Salam..
Alhamdulillah..suka sgt2 arini..sebab sy berjaya menjawab soalan teka-teki di radio IKIM.fm dalam slot Warna Pagi...hehe..
Gembira bilamana DJ bertugas sebut nama sy sbg pemenang terpantas menjawab soalan teka-teki itu...
Sebelum ni kerap juga menghantar soalan teka teki and cuba jawab...tp bukan rezeki...
Cik abang sy da berjaya mendapat hadiah sbb soalan teka teki yg die hantar telah terpilih... jadi dia beriya-iya meminta sy mencuba... dan alhamdulillah...pagi ni sambil2 menyalin diapers Ammar di awal pagi.. (kira2 jam 6.40pg) tgn sy pantas mendapatkan handphone dan menaip jawapan yg sy rs mcm betul...hehe...kemudian..dlm jam 7.20pg...DJ membacakan siapa pemenang soalan teka-teki arini..alangkah terkejut..nama sy disebut...hehe..rezeki...Cik Abang yg sedang memandu, segera telefon sy, ucap tahniah...dan terus cakap, " Wah...nanti kita blh pergi sama2 belajar dan attend kelas Quran teknik Al-Baghdadi tu.." hehe..
Kwn sy yg sedang dgr radio IKIM pun ada mesej..siap tanye,. " Eh, ko ada masuk teka teki IKIM ke?"
sy jawabla ya...kemudian die balas, " patutla macam kenal je nama yg DJ tu sebut..hehe"
Syukur..da rezeki...
Read more...
Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dlm Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kpd Allah swt walau Dia tak kelihatan. Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini..
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011
Thursday, June 16, 2011
Rumah Kediaman~
Salam,
Kami dalam proses membeli rumah...doakn rumah yg kami beli ini penuh dgn keberkatan..
Moga urusan kami dipermudahkan Allah swt.

Saturday, May 21, 2011
Buku Pemakanan Bayi.- rujukan saya !!
Salam semua,
Baru saja sy membeli buku pemakanan bayi...sbg rujukan sy yg kebuntuan idea utk buatkan makanan utk Ammar..sejak Ammar da start makan di usia 6 bulan.. (walaupun kat internet berlambak2 resepi bayi..hee)...
Buku ni hasil koleksi resepi utk anak dari majalah Pa&Ma.harga sebenar RM19.90..tp dpt diskaun 20%....insyaAllah, sy akan cuba satu persatu resepi di dalam buku ini..khas utk Ammar ...tapi, abahnya yg over sket...duk tunjuk2 gmmbr makann yg sedap2 terus suruh sy buatkan..walhal, belum sesuai utk Ammar makan...ehmm..mestilah utk perut abahnya la ni..heee..
Read more...
Labels:
Bahan Bacaan,
Perkongsian,
Permata Hati kami,
Solid Food
Wednesday, April 27, 2011
Bilakah saya harus memperkenalkan makanan bayi?
Sumber Artikel : Babycenter Malaysia
Bilakah saya harus memperkenalkan makanan bayi?
Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusu badan secara ekslusif sehingga bayi anda berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak akan memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya, terutamanya zat besi, jadi makanan lain diperlukan.
Menunggu sehingga usia enam bulan untuk memperkenalkan pepejal ke dalam diet bayi anda akan membantu meminimakan risiko reaksi buruk yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Anda harus lebih berhati-hati, jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi sebab insiden reaksi buruk, alergi dan penyakit seliak (coeliac) akan berkurangan jika anda menangguhkan proses bercerai susu sehingga usia itu.
Jika anda merasakan yang bayi anda patut mula mengambil pepejal sebelum usia enam bulan, berbincanglah dengan pakar pediatrik atau doctor anda dahulu. Ini amat penting terutamanya jika bayi anda telah dilahirkan pramatang. Namun, jika anda telah membuat keputusan untuk memberi pepejal sebelum dia berusia enam bulan, ingatlah bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, seperti makanan yang mengandungi gluten, telur, keju, produk tenusu, ikan dan kerang-kerangan dan kekacang.
Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia:
• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.
• duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.
• melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.
• telah naik berat badan secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.
• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.
Apakan cara untuk memperkenalkan makanan separa pejal?
Pakar tempatan kami menyarankan supaya bayi anda diberikan campuran bijiran dan susu, iaitu, antara dua atau tiga sudu kecil bijiran dicampurkan dengan sebahagian daripada susu yang diambilnya untuk menjadi adunan yang rupanya ‘seakan-akan sup’. Kementerian Kesihatan juga menyarankan beberapa makanan sebagai pemula separa pepejal, iaitu, bubur yang disediakan di rumah, bijiran beras untuk bayi dan sayur-sayuran yang dimasak dan dilecek atau dipuri, dan juga buah-buahan. Berikan semua ini kepada bayi dengan sudu yang hujungnya diperbuat daripada getah yang lembut. Kemudian, berikan dia susu yang selebihnya. Makanan separa pepejal tidak semestinya diberikan pada waktu pagi; pilihlah masa yang sesuai untuk anda dan bayi anda.
Apabila bayi mula membiasakan diri dengan tekstur baru dan beransur-ansur makan lebih banyak makanan pejal, dia tidak lagi memerlukan sangat susu tambahan untuk mengenyangkannya. Namun, pada mulanya, ternampak oleh anda seolah-olah bayi anda hanya makan sedikit sahaja, walaupun banyak masa dihabiskan untuk memasukkan makan yang sedikit itu ke dalamnya. Anda mestilah bersabar dengan si kecil anda dan ingatlah bahawa ini adalah kemahiran baru dan dia memerlukan masa untuk mempelajarinya.
Apabila bayi sudah biasa makan bijiran sebanyak dua atau tiga sudu kecil sehari, cubalah tambah makanan lain. Bila dia sudah pandai makan bijirin dan semakin cekap menggunakan gerakan mengisar ke kiri dan ke kanan, kurangkan cecair dalam bijiran supaya teksturnya menjadi lebih pekat. Ini akan membantu bayi anda berlatih mengunyah (dengan gusinya) dan menelan.
Selera bayi anda adalah berubah dari satu waktu makan kepada waktu makan berikutnya, jadi perhatikan tanda-tanda bahawa dia sudah kenyang. Seorang bayi yang sudah tidak mahu membuka mulutnya untuk terus disuap, atau berpaling muka, atau mula bermain dengan makanannya, mungkin sudah kenyang.
Masihkah perlu saya memberi susu badan?
Ya. Susu badan dicipta sebagai makanan yang lengkap untuk bayi bagi enam bulan pertama. Susu badan dan susu formula memberikan vitamin, zat besi dan protin yang penting dalam bentuk yang mudah dicerna. Walaupun dalam sedikit masa dan secara perlahan-lahan, makanan pejal akan menggantikan sebahagian daripada keperluan bayi anda, susu badan atau susu formula tetap menjadi sumber nutrisi yang utama dan penting sehingga umurnya satu tahun. Malah, Kementerian Kesihatan menyarankan supaya susu badan dikekalkan sebagai sebahagian daripada diet bayi anda sehingga dia berusia dua tahun.
Bagaimanakah saya boleh membantu bayi saya membentuk tabiat pemakanan yang sihat?
Anda boleh membantu bayi anda belajar makan secara sihat dengan mengikuti peraturan ringkas yang berikut:
• Memberikan pilihan makanan yang pelbagai.
• Jangan terus memberi makanan kepada bayi anda jika dia tak mahu makan lagi (memalingkan kepalanya atau tidak mahu membuka mulutnya). Dia mungkin sudah kenyang atau tidak suka dengan makanan tersebut. Jika anda terlalu memaksa, dia mungkin tawar hati dan tidak akan mahu mencuba makanan lain.
• Berikan bayi anda pelbagai makanan protin dan kabohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Elakkan gula, makanan bergaram, dan makanan yang terlalu lemak atau pedas dan berempah.
• Jangan jadikan makanan sebagai hadiah atau dorongan. Sebaliknya, gunakan pelukan, ciuman dan perhatian yang banyak untuk ini.
Apakah caranya untuk menambahkan makanan bayi?
Mana-mana makanan baru harus diperkenalkan secara perlahan-lahan, satu per satu. Bayi anda memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan setiap rasa dan tekstur yang baru. Juga, berhati-hatilah apabila memperkenalkan makanan yang dia belum biasa, supaya anda dapat mengesan tanda-tanda reaksi alergi yang mungkin berlaku, seperti cirit-birit, sakit perut atau ruam. Tambahlah satu makanan baru setiap beberapa hari, bermula dengan buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, yang mudah dicerna bayi. Sesetengah pakar menasihat supaya bermula dengan sayur-sayuran hijau sebab kadang-kala bayi terlalu gemarkan rasa manis buah dan sayur warna kuning, dan tidak mahu mencuba kekacang langsung!
Mulakan dengan memberikan bayi anda beberapa sudu besar buah atau sayur bersama hidangan bijiran. Makanan pemula yang baik adalah: buahan yang masak dan dipuri seperti epal, pisang, betik, manga, pic, pir, dan sayuran seperti karot, ubi keledek, kubis bunga dan labu. Bancuhkan ia sepekat puri kasar dengan air masak yang disejukkan, atau susu badan atau susu formula. Cuba juga nasi bayi atau bubur kosong.
Jika bayi anda tidak mahukan sesuatu makanan, berikan dia makanan itu sekali lagi beberapa hari kemudian. Dia mungkin menolak sesetengah makanan setiap kali, tetapi anda perlu terus mengulangkan makanan itu dengan harapan dia akan mula merasa tertarik untuk memakanannya.
Berapa kali seharikah seharusnya bayi saya makan makanan bayi?
Apabila bayi anda berumur sekitar tujuh bulan, dia sepatutnya sudah mengambil makanan separa pejal tiga kali sehari. Makanannya setiap hari lebih kurang seperti berikut:
• Susu badan atau susu formula kaya zat besi. Sedikit jus tanpa gula yang dicair tipis dengan air suam (satu bahagian jus bagi sepuluh bahagian air) juga boleh diberikan di waktu makan dengan menggunakan cawan bayi atau gelas, bukan botol.
• Bijiran kaya zat besi.
• Sayur-sayuran pada kadar yang banyak, seperti ubi kentang, brokoli, kubis bunga, ubi keledek, choy sum, kailan, siew pak choy dan bayam.
• Daging dalam kuantiti kecil, ayam, ikan, yogurt, telur rebus keras, lentil dimasak lembut, keju (kecuali brie, stilton dan lain jenis keju berkulapuk atau lembut).
• Buah-buahan.
Panduan umum berikut elok diikuti:
• Jangan berikan madu sebelum dia berusia satu tahun sebab terdapat risiko botulisme bayi. (Baca dengan lebih lanjut mengenai madu dan botulisme.)
• Bergantung kepada diet bayi anda, kadangkala elok juga diberikan beberapa titisan vitamin. Tanyalah pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.
Bagaimana pula dengan makanan jejari?
Apabila bayi lebih berpengalaman, anda boleh menambahkan kepekatan makanan yang diberi dengan menyertakan juga ketulan-ketulan lembut dan makanan lecek. Pada kira-kira usia tujuh hingga sembilan bulan, bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil makanan jejari dengan saiz potongan cukup untuk sekali suap. (Kebanyakan bayi belum lagi mahir dengan kawalan jari sepenuhnya sehingga usia hampir sembilan bulan atau lebih.)
Beberapa makanan jejari yang sesuai dikisar dengan gusi dan mudah dicerna ialah: roti, pisang, karot dan ubi keledek dimasak lembut, bijiran beras rapuh atau beras paf (rice puff), dan masakan pasta beranika potongan. Jangan tinggalkan bayi anda seorang diri semasa dia tengah makan sebab risiko tercekik.
Adakan saya perlukan alat-alat khas?
Terdapat pelbagai jenis item berkaitan pemakanan yang sungguh menarik yang boleh anda beli tetapi sebenarnya semua itu tidak perlu. Walaupun begitu, terdapat beberapa item yang boleh melancarkan waktu makan. Sudu yang mempunyai hujung getah adalah penting untuk melindungi gusi bayi yang sensitif dan pinggan plastik yang boleh melekap akan mengelakkan makanan yang terletak atas kerusi tinggi daripada tertumpah ke lantai! Dan, untuk melindungi lantai anda, cuba alaskan dengan lapik tumpahan atau gunakan beberapa keping surat khabar untuk menakung tumpahan supaya lebih mudah untuk dicuci.
Tempat manakah sesuai untuk bayi diberi makan?
Apabila bayi anda sudah boleh duduk dengan sendiri, letakkan dia di kerusi tinggi bayi atau kerusi makan khas. Bayi yang merangkak mungkin akan tercekik jika diberikan makanan jejari, dan dia juga akan mengheret makanan ke sana sini dan mengotorkan lantai. Sebaliknya, jika bayi sudah mengkaitkan makan dengan waktu tetap dan meja makan, dia akan lebih cenderung membentuk tabiat makan yang baik sehinggakan waktu makan anda akan menjadi waktu yang gembira bersama-sama keluarga.
Nota: Anda akan dapati bahawa apabila makanan pejal dimasukkan ke dalam diet bayi anda, najisnya akan bertukar warna dan bau. Ini adalah normal. Jika anda mensyaki yang najis bayi anda terlalu keras sehinggakan membuat dia sakit, hubungilah pakar pediatrik atau doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan gantikanlah makanan tersebut dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain. Anda juga boleh memberikannya lebih banyak cecair seperti beberapa teguk air suam atau jus buah-buahan yang cair tipis. Bacalah artikel kami mengenai merawat sembelit bayi anda untuk maklumat lanjut.
p/s: Alhamdulillah..hjng bln ni Ammar masuk 6 bulan.. bersedia utk ummi masakkan bubur utk Ammar..hee..sy pula terlebih excited...

Thursday, April 21, 2011
Tahniah kepada rakan2 yg bergelar "IBU"..sokong BF !
Salam semua..
Alhamdulillah..masih diberi kesempatan waktu utk sy menulis..
Sbnrnye tiada coretan yg khusus … memandangkn jadual tugas sy kini amat padat .( project kini byk)..sy bersyukur..diberi masa utk menaip..huhu
Dalam tempoh bbrp minggu ini, sy byk dpt SMS dan panggilan daripada rakan2 yg baru bergelar ‘ibu’…
Sebelum terlupa.sy nk ucapkan tahniah kepada :
1) Fatihah –rakan di UTM dulu ( bersalin bulan Feb)- baby boy (Muhammad Al-Fatih)
2) Kak Ecah – senior sy di UTM (bersalin bulan Feb) – baby boy (Abdul Qayyum)
3) Kak haida – senior sy di UTM (bersalin ank ke-2 pd bulan Feb)..baby girl..lupe pula namanye ..huhu
4) Junaidah - rakan kilang sy..juga bersalin bulan Feb.dpt baby boy (Mohd Azfar)
5) Aqeen –rakan ..(bersalin bulan Mac) – baby boy ( Fatih Isqandar)
6) Ida –ex housemate di kulai (bersalin bulan Mac) –baby boy (Haziq)
7) Cikgu Siti – isteri rakan ofis dulu (bersalin bulan Mac) – baby boy (Hairul Faheem)
8) Kak Fauziah a.k.a Apau (bersalin bulan Mac) -baby girl (Aiysha Husna)
9) Yana – rakan ofis (bersalin bulan April) –baby girl (Derlisya Amanda)
Alhamdulillah..selamat menempuh alam ‘ibu’ dgn gembira…heee..
Dan alhamdulillah juga..mereka ini kebanyakkan nya begitu teruja dan berusaha utk menyusukan baby masing2 dgn susu badan… syukur..sy tumpang gembira…
Dan ada antara mereka menghubungi sy bertanyakan ttg masalh penyusuan,cara uruskn EBM.... jujur sy akui..sy bukan pakar dlm bidang laktasi dan sbgnye..sy hanya bg pendapat mengikut pengalaman dan apa yg sy bc… walaupun x byk.. sekurang2 nye moga dpt membantu mereka utk berusaha gigih memberi susu badan pd baby mereka dgn jayanya..
Sy petik sedikit persoalan2 yg sering mereka tanya:
Q: Farah kan keje siang..abis tu perah kat ofis bile? X buzy ke dgn kerja?
A: Ouh..kerja sy flexible.. ada project bz sgt2.. tp walau se’bz’ mana pun..sy tetap akan perah 3 kali sehari…jam 10pg, 2ptg dan 5 ptg..
Q: Banyak x sekali perah tu?
A: Bergantung kepada emosi.. tp kebiasaannya sekali perah dpt la 5 oz (penuh 1 botol). Biasa sy akan bwk video n gmbr Ammar..sambil perah smbil tgk2 gmbr n video keletahnye..hee..
Q: Baby kuat menyusu.. time pantang mcm x dpt nk simpan stok je?
A: mmg baby kuat menyusu.. Ammar juga mcm tu dulu… Alhamdulillah..dpt juga Farah simpan buat stok…cara yg Farah amalkan.. bila Ammar menyusu di sebelah.. pam lagi breast yg sebelah.. lagi satu..kalau baby dah tido..kena rajin2 perah.. walau x banyak sekurang2 nye ada stok…
Dan byk lagi soalan2 yg sy sendiri pun kena banyak lagi belajar.sehinggakan sy membeli buku tentang penyusuan bagi ibu bekerja..… Terima kasih juga sy ucapkan pd suami..yg kuat menyokong perjuangan sy menyusukan Ammar..dan Alhamdulillah..hingga kini (Ammar nak masuk 6 bln hjng bln ni)..Ammar masih merasai titis susu umminye ini dgn penuh girang gumbira…

Wednesday, April 13, 2011
Di mana tempah kopiah Ammar??
Salam..
ramai agak tertanya di mana sy menempah kopiah Ammar dan abahnye.. ok.. ni link web shop yg sy order ...dari kedai maya kak aini ..klik sini..
dan terkejut la jugak..bukak web kak aini ni..ada pula entri pasal testimoni sy pd nya.. ada pula gmbr Ammar menggayakan kopiahnye (sama mcm gmbr di bawah)..hehe..
ok la akk..sy da promosikan web shop akk kat sini..hehe..
sy doakn moga akk sentiasa dimurahkan rezeki..

Tuesday, March 15, 2011
Isu Botol Susu Baby berbahaya..!!
Salam semua,
kelmarin jika tak silap sy la..berita ada menyiarkan ttg isu botol susu baby yg ada bhn kimia berbahaya kepd baby..
Alhamdulillah sbb sy mmg menggunakan botol yg bebas BPA ( BPA free).. mak sy org yg paling risau bila dpt berita ttg botol susu..cepat2 dia call sy malam tu juga (slps tgk berita )..sy terus ckp.."mak jgn risau, orang belikan Ammar botol yg mmg selamat.." lega mak sy dgr..yelah risau keadaan cucunya ni..hehe..

Botol susu Ammar - Bumbble Bee and MOM's Little One
Read more...
Wednesday, March 9, 2011
Perkembangan bayi anda pada usia 4 bulan
sumber: BabyCenter Malaysia
Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya.
Masa ini untuk makanan pepejal?
Bagi empat ke enam bulan pertama dalam hidupnya, bayi anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula. Namun begitu, didapati bahawa ibubapa sudah mahu mula memberi makanan pepejal. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mencuba pepejal. Anda boleh mulakan dengan memberinya sedikit pepejal (iaitu makanan lembik seperti makanan bayi yang dipuri atau bijirin bayi) memandangkan saluran pencernaannya sudah agak matang dan refleks menjolok lidah keluar semakin lenyap. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menggalakkan ibubapa agar menunggu sampai bayi berusia enam bulan. Dengan tidak memberikan pepejal terlalu awal, anda boleh mengurangkan reaksi alergik dan menjaminkan yang susu ibu dan formula dalam diet bayi anda tidak dikurangkan.
Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan.
Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi.
Kini mampu bermain sendiri
Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala.
Mula memahami peranan bahasa
Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti “ma-ma” atau “da-da.” Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut “boo”, dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men”cermin”kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu.
Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi. Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.
Lebih memilih orang
Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya.
Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga. Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.

Tuesday, March 8, 2011
Ibu bekerja dan mengepam susu
Sumber :BabyCenter Malaysia
Apakah kelebihannya mengepam susu di tempat kerja?
Mengepam susu badan di tempat kerja boleh menjadi suatu gangguan, dan melakukan perkara yang peribadi ini di persekitaran kerja adalah pelik. Tetapi kebanyakan ibu mengetahui faedahnya adalah lebih berbanding kesukarannya. Anda akan dapat membekalkan faedah kesihatan dan khasiat yang hanya diperolehi dari susu badan kepada bayi anda, dan mengepam susu badan merupakan satu cara yang baik untuk anda berasa rapat dengan bayi anda pada waktu-waktu anda di tempat kerja.
Satu perkara terbaik mengenai mengepam susu badan di tempat kerja ialah anda pulang ke rumah kepada bayi yang masih mahu menyusu - anda boleh mendakapnya dengan segera, memperkuatkan ikatan anda, dan memeliharanya dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Untuk memastikan bayi anda masih mahu menyusu apabila anda pulang ke rumah, minta penjaga anda supaya jangan memberikan susu kepadanya sejam sebelum anda pulang atau berikannya hanya sedikit susu untuk menghilangkan rasa laparnya. Dengan ini, anda dan bayi anda akan tertunggu-tunggu untuk bersama setiap hari.
Bagaimana saya boleh mengepam susu badan dengan baik di tempat kerja?
Anda akan memerlukan:
• satu pam – pam elektrik berbentuk dua adalah yang paling efisien tetapi harganya mahal (ramai wanita juga selesa menggunakan pam tangan);
• botol susu;
• akses kepada peti sejuk atau kotak sejuk;
• lapit buah dada.
Elok sekiranya anda mula mengepam susu badan di rumah sebelum kembali bekerja selepas bersalin. Ini ialah supaya anda tahu apa yang sebenarnya akan berlaku dan dapat membiasakan diri dengan sensasi aneh apabila dua sarung pam ditekan pada buah dada anda. Anda harus mengepam sama kerap seperti kekerapan bayi menyusu sebab anda boleh menyimpan susu itu dalam peti sejuk sebagai bekalan. Sekiranya anda mengepam secara kerap tanpa mengikut jadual menyusu, anda akan mendapat sedikit susu sahaja berbanding dengan mengepam pada waktu menyusu penuh; walau bagaimanapun, jika anda mengepam semasa waktu bukan menyusu dan di samping itu menyusukan bayi pada masa yang sama, anda akan menghasilkan susu berlebihan dan akan berasa tidak selesa. Bila anda baru mula mengepam, anda mungkin dapat mengumpulkan sedikit susu sahaja, tetapi tidak lama nanti, anda akan mendapat beberapa auns setiap kali mengepam selama 15 hingga 20 minit.
Secara idealnya, anda perlu mempunyai akses ke sebuah bilik persendirian di tempat kerja, seperti bilik pejabat yang tidak digunakan atau bilik persidangan atau bilik stor yang besar dan bersih yang lengkap dengan kerusi, meja dan poin kuasa. Minta staf sumber manusia untuk mencadangkan tempat sesuai dan cuba dapatkan sokongan rakan sekerja atau pengurus anda. Jika terdapat permintaan lain (mungkin seorang lagi ibu yang menyusukan), anda boleh meminta disediakan bilik ibu-ibu susu di pejabat. Senario paling teruk ialah apabila anda perlu mengepam di kubikel bilik air. Pakar BabyCenter Jennifer Hor mencadangkan supaya anda hanya melakukannya untuk mengurangkan kebengkakan. Melihat keadaan (lazimnya) kurang ideal bilik-bilik air di Malaysia, susu yang dipam perlu dibuang sahaja.
Adakah saya perlu memberitahu rakan sekerja saya bahawa saya sedang mengepam susu?
Anda tidak perlu memberitahu rakan sekerja anda apa yang anda lakukan semasa waktu rehat anda jika anda berasa tidak selesa, tetapi anda perlu memberitahu ketua anda. Dia perlu tahu bahawa mengepam susu tidak akan menganggu kerja anda, jadi yakinkannya bahawa menyusukan bayi anda dengan cara ini akan menenangkan anda sebab anda tahu bayi anda akan mendapat yang terbaik. Ini akan membuatkan anda menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja.
Bagaimanakah saya boleh memaksimakan pengeluaran susu badan saya?
Relaks dan lihat gambar bayi anda atau gambarkan rupanya semasa anda mengepam. Setelah pam buah dada berfungsi dengan baik, ramai ibu mendapati yang mereka boleh menggunakan masa mengepam tersebut dengan pembacaan berkaitan kerja.
Bilakah saya perlu mengepam?
Ia bergantung kepada anda tetapi cuba melakukannya pada masa yang sama setiap hari. Jika anda boleh mengepam setiap tiga jam, anda akan boleh menghasilkan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi anda. Mengepam sekali atau dua kali sehari adalah lebih realistik, dan ianya mencukupi untuk memenuhkan bekalan susu anda untuk penyusuan pada waktu pagi, petang dan hari minggu.
Bagaimanakah saya memindah, menyimpan dan menghangatkan susu badan?
• Ia adalah penting untuk menyediakan bekalan di dalam peti beku sebelum anda kembali bekerja sebab anda akan memerlukan susu yang secukupnya pada hari pertama anda bekerja.
• Pam dan simpan susu sama ada dalam botol kaca atau plastik atau beg plastik yang dibuat khas untuk tujuan ini. Kajian menunjukkan bahawa sel darah putih mungkin akan melekat pada kaca dan tidak pada plastik, dan ini menjadikan plastik sebagai pilihan yang lebih baik (botol kaca tidak boleh dibekukan sebab ia akan retak). Kelemahan beg plastik ialah ia mudah terkoyak dan ini hanya akan disedari setelah susu mencair. Ia juga mudah terbalik semasa sedang dicairkan! Labelkan dan letakkan tarikh pada botol dan beg, dan gunakan mengikut tarikh terawal dahulu. Pastikan ada ruang pada botol atau beg untuk pengembangan susu semasa pembekuan.
• Simpan susu yang baru dipam (dilabelkan dengan nama anda) dalam peti sejuk pejabat atau bekas pendingin semasa di tempat kerja. Bawa ia pulang dalam bekas pendingin yang berisi pek ais jika perjalanan anda melebihi 30 minit – susu yang baru dipam adalah OK pada suhu bilik iaitu 25 darjah Centigrade atau lebih rendah untuk sehingga empat jam. Jika anda memandu, halakan alat penghawa dingin pada susu sepanjang perjalanan ke rumah anda.
• Jika anda menyejukkan atau mendinginkan susu yang dipam, anda boleh menambahkannya ke dalam botol yang sudah mengandungi susu beku.
• Jika anda menyejukkan susu yang anda pam pada hari Isnin, penjaga anda boleh memberikannya kepada bayi anda pada hari Selasa dan seterusnya.
• Cairkan susu yang beku dengan memegang botol atau beg di bawah aliran air suam atau letakkan di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan guna ketuhar gelombang mikro atau dapur: suhu tinggi akan memusnahkan sesetengah nutrien. Susu akan berpisah dari patinya, jadi anda perlu menggoncangkannya sedikit semasa menghangatkan atau sebelum memberikannya kepada bayi anda.

Thursday, March 3, 2011
Uruskan susu EBM untuk Ammar.
Salam semua,
Entri kali ni pula sy tujukan khas utk shbt2 sy yg bakal memberikan susu perahan ibu (EBM) utk baby mereka… kepada Fatihah (Selangor), yana dan kak zarah ( rakan ofis) , ida ( ex- roommate), dan juga jun (rakan) serta kepada semua rakan2 yg da bergelar ibu..
Sy ni pun budak baru belajar… ni pun nasib baik dpt tunjuk ajar dari Senior sy di UTM dulu.. kak Wawa - she is peer counselor of Breastfeeding.. blh tgk web die di http://www.wanazaini.com/. sy direct call kak wawa ni..selain kak wawa..sy ada juga bertanye kepada kakak yg satu branch dgn kilang sy ni..namanya kak zila..saja tanye die, disebabkan jadual kerja kami lebih kurang sama..alhamdulillah..berguna utk sy..dan semasa sy mengandung sy mencari maklumat dan info2 ttg penyusuan…
Di hospital pun ada jugak penerangn ttg penyusuan bayi.. dan syukur juga, hingga kini, sy masih memberikan Ammar susu badan even kena buat stok.. dan sy tidak spt ibu2 lain yg amat rajin membuat stok EBM.. dan peti beku sy pun x se’gah’ ibu2 lain..tp x mengapa..asalkan Ammar memilih susu ummi nie..
baiklah, sy mulakan dgn tatacara membuat stok EBM ni :
1) Biasanya hari bekerja, sy akan memerah 3 kali sehari : pukul 10pg, 2ptg dan 5 ptg.. tempat sy beroperasi di Surau..
Setiap sesi tu, kebiasaannya sy dpt perah 5 oz ( 1 botol penuh).. pd sy cukup juga.. jadi 3 kali sesi memerah..dptla sehari tu 15oz ..tp bergantung juga pada emosi…sbb pengeluaran susu ni akan terganggu jika emosi pun terganggu…jadi kena ceria2 selalu..mcm sy, method yg sy gunakan, sy rajin bawa kamera semasa memerah..sambil memerah..tgk gmbr Ammar, video die..
2) Ok, selesai memerah, biasa sy akan simpan ke dlm peti ais ofis di bhgn bwh (bukan tmpt beku).. dan jgn lupe labelkan tarikh,masa.. ini penting !
3) Apabila masa nk balik, sy akan masukkan botol2 td ke dlm cooler bag yg berisi ais pek. Ini utk memastikan suhu susu tadi maintain..
4) Dah sampai rumah sy akan terus simpan botol2 tu di peti ais bhgn bwh..
5) Dalam jam 9mlm ,setelah selesai kerja2 rumah, sy dgn hati yg girang pun menjenguk stok susu Ammar..hee. masa ni biasa Ammar da tidur, dan sy da selesai mengemas baju2 Ammar semua..
6) kemudian, sy akan turun kan stok beku sebanyak 3 bekas dadih ( biasa dlm setiap bekas tu sy simpan 3.5oz)..ke bhgn bwh peti sejuk. Dan 2 botol pula dari fresh yg baru sy perah di ofis..sbb Ammar minum sebyk 3.5oz setiap sesi…jadi baki yg fresh td tu sy akan simpan ke bhgn beku utk rotate stok beku.. stok beku yg diturunkan td, dibiarkan semalaman utk mencair..
7) Seawal jam 5.30 pg, sy bangun utk pastikan semula stok susu Ammar ditransfer dari bekas dadih ke botol2 Ammar.. Botol yg dibekalkan ke taska sy labelkan by numbering.. 1 – 5.. untuk botol nombor 1,2 dan 3, sy transfer susu yg da mencair dr beku td… manakala no 4 dan 5, susu yg fresh. jadi teacher Ammar akan guna no.1 dulu dan seterusnya..memudahkan kerja nya..biasa sy bekalkan sebyk 5 botol sehari..
8) Sebelum bergegas hantar Ammar ke taska, sy masukkan ice pack dan botol2 Ammar ked lm cooler bag… walaupun jarak taska dan rumah tidak jauh, namun sy masih gunakan ice pack utk kekalkan suhu susu..supaya nutriennya tidak hilang…
Nampak macam leceh kan? Mmg mula-mula sy nak sesuaikan keadaan mmg susah..lama-lama da biasa..sbb da jadi rutin harian... em,hari x bekerja sy akan pam juga susu, utk rotate stok dlm fridge.. risau juga x mencukupi..tp ape2 pun sy selalu berdoa moga rezeki Ammar masih ada...
insyaAllah, kepada rakan2 yg nak breasfeed baby sepenuhnya, sy akan sokong kalian semua... insyaAllah... seronok tgk anak2 membesar dgn baik hasil dr meminum susu ibu..
Di dalam al Quran ada beberapa tempat yang menyentuh tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ialah:
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)
p/s: moga sy tabah dan sabar..serta ceria2 selalu utk menyusukan Ammar Faiz... terima kasih ats sokongan suami dan keluarga serta rakan2 semua..
Read more...
Entri kali ni pula sy tujukan khas utk shbt2 sy yg bakal memberikan susu perahan ibu (EBM) utk baby mereka… kepada Fatihah (Selangor), yana dan kak zarah ( rakan ofis) , ida ( ex- roommate), dan juga jun (rakan) serta kepada semua rakan2 yg da bergelar ibu..
Sy ni pun budak baru belajar… ni pun nasib baik dpt tunjuk ajar dari Senior sy di UTM dulu.. kak Wawa - she is peer counselor of Breastfeeding.. blh tgk web die di http://www.wanazaini.com/. sy direct call kak wawa ni..selain kak wawa..sy ada juga bertanye kepada kakak yg satu branch dgn kilang sy ni..namanya kak zila..saja tanye die, disebabkan jadual kerja kami lebih kurang sama..alhamdulillah..berguna utk sy..dan semasa sy mengandung sy mencari maklumat dan info2 ttg penyusuan…
Ni gambar semasa sy berada di HSA dlm bilik menyusu..sambil mendengar taklimat dr jururawat ttg teknik penyusuan yg betul...syukur dpt la ilmu..
Di hospital pun ada jugak penerangn ttg penyusuan bayi.. dan syukur juga, hingga kini, sy masih memberikan Ammar susu badan even kena buat stok.. dan sy tidak spt ibu2 lain yg amat rajin membuat stok EBM.. dan peti beku sy pun x se’gah’ ibu2 lain..tp x mengapa..asalkan Ammar memilih susu ummi nie..
baiklah, sy mulakan dgn tatacara membuat stok EBM ni :
1) Biasanya hari bekerja, sy akan memerah 3 kali sehari : pukul 10pg, 2ptg dan 5 ptg.. tempat sy beroperasi di Surau..
Setiap sesi tu, kebiasaannya sy dpt perah 5 oz ( 1 botol penuh).. pd sy cukup juga.. jadi 3 kali sesi memerah..dptla sehari tu 15oz ..tp bergantung juga pada emosi…sbb pengeluaran susu ni akan terganggu jika emosi pun terganggu…jadi kena ceria2 selalu..mcm sy, method yg sy gunakan, sy rajin bawa kamera semasa memerah..sambil memerah..tgk gmbr Ammar, video die..
Sy ada masa gunakan pam bateri -jenama tollyjoy. beli kat jusco..ada masa gak guna spectra 3..tp biasa kat rumah sy perah pakai mesin spectra 3 (double pumping)..
Ni pula hasil perahan sesi pagi (10 pg).. kdg2 perah ada juga dapat 10 oz sesi pg..tu yg standby bekas dadih
2) Ok, selesai memerah, biasa sy akan simpan ke dlm peti ais ofis di bhgn bwh (bukan tmpt beku).. dan jgn lupe labelkan tarikh,masa.. ini penting !
3) Apabila masa nk balik, sy akan masukkan botol2 td ke dlm cooler bag yg berisi ais pek. Ini utk memastikan suhu susu tadi maintain..
4) Dah sampai rumah sy akan terus simpan botol2 tu di peti ais bhgn bwh..
5) Dalam jam 9mlm ,setelah selesai kerja2 rumah, sy dgn hati yg girang pun menjenguk stok susu Ammar..hee. masa ni biasa Ammar da tidur, dan sy da selesai mengemas baju2 Ammar semua..
Gambar stok EBM Ammar..ni gambar lama..rs time tu sy baru nak naik keje..alahai.. ruang pembeku ni mmg semua utk stok Ammar.. doa2 la abang dpt cabutan bertuah fridge 2 pintu masa dinner company nanti..dptla ruang yg besar sket....huhu..
6) kemudian, sy akan turun kan stok beku sebanyak 3 bekas dadih ( biasa dlm setiap bekas tu sy simpan 3.5oz)..ke bhgn bwh peti sejuk. Dan 2 botol pula dari fresh yg baru sy perah di ofis..sbb Ammar minum sebyk 3.5oz setiap sesi…jadi baki yg fresh td tu sy akan simpan ke bhgn beku utk rotate stok beku.. stok beku yg diturunkan td, dibiarkan semalaman utk mencair..
7) Seawal jam 5.30 pg, sy bangun utk pastikan semula stok susu Ammar ditransfer dari bekas dadih ke botol2 Ammar.. Botol yg dibekalkan ke taska sy labelkan by numbering.. 1 – 5.. untuk botol nombor 1,2 dan 3, sy transfer susu yg da mencair dr beku td… manakala no 4 dan 5, susu yg fresh. jadi teacher Ammar akan guna no.1 dulu dan seterusnya..memudahkan kerja nya..biasa sy bekalkan sebyk 5 botol sehari..
8) Sebelum bergegas hantar Ammar ke taska, sy masukkan ice pack dan botol2 Ammar ked lm cooler bag… walaupun jarak taska dan rumah tidak jauh, namun sy masih gunakan ice pack utk kekalkan suhu susu..supaya nutriennya tidak hilang…
5 botol Ammar berlabel utk dihantar ke taska..
9) sampai di taska, teacher Ammar akan simpan botol2 nya dalam peti ais bhgn bwh… jadinya, time Ammar nak susu, teacher nya akan rendamkan susu dalam air suam…insyaAllah, nanti nak bekalkan warmer pula pada taska Ammar (sbb warmer baru beli aritu).. Alhamdulillah, taska Ammar mmg tahu cara mengendalikan susu EBM ni.. jadi x perlu sy beri penerangan khas kepada mereka..Nampak macam leceh kan? Mmg mula-mula sy nak sesuaikan keadaan mmg susah..lama-lama da biasa..sbb da jadi rutin harian... em,hari x bekerja sy akan pam juga susu, utk rotate stok dlm fridge.. risau juga x mencukupi..tp ape2 pun sy selalu berdoa moga rezeki Ammar masih ada...
insyaAllah, kepada rakan2 yg nak breasfeed baby sepenuhnya, sy akan sokong kalian semua... insyaAllah... seronok tgk anak2 membesar dgn baik hasil dr meminum susu ibu..
Di dalam al Quran ada beberapa tempat yang menyentuh tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ialah:
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)
p/s: moga sy tabah dan sabar..serta ceria2 selalu utk menyusukan Ammar Faiz... terima kasih ats sokongan suami dan keluarga serta rakan2 semua..
"tengoklah Ammar ummi...Ammar sihat dan ceria..lalalala..
.. terima kasih ummi sbb bagi susu ibu.."...
Read more...
Tuesday, February 22, 2011
Perkongsian utk bakal Ibu... moga dipermudahkan urusan..
Salam semua.
Moga sentiasa dirahmati Allah swt..Syukur diberi kemudahan utk melaksanakan segala pekerjaan...
Alhamdulillah... entri kali ini, insyaAllah sy akan coretkan sedikit pengalaman sy tike melahirkan Ammar Faiz.. ini adalah permintaan dari sahabat sy – Aqeen Ahmad.. yg kini sedang menghitung hari utk menunggu kelahiran permata hati... Namun begitu, entri ini juga sy tujukan khas utk rakan2 yg sama spt Aqeen, yakni bakal2 ibu.. selamat membaca yer kepada Yana (rakan ofis) , Jun (rakan), dan Cikgu Siti (isteri kepada ex- rakan ofis) yg kini sarat dan hampir tempoh melahirkan.. moga urusan kalian dipermudahkan yer..
Baiklah, sebelum ni sebenarnya sy da tulis juga pengalaman sy bersalin- cari tajuk Detik Kelahiran Ammar Faiz-Part 1 (blh juga tgk pd label permata hati kami)...
Cuma sy akan tambah sedikit info / tips2 hasil dari pencarian dari Google dan bacaan dari buku2..
Tanda-tanda hendak bersalin
Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
( pengalaman sy dulu: kontraksi berlaku semasa berada dalam labour room. Sebab masa tu, doctor da pecahkan air ketumbahan sy).
Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang
(pengalaman sy: mmg betul ! sakit belakang yg kerap..dlm jam 8 mlm masa sy sedang memasak sup ayam kegemaran abg, pinggang rs macam nk tercabut pun ada..sampai minta abang urut2 )
Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera
(pengalaman sy: oh..air ketubahan sy doctor yg pecahkan.. selepas tu, rasa sakit juga..spt sengugut yg amat teruk.. tp sabar dan menahan sakit sambil membaca doa2 dan zikir2)
Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan
(pengalamn sy: sy mengalami pendarahan..yakni keluar tompokan darah semasa dirumah.. sampai di hospital, darah keluar agak byk..masa ni redha saja..)
Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
(pengalaman sy: bukaan jalan sy semasa sampai dihosptl kulai – 4 cm.. masa ni terkejut juga bila doktr ckp da nak bersalin..walhal masa tu sy baru saje 34 minggu..terus naik ambulan hantar ke HSA..smpi di HSA, bukaan jalan da 7cm..namun, doctor menasihatkan sy utk tunggu supaya bukaan jalan buka sbyk 10cm..dari segi kesakitan, pd sy x terasa sgt… Cuma bykkn doa dan istighfar saja ubatnye..)..
TEKNIK PERNAFASAN KETIKA PROSES BERSALIN
- ini pula tips2 utk teknik pernafasan.. sy rs bertuah dapat menggunakan teknk pernafasan yg betul.. ini adalah ilmu yg sy dpt semasa menghadirkan diri ke kelas antenatal di hosptl swasta sbln itu..cara mudah sy amalkan.. semasa baring, angkat kepala tgk bahagian perut..kaki buka besar2 dan lakukan pernafasan dgn tenang..ok,bolhe baca juga info dibwh yer..
Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).
Teknik pernafasan peringkat Transisi.
Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.
Teknik pernafasan peringkat kedua.
Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.
TEKNIK MENERAN
Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.
“Overwhelming Urge“
Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.
“so-so urge“
Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).
“No Urge“
Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.
Teknik spontan
Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.
Teknik Purple Pushing
Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.
Teknik Laboring Down
Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.
p/s: semoga info2 di atas berguna utk semua yer.. utk tips tmbhn, semasa hendak meneran.. sebutlah ‘Allahuakbar”..insyaAllah dipermudahkan...

Friday, February 18, 2011
Basuh botol susu Ammar..rutin harian di malam hari...
salam semua..moga sentiasa di lindungi Allah swt...
Alhamdulillah..semlm smpi sudah brg yg sy order online di onebabyworld.com
sy beli sterilizer dan warmer utk Ammar..jenama littlebean..Alhamdulillah..dptla harga promosi RM159.90...
Kegunaan sterilizer:
- utk bersihkan botlol2 susu dan bunuh kuman..
- penggunaan nye pun mudah... mula2 masukkan botol2 yg da dibasuh kedalam bekas yg disediakan.. kemudian tutup dan on kan suis... mmg sekejap saja.. dlm 6 minit gitu..selesai proses sterilize...
* Sebelum beli sterilizer ni...selalu rebus botol2 Ammar ni dlm periuk besar.. kira2 dlm setengah jam selesai..ni cara lama..cara mak2 sy dulu... jadi agak penat.. sy pun amik la inisiatif membeli sterilizer ni utk memudahkn kerja2 sy..
Kegunaan warmer:
- utk memanaