy bergelar isteri.. 2 bulan kami (sy dan suami) melayari bahtera rumahtanngga… sy akui..tempoh ini, masih blm cukup kami mengenali antara satu sama lain… yelah, kami x pernah bercinta pun sblm ni spt kebanykkn pasangan… kami bercinta slps kahwin… jadi kini kami dlm fasa kenal mengenali sikap masing2… kadang2 ada perkara2 yg kami sendiri terkejut bilamana ada bbrp persamaan yg kami sukai.. contohnya warna kesukaan, dan ada bbrp perkara lagi…

Sy ni jenis suka bertanya , jadi apabila sy bertanye kpd suami, “kenapa yer ada byk persamaan antara kita?” Suami sentiasa sabar menjawab , “ Allah swt da tetapkan kita ni ditakdirkan sebagai suami isteri… pilihan terbaik dr Allah swt utk abang..” sy mampu tersenyum jer ..

Jujur sy akui..rutin harian setiap hari sy kali ni da byk beza dr zaman anak dara dulu-dulu… Setiap pagi, selesai solat subuh jemaah ..sy bergegas menyediakn sarapan pagi utk suami..menu harian suami – segelas susu dan biskut ataupun roti… setiap hari sy bekalkan suami makanan utk makan tghri..selalunya sy masak mlm hari..xkisah la lauk apa..syukur suami org yg tidak begitu cerewet.. makan ape yg sy masak..

gambar hiasan . (malu nk tunjuk gmbr bekal yg sy sediakan..x pandai masak..huhu~)


Selesai sediakn bekal dan persiapkn kelengkapan suami utk ke tmpt kerja,sy menghantr suami di dpn pintu sambil melambai2 kpd nya..disamping mendoakn moga perjalanan suami selamat pergi dan balik .suami kerja di pasir gdg..jadi perjalann makan masa lbh krg 1 jam..jadi suami keluar rmh 640 pagi..sy pula biasanya keluar rmh jam 7.30 pg..jarak ke tmpt kerja kurang dr 10 km..

Jam 8.20pg sehingga 6 ptg (jika x OT).. sy di ofis..menunaikan kewajipan sbg seorang pekerja.. balik dr keje..sy bergegas pulang dan singgh di pasaraya, membeli bahn2 masak..rs syukur diberi kesemptn memasak utk suami.. sehinnga kini sy masih ingat nasihat mak kpd sy “ kakak kena masak jugak utk suami..walau penat macamane pun..ingat..air tangan isteri mampu memikat suami..yg penting ikhlas semata2 mendpt redha Allah swt..” em, suami pula balik selalunya malam..kebiasaannya jam 9mlm.. masing2 faham dgn kerjaya masing2..

Sy rs syukur sbb dikurniakn suami yg x byk kerenah.. teringat mula2 dahulu time suami baru naik keje (after cuti kawin), sy bergegas menyiapkn bekal utk nya sblm ke tmpt kerja.. dlm hati saja nk uji dirinya..sama ada suami mahu bwk bekal ataupun tidak.. syukur, tanpa muka yg agak ragu2 suami ambil bekal td dan dimasukkn ke dlm beg galasnya.. rs lega hati ni.. sbb di ofis sy ni , ada seorg kwn ni bila selalu nmpk sy dan kak zarah bwk bekal, die slalu menyatakan yg lelaki ni ego tinggi..x mahu bawak bekal..jadi sy rumuskan..teori die x betul..sbb suami sy dgn bahagianya bawak bekal..kdg2 sblm sempt sy siapkn bekalan utknya..suami awal2 da tanye.. bekal apa yer arini ? tersengih2 sy memandangnya…

Ada masa sy mendengar bbrp keluhan rakan2 yg da lama berkahwin, ada masa timbul rasa jemu antara pasangan..jadi di bwh ni sy sertakan tip2 kasih sayang..utk atasi rasa jemu dgn pasangan. Panduan utk diri sy sendiri juga…insyaAllah.

ATASI RASA JEMU DENGAN PASANGAN:-
1) Jaga solat berjemaah, sama ada di masjid atau di rumah
2) Tingkatkan amalan2 sumat di dlm atau di luar rmh…
3) Melancong atau bermusafir dgn niat mendpt keredhaan Allah swt dan merapatkan hubungan suami isteri.
4) Tukar gaya komunikasi dan berinteraksi..Lazimnya senyuman dan selang-selikan dgn gurauan.
5) Sesekali ubah susun atur perabot sama ada di ruang tamu,dapur mahupun bilik tidur.
6) Sesekali para suami keluar kawasan dlm jangka masa tertentu utk berdakwah atau melakukan kebajikan..
7) Belajar resipi baru dan berani mencipta kelainan dalam menghidangkannya.
8) Tukar cara berpakaian atau fesyen sesama pasangn di dalam rumah.

p/s: dlm proses mencuba praktikan satu2 tips. ..
Read more...

Wednesday, December 9, 2009

Doakan moga dipermudahkanNya..InsyaAllah~

Salam semua…

Alhamdulillah~ syukur kehadrat Ilahi atas nikmat iman dan Islam yg diberikan kepada kita semua…Syukur juga dipanjatkan kerana diberi ruang utk bernafas…Selawat serta salam keapda junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda…

Semalam, semasa saya sedang sibuk membuat kerja di depan PC, dapatlah satu email dari rakan tmpt kerja… sy panggil nya Kak Ita..rupa-rupanya dia email kad walimahnya kpd rakan2.. dan semasa sy membelek butiran kad… sy terkejut sedikit krn tarikh majlisnya sama majlis di tmpt sy…agak kecewa juga..niat di hati nak juga ke majlisnya…namun apa boleh buat…tarikh 20hb Disember menjadi pilihan…

Bukan setakat itu sahaja…sebelum ni juga sy dapat undangn walimah rakan (nor fatihah – sy panggil teah) semasa sama-sama belajar di Matrikulasi Johor, dan juga di UTM, skudai… hari bahagianya juga pada tarikh yg sama 20hb Disember 2009. sekali lagi terlepas utk memenuhi undangan…insyaAllah hanya doa mampu sy titipkan..

Dan yg paling ketara sekali…dalam office sy ni jugak ada seorang rakan Chinese yg juga buat majlis resepsinya pada 20hb Disember 2009… apalagi..kebetulan kami edar kad pd rakan2 office pula pada hari yg sama…pening kepala boss n rakan2 lain nak pergi mana satu dulu…

Since tinggal bbrp hari majlis sy akan berlangsung…di kesempatan ini sy ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada sahabat2 sekiranya ada tersilap kata, terkasar bahasa, terasa hati, mohon maaf sekali lagi..sy hanya insan yg tidak terlepas melakukan kesilapan.. moga kalian semua mendoakn agar urusn kami yang berniat utk membina Baitul Muslim ini diredhaiNya…

Ucapan terima kasih kepada shbt2 yg mendoakn kami…syukran kpd ahli2 Nisa’ kawasan gelang patah(www.nisagp.blogspot.com), syukran juga kpd Bro Nizam (www.satuhala.blogspot.com)atas doa dan pesanan…syukran kpd sahabt2 semua…Moga Allah swt merahmati dan melindungi kalian semua…Amin~
Read more...

Sunday, December 6, 2009

Hijrahku..

Salam kembali,

Syukur atas limpah rahmat , kita semua masih diberi ruang utk bernafas dan merasai nikmat iman dan islam…

Alhamdulillah~ sabtu dan ahad lepas sy telah pun berkemas2 pindah rumah baru.. insyaAllah rumah yg bakal sy duduki sebaik saja melalui fasa baru..fasa berumahtangga..

Sabtu pagi sy selsaikan ursn membersihkan bhgn dalaman rumah… agak penat krn kerja2 pembersihn sy lakukan seorang diri… … rakan rumah sewa lama pula ada hal hjng minggu tu..jadi sy bersihkn saja seorang diri… niat x mahu menyusahkn sesiapa.. Alhamdulillah~ selesai juga kerja2 membersihkn rmh dan mengangkut barang2 dr rumh lama…adalah dlm 4 trip sy ulang-alik utk kerja2 pemindahan..syukur dipermudahkn…

Sy diberitahu tuan rumah (kak azah) ttg jiran2 di sini…Sebelah kanan rumh sy didiami keluarga Melayu –singapura..jadi mmg jarang nmpk kakak or suaminya krn mereka bekerja di singapura.

