Showing posts with label EBM. Show all posts
Showing posts with label EBM. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

I'm a breastfeed mom !!

Bangga dpt menyusukan Ammar sepenuhnya..

" Ya Allah, Engkau berikan lah diriku kekuatan dan kesabaran dlm mengharungi cabaran dlm menyusukan Ammar..Amin "

Read more...

Thursday, April 21, 2011

Tahniah kepada rakan2 yg bergelar "IBU"..sokong BF !

Salam semua..


Alhamdulillah..masih diberi kesempatan waktu utk sy menulis..

Sbnrnye tiada coretan yg khusus … memandangkn jadual tugas sy kini amat padat .( project kini byk)..sy bersyukur..diberi masa utk menaip..huhu

Dalam tempoh bbrp minggu ini, sy byk dpt SMS dan panggilan daripada rakan2 yg baru bergelar ‘ibu’…

Sebelum terlupa.sy nk ucapkan tahniah kepada :

1) Fatihah –rakan di UTM dulu ( bersalin bulan Feb)- baby boy (Muhammad Al-Fatih)

2) Kak Ecah – senior sy di UTM (bersalin bulan Feb) – baby boy (Abdul Qayyum)

3) Kak haida – senior sy di UTM (bersalin ank ke-2 pd bulan Feb)..baby girl..lupe pula namanye ..huhu

4) Junaidah - rakan kilang sy..juga bersalin bulan Feb.dpt baby boy (Mohd Azfar)

5) Aqeen –rakan ..(bersalin bulan Mac) – baby boy ( Fatih Isqandar)

6) Ida –ex housemate di kulai (bersalin bulan Mac) –baby boy (Haziq)

7) Cikgu Siti – isteri rakan ofis dulu (bersalin bulan Mac) – baby boy (Hairul Faheem)

8) Kak Fauziah a.k.a Apau (bersalin bulan Mac) -baby girl (Aiysha Husna)
9) Yana – rakan ofis (bersalin bulan April) –baby girl (Derlisya Amanda)

Alhamdulillah..selamat menempuh alam ‘ibu’ dgn gembira…heee..

Dan alhamdulillah juga..mereka ini kebanyakkan nya begitu teruja dan berusaha utk menyusukan baby masing2 dgn susu badan… syukur..sy tumpang gembira…

Dan ada antara mereka menghubungi sy bertanyakan ttg masalh penyusuan,cara uruskn EBM.... jujur sy akui..sy bukan pakar dlm bidang laktasi dan sbgnye..sy hanya bg pendapat mengikut pengalaman dan apa yg sy bc… walaupun x byk.. sekurang2 nye moga dpt membantu mereka utk berusaha gigih memberi susu badan pd baby mereka dgn jayanya..

Sy petik sedikit persoalan2 yg sering mereka tanya:

Q: Farah kan keje siang..abis tu perah kat ofis bile? X buzy ke dgn kerja?
A: Ouh..kerja sy flexible.. ada project bz sgt2.. tp walau se’bz’ mana pun..sy tetap akan perah 3 kali sehari…jam 10pg, 2ptg dan 5 ptg..

Q: Banyak x sekali perah tu?
A: Bergantung kepada emosi.. tp kebiasaannya sekali perah dpt la 5 oz (penuh 1 botol). Biasa sy akan bwk video n gmbr Ammar..sambil perah smbil tgk2 gmbr n video keletahnye..hee..
Q: Baby kuat menyusu.. time pantang mcm x dpt nk simpan stok je?
A: mmg baby kuat menyusu.. Ammar juga mcm tu dulu… Alhamdulillah..dpt juga Farah simpan buat stok…cara yg Farah amalkan.. bila Ammar menyusu di sebelah.. pam lagi breast yg sebelah.. lagi satu..kalau baby dah tido..kena rajin2 perah.. walau x banyak sekurang2 nye ada stok…

Dan byk lagi soalan2 yg sy sendiri pun kena banyak lagi belajar.sehinggakan sy membeli buku tentang penyusuan bagi ibu bekerja..… Terima kasih juga sy ucapkan pd suami..yg kuat menyokong perjuangan sy menyusukan Ammar..dan Alhamdulillah..hingga kini (Ammar nak masuk 6 bln hjng bln ni)..Ammar masih merasai titis susu umminye ini dgn penuh girang gumbira…
Read more...

Tuesday, March 15, 2011

Isu Botol Susu Baby berbahaya..!!

Salam semua,
kelmarin jika tak silap sy la..berita ada menyiarkan ttg isu botol susu baby yg ada bhn kimia berbahaya kepd baby..
Alhamdulillah sbb sy mmg menggunakan botol yg bebas BPA ( BPA free).. mak sy org yg paling risau bila dpt berita ttg botol susu..cepat2 dia call sy malam tu juga (slps tgk berita )..sy terus ckp.."mak jgn risau, orang belikan Ammar botol yg mmg selamat.."  lega mak sy dgr..yelah risau keadaan cucunya ni..hehe..


Botol susu Ammar - Bumbble Bee and MOM's Little One

Read more...

Tuesday, March 8, 2011

Ibu bekerja dan mengepam susu

Sumber :BabyCenter Malaysia



Apakah kelebihannya mengepam susu di tempat kerja?

Mengepam susu badan di tempat kerja boleh menjadi suatu gangguan, dan melakukan perkara yang peribadi ini di persekitaran kerja adalah pelik. Tetapi kebanyakan ibu mengetahui faedahnya adalah lebih berbanding kesukarannya. Anda akan dapat membekalkan faedah kesihatan dan khasiat yang hanya diperolehi dari susu badan kepada bayi anda, dan mengepam susu badan merupakan satu cara yang baik untuk anda berasa rapat dengan bayi anda pada waktu-waktu anda di tempat kerja.

Satu perkara terbaik mengenai mengepam susu badan di tempat kerja ialah anda pulang ke rumah kepada bayi yang masih mahu menyusu - anda boleh mendakapnya dengan segera, memperkuatkan ikatan anda, dan memeliharanya dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Untuk memastikan bayi anda masih mahu menyusu apabila anda pulang ke rumah, minta penjaga anda supaya jangan memberikan susu kepadanya sejam sebelum anda pulang atau berikannya hanya sedikit susu untuk menghilangkan rasa laparnya. Dengan ini, anda dan bayi anda akan tertunggu-tunggu untuk bersama setiap hari.


Bagaimana saya boleh mengepam susu badan dengan baik di tempat kerja?

Anda akan memerlukan:

• satu pam – pam elektrik berbentuk dua adalah yang paling efisien tetapi harganya mahal (ramai wanita juga selesa menggunakan pam tangan);

• botol susu;

• akses kepada peti sejuk atau kotak sejuk;

• lapit buah dada.

Elok sekiranya anda mula mengepam susu badan di rumah sebelum kembali bekerja selepas bersalin. Ini ialah supaya anda tahu apa yang sebenarnya akan berlaku dan dapat membiasakan diri dengan sensasi aneh apabila dua sarung pam ditekan pada buah dada anda. Anda harus mengepam sama kerap seperti kekerapan bayi menyusu sebab anda boleh menyimpan susu itu dalam peti sejuk sebagai bekalan. Sekiranya anda mengepam secara kerap tanpa mengikut jadual menyusu, anda akan mendapat sedikit susu sahaja berbanding dengan mengepam pada waktu menyusu penuh; walau bagaimanapun, jika anda mengepam semasa waktu bukan menyusu dan di samping itu menyusukan bayi pada masa yang sama, anda akan menghasilkan susu berlebihan dan akan berasa tidak selesa. Bila anda baru mula mengepam, anda mungkin dapat mengumpulkan sedikit susu sahaja, tetapi tidak lama nanti, anda akan mendapat beberapa auns setiap kali mengepam selama 15 hingga 20 minit.

Secara idealnya, anda perlu mempunyai akses ke sebuah bilik persendirian di tempat kerja, seperti bilik pejabat yang tidak digunakan atau bilik persidangan atau bilik stor yang besar dan bersih yang lengkap dengan kerusi, meja dan poin kuasa. Minta staf sumber manusia untuk mencadangkan tempat sesuai dan cuba dapatkan sokongan rakan sekerja atau pengurus anda. Jika terdapat permintaan lain (mungkin seorang lagi ibu yang menyusukan), anda boleh meminta disediakan bilik ibu-ibu susu di pejabat. Senario paling teruk ialah apabila anda perlu mengepam di kubikel bilik air. Pakar BabyCenter Jennifer Hor mencadangkan supaya anda hanya melakukannya untuk mengurangkan kebengkakan. Melihat keadaan (lazimnya) kurang ideal bilik-bilik air di Malaysia, susu yang dipam perlu dibuang sahaja.


Adakah saya perlu memberitahu rakan sekerja saya bahawa saya sedang mengepam susu?

Anda tidak perlu memberitahu rakan sekerja anda apa yang anda lakukan semasa waktu rehat anda jika anda berasa tidak selesa, tetapi anda perlu memberitahu ketua anda. Dia perlu tahu bahawa mengepam susu tidak akan menganggu kerja anda, jadi yakinkannya bahawa menyusukan bayi anda dengan cara ini akan menenangkan anda sebab anda tahu bayi anda akan mendapat yang terbaik. Ini akan membuatkan anda menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja.

Bagaimanakah saya boleh memaksimakan pengeluaran susu badan saya?

Relaks dan lihat gambar bayi anda atau gambarkan rupanya semasa anda mengepam. Setelah pam buah dada berfungsi dengan baik, ramai ibu mendapati yang mereka boleh menggunakan masa mengepam tersebut dengan pembacaan berkaitan kerja.

Bilakah saya perlu mengepam?
Ia bergantung kepada anda tetapi cuba melakukannya pada masa yang sama setiap hari. Jika anda boleh mengepam setiap tiga jam, anda akan boleh menghasilkan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi anda. Mengepam sekali atau dua kali sehari adalah lebih realistik, dan ianya mencukupi untuk memenuhkan bekalan susu anda untuk penyusuan pada waktu pagi, petang dan hari minggu.

Bagaimanakah saya memindah, menyimpan dan menghangatkan susu badan?

• Ia adalah penting untuk menyediakan bekalan di dalam peti beku sebelum anda kembali bekerja sebab anda akan memerlukan susu yang secukupnya pada hari pertama anda bekerja.

• Pam dan simpan susu sama ada dalam botol kaca atau plastik atau beg plastik yang dibuat khas untuk tujuan ini. Kajian menunjukkan bahawa sel darah putih mungkin akan melekat pada kaca dan tidak pada plastik, dan ini menjadikan plastik sebagai pilihan yang lebih baik (botol kaca tidak boleh dibekukan sebab ia akan retak). Kelemahan beg plastik ialah ia mudah terkoyak dan ini hanya akan disedari setelah susu mencair. Ia juga mudah terbalik semasa sedang dicairkan! Labelkan dan letakkan tarikh pada botol dan beg, dan gunakan mengikut tarikh terawal dahulu. Pastikan ada ruang pada botol atau beg untuk pengembangan susu semasa pembekuan.

• Simpan susu yang baru dipam (dilabelkan dengan nama anda) dalam peti sejuk pejabat atau bekas pendingin semasa di tempat kerja. Bawa ia pulang dalam bekas pendingin yang berisi pek ais jika perjalanan anda melebihi 30 minit – susu yang baru dipam adalah OK pada suhu bilik iaitu 25 darjah Centigrade atau lebih rendah untuk sehingga empat jam. Jika anda memandu, halakan alat penghawa dingin pada susu sepanjang perjalanan ke rumah anda.

• Jika anda menyejukkan atau mendinginkan susu yang dipam, anda boleh menambahkannya ke dalam botol yang sudah mengandungi susu beku.

• Jika anda menyejukkan susu yang anda pam pada hari Isnin, penjaga anda boleh memberikannya kepada bayi anda pada hari Selasa dan seterusnya.

• Cairkan susu yang beku dengan memegang botol atau beg di bawah aliran air suam atau letakkan di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan guna ketuhar gelombang mikro atau dapur: suhu tinggi akan memusnahkan sesetengah nutrien. Susu akan berpisah dari patinya, jadi anda perlu menggoncangkannya sedikit semasa menghangatkan atau sebelum memberikannya kepada bayi anda.
Read more...

Friday, February 18, 2011

Basuh botol susu Ammar..rutin harian di malam hari...

salam semua..moga sentiasa di lindungi Allah swt...
Alhamdulillah..semlm smpi sudah brg yg sy order online di onebabyworld.com
sy beli sterilizer dan warmer utk Ammar..jenama littlebean..Alhamdulillah..dptla harga promosi RM159.90...

Ni la packaging sterilizer dan warmer yg sy order..
Alhamdulillah..x ambil masa lama utk dapat..

ni pula isi dalam.. dari kiri : warmer, then ada free botol susu littlebean dan last sekali yg besar tu la sterilizer..boleh muat 6 botol sekali masuk..


Kegunaan sterilizer:
- utk bersihkan botlol2 susu dan bunuh kuman..
- penggunaan nye pun mudah... mula2 masukkan botol2 yg da dibasuh kedalam bekas yg disediakan.. kemudian tutup dan on kan suis... mmg sekejap saja.. dlm 6 minit gitu..selesai proses sterilize...

* Sebelum beli sterilizer ni...selalu rebus botol2 Ammar ni dlm periuk besar.. kira2 dlm setengah jam selesai..ni cara lama..cara mak2 sy dulu... jadi agak penat.. sy pun amik la inisiatif membeli sterilizer ni utk memudahkn kerja2 sy..

Kegunaan warmer:
- utk memanaskan susu perahan (EBM) .. utk suhu pemanasan susu - 40 darjah celcius..
- utk memanaskan makanan ( ni mmg standby utk kegunaan Ammar da 6 bulan nanti) .. suhu pemanasannya pula 70 darjah celcius..mudah..cuma pusingkan knob/button tu ikut suhu yg tersedia.. penting suhu pemanasan ni utk mengekalkan nutrien susu/makanan..

ok..bawah ni sket demo utk sy share... (tlg betulkan yer kalo salah..)..


Langkah 1 : Basuh botol2

ok..ni pula sabun/pembersih utk botol Ammar..beli jenama Pureen di jusco.. harge kalo x salah RM19.90..ok..mmg sesuai utk basuh botol..

Langkah 2:  masukkan sedikit air dlm bekas sterilizer di bhgn bawah .( sori lupe nak snap pict)..then, susun molek2 botol dan juga penutup/ puting spt dlm gambar yer.

Langkah 3: tutup sterilizer dgn cermat..

Langkah 4: buka suis .

Langkah 5: biarkan proses sterilize bermula...nanti akn dgr bunyi Beep menandakan proses sterilize da lengkap / siap...senang kan...Alhamdulillah..memudahkn kerja sy.. almaklum..agak terkejar2 sekarang..huhu..terima kasih abang atas sokongan utk isterimu ini...


Read more...

Wednesday, January 12, 2011

Rutin harian saya kini..

Salam semua,


Syukur diberi kesemptn menulis kali ini…sedikit perkongsian sy coretkan mengenai fas baru yg sy dan suami lalui…iaitu menjadi ibu dan ayah kepada permata kami – Ammar Faiz..




Sy akui,rutin harian sy kini setelah naik bekerja agak berbeza sama sekali..

Jam 5pg :.. memandangkn sy memberi bekalan susu perah ibu, sy bgn di awal pagi ini utk sediakn bekalan susu utk ammar. Mula2 buka peti sejuk, utk periksa bekalan susu itu telah cair di bhgn bwh (sblm ni diletakkn di peti ais bhgn beku). Botol2 susu utk bekalan ammar sy da sediakn mengikut sukatan keperluannya setiap sesi. Biasa ammar minum around 3.0 oz..

Jam 5.30pg: siap2 khidmat diri, prepare utk solat..ada masa sy sempt buatkan sarapan berat2 sket mcm nasi grg…paling2 pun sempat la buat roti bakar.

Jam 6.20pg: kdgkala masa ini , ammar bgn utk menyusu. Jadi sy layan ammar sekejap.. sy akn pastikan diapers ammar ditukar sblm menyusu..biar ammar selesa utk menyusu.. masa ini, mmg x sempat nk uruskan abg sgt..nasib baik abang jenis x kisah..alhamdulillah..setakat sy buatkan susu panas dan roti bakar utknya memadai..

Jam 6.40pg: abg da bertolak pergi kerja..tinggal la sy bersama ammar.. masa ni, sy pula sibuk uruskn diri sendiri..dikala ammar lena dibuai mimpi... cepat2 sy siap2 menyarung uniform kerja,minum susu /nestume dan makan la roti ataupun biskut2..sempat juga kemas2 rumah sket..

Jam 7.30pg: sy masuk dapur semula, ambil stok susu dan masukkn dlm cooler bag ..letak sekali ice pack..


kemudian, start enjin kereta, masukkn beg baju ammar,bekalan susu utk nya, beg galas sy (beg pam susu sebenarnye) ke dlm kereta..siap2 semua, last sekali, barula sy ambil si kecik sy yg lena tidur tu masuk dlm kereta...letak atas car seat baby...tp bukan setiap hari die ketiduran..ada masa terjaga pula ..mcm tau2 aja ummi ni nak hantar ammar pergi taska..

Setiap hari, sebelum menghantr ammar ke taska (time ammar terjaga), sy akn berbual2 dgnnya..dan sepnjng perjalnn ke taska nya, sy slalu cakap dgn ammar : “ Ammar anak yg baik yer..jgn sedih. Ummi hantar Ammar pergi school” Ammar mcm faham2 saja bila sy berckp mcmtu..

7.40pg: sampai di taska Ammar. Pengasuhnya dtg jemput di luar pagar.. aduh, sayu sy mengenangkan keterpaksaan utk menghantar anak utk dijaga org lain.. tp nak buat macamane..ummi ada tuntutan kerja…selepas menyerahkan beg baju dan beg bekalan susu, sy terus ke tmpt kerja..

Inilah rutin harian sy di awl pg..sblm sampai di ofis..

8.20pg – 6ptg : Di ofis pula, sepnjng tempoh bekerja, sy menetapkan 3 kali sesi mengepam susu…tempatnya di surau..agak sukar mengepam di ofis… tidak privacy..

Sepanjng proses mengepam,sy akan tatap gmbr Ammar …dan berbual2 sebentar dgn rakan2..ini utk menstabilkan emosi sy supaya hasil perahan dpt banyak.. insyaAllah…

6.00ptg: baru keluar dr kilang.. balik utk mengambil Ammar di taska..saat ni slalu sy nantikan..rs x sabar nk peluk Ammar..hee.

6.25ptg: sampai di taska Ammar.. siap2 utk balik rumah..ada masa sempat berbual2 dgn pengasuh ttg keadaan Ammar dan sbgnya.. Sampai rumah saja..simpan stok susu yg diperah di ofis td... alhamdulillh..masih tahan susunya, sbb sy simpan did lm cooler bag dan diletakkn pula ice pack..

7.30mlm: selesai solat dan melayan Ammar (smpi ank ummi tertidur), sy pun bersihkan botol2 susu yg diberi pd taska.. kemas apa2 yg patut...buka peti sejuk, tgk apa lauk yg blh dimasak, sy masak... sementara abg masih di tempat kerja..* masa ammar tidur, sy dapatla berehat sekejap..

10.00mlm : ada masa abg baru smpi rumah time2 macam ni...nk buat mcmane kan... sy sediakn abg air dan makan malam..temankan die makan..sbb biasa sy mkn dulu..perut da lapar..selesai makan..abg duduk2 rehat sambil menatap Ammar yg lena tidur..sy pula, memulakan operasi utk bekaln susu ammar esoknya.. sy keluarkan stok susu lama dr bhgn beku, rendam dlm air dan letakkn di bhgn bwh bersama2 susu yg sy perah hari ini.. (nanti sy buat entri ttg cara sy sediakn bekaln susu ammar..).

* biasa sy tidur dlm jam 11pg..

Ni la rutin harian sy sepanjng minggu (biasa isnin-jumaat) sabtu dan ahad biasanya sy ada dirumah.. jadi boleh menatap Ammar sepnjng masa…

P/s: sekarang ni selalu menanti2 sabtu dan ahad tiba…hee.. dulu2 x kisah sgt..
Read more...