Di seblah kiri pula keluarga India..sy sempt bertegur sapa dgnnya..agak peramah..sy panggil kak Sumari.. ibu kpd 3 orang anak..seorang suri rmh..suaminya bekerja di Singapura…

Berhadapan rumh sy juga didiami keluarga India ..(maaf, sy x ingt nama auntie tu)..dia tinggal bersama2 anak yg da bekeluarga…agak peramah juga…yg paling sy suka di hadapan rumahnya ada menanam bbrp pokok..kiranya..sama hobi dgn saya..gemar menanam pokok…

Sebelah rumah auntie ni rumah keluarga Melayu…ptg tu sy sempat menegur seorang makcik dirumah tu.. Rupa2nya, makcik tu adalah nenek yg dtg dr kampung menjaga cucu2 nya…krn tuan rumah iaitu anak makcik tersebut suami isteri pergi mengerjakan ibadah haji…alhamdulillah~ seronok juga melayan butiran kata makcik ni..agak peramah.. sempt juga sy menghulurkn kad jemputan perkahwinan sy kpdnya..
“maaf ye nak..makcik rs xdpt dtg majlis anak..sbb mak ayah budak2 ni balik Malaysia lambat lagi..susah sikit nak ke sana..xpe..makcik doakan majlis anak selesai dgn baik..”
“Amin..terima kasih yer makcik mendoakn sy.. x pe makcik..sy menjempt …jika ada halangan sy x mampu buat ape..” balas sy…

Alhamdulillah~ syukur krn jiran2 di sekitar rumh baru sy ni agak peramah…tak kekok sy disana…dalam masa yg sama..sy merasakn ada satu tanggungjwb sy sbg muslim utk melaksanakn dakwah (terhadap jiran2 bukan muslim)..insyaallah~ dgn memperlihatkan peribadi dan sikap yg berhemah kpd mereka insyaAllah~ Islam mungkin akan bertaut di hati mereka..Ya Allah, berikanlan hamba mu ini kekuatan dan ilmu yg bermanfaat .moga kami tergolong dlm orang2 yg diberi rahmat…insyaAllah~sy mendoakn mudah2an semuanya dipermudahkan-Nya..Amin~
Read more...

Monday, November 30, 2009

Alhamdulillah~

Pejam celik…pejam celik…kini sudah pun menjengah akhir tahun 2009…
Sebulan yg lalu, kami diberi kalender syarikat tahun 2010… tidak banyak perubahan tarikh2 cuti yg penting…mcm biasala cuti tahun baru..cuti thn baru cina..dan sbgainye…sy hanya mampu mencatat tarikh2 yg sy rancng utk bercuti panjang nanti…InsyaAllah~ Moga dipermudahkan…agak risau juga kerana ada project yang perlu dijaga pd awal tahun dpn…rasanye masih boleh diatur…

p/s: syukur atas rahmatNya..moga diberi kesemptn utk merasai thn 1431H yg bakal menjelang…


Read more...
Salam kembali..

Syukur ke-hadrat Allah swt kerana masih diberi kesempatan utk bernafas di bumi ini…Alhamdulillah~ syukur juga krn diberi nikmat iman dan Islam…

Awal pagi td, sy sempat menelefon mak di kluang (mmg tiap-tiap hari sy akn telefon)..dan sy terus bertanyakan perjalanan majlis kenduri dan bacaan Yasin di rumah..

“Alhamdulillah, ramai tetamu datang.. makanan pun cukup…siap ada dibungkuskan…Alhamdulillah~ seronok sgt tgk tetamu ramai malam td…” suara mak jelas kedengrn nada gembira tp dlm masa yg sama sy dapt rs mak penat di sana..
“em, kesian mak…mesti mak penat kan.? Maaflah orang tak dapat tolong mak kat sana…cuti x banyak..” balas sy..
“laa..xpelah..Alhamdulillah~ mlm td ramai jiran2 kita dtg tolong…start kenduri jam 9mlm..habis dlm jam 10.30mlm…cepat selesai sbb ramai yg tolong…Kawan2 adik pun ramai yg dtg..dieorang siap tolong angkat hidang ke depan…” jawab mak.

Sebnrnya niat asal nak mohon cuti utk bantu mak di rumah…tp slps mak menyatakan yang jiran2 akn bantu…s yrs lega sedikit… maaf da n terima kasih sy ucapkn pd ahli keluarga sy yg lain…kesian jugak ..yelah…agak penat sbnrnye utk membuat persediaan terakhir…lagi2 menjelang majlis walimah sy yg kurang dari 3 minggu ni…

InsyaAllah~ moga urusan kami dipermudahkanNya…amin~


Read more...

Wednesday, November 18, 2009

Setahun jagung di Industri?

Salam penuh barakah…

Kini sudah 1 tahun 5 bulan sy bekerja di industri… Subhanallah~ sungguh pantas masa berlalu…
Alhamdulillah~ 4 Ogos 2008 tarikh sy memulakn tugasan… bila diingat semula…terasa baru saja saya melangkah ke sini... Alhamdulillah~ sy bersyukur sgt krn rakan2 sepejabat sgt prihatin dan baik lagi-lagi kpd pekerja baru…sy diberi tunjuk ajar ttg flow jadual kerja, handle project, pergi ke line production, and etc… Quite tough pada mulanye penerimaan sy terhadap tugasan baru ni..namun sy percaya dan yakin..Allah swt pasti menetapkan sst yg terbaik utk hambaNya…

Perbezaan skrng, setelah setahun lebih sy di industri, byk ilmu yg kebanyakknnya saya pelajari semasa belajar di UTM dulu, membantu kerja sy kini….cume kadang2, as a human being terlupa dan x berapa ingat formula2 tertentu utk pengiraan.., namun itu semua ketetapan Allah swt kpd makhlukNya… Allah swt jadikan kita sifat pelupa dan ada hikmah disebaliknya..

InsyaAllah~ moga setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah bersandarkan niat utk mendapat keredhaanNya.. InsyaAllah~
Read more...

Monday, November 16, 2009

MaSa

Salam semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dgn limpah rahmat Nya dapat jua kita bernafas di bumi ciptaanNya…tiada apa yg mampu kita lafazkan melainkan rs amat bertuah dilahirkan dgn nikmat iman dan Islam…

Tiada coretan yg panjng utk dikongsikan… sekadar catatan ringkas utk muhasabah diri sendiri… rutin harian sy setiap hari, awal pagi setelah selesai khidmt diri dan solat, selesai bersarapan (kadang2 masak..kadang2 beli )… bergegas drive ke ofis… then…sepanjng jam 8.20pg hinggalah 6 ptg… barulah memulakn tugasan… rehat pula jam 12.30tghr sehingga jam 1.30ptg… itulah rutin harian sy …smpi rumah dlm jam 6.30 ptg ….

Hujung minggu pula, sy kerap pulang ke kluang… jika tidak pun sy akan mengikuti program2 kelab sy di sekitar johor…

Bila sy coretkan kisah rutin harian sy ni…sy tidak sesekali terasa diri ni mcm robot …
Sy rasa cukup bertuah..kerana atas kesibukan seumpama ni..sy amat menghargai masa…
Sy rasakan hari-hari yg sy lalui tu mematangkan diri sy utk berfikir betapa hebatnya kuasa Allah swt krn mengurniakan nikmat utk menghargai detik2 masa....

Pekerjaan yg kita lakukan itu adalah ibadat…jadi bayangkan jika sst pekerjaan itu kita laksanakan utk mendapat redha Allah swt, maka dgn mudah saja Allah memberikan ganjaran pd kita.. Menjelang malam pula aktiviti sy lebih kepada merehatkn badan dan minda….saya suka malam yg sy lalui… di saat itulah sy meluangkan masa utk membaca buku2 yg sy beli @ pinjam dr rakan .kadang2 berbincang dgn rakan serumah isu2 semasa di samping berkongsi pndpt...

Sy pernah mendengar ungkapan , “ masa adalah perkara yg kejam”… kita tidak harus mensia-siakan masa..masa tidak sesekali akan berulang kembali….Sbb itu sy selalu muhasabah diri… masa diberikan Allah swt kpd setiap insan adalh sama…x lebih…x kurang…. Jadi..pandai2 la kita menggunakannya…dan menghargai nikmat masa yg Allah swt berikan…

Allah swt berfirman dalam Surah Al-‘Asr:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1) Demi masa.
2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3) Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi
kesabaran.

Read more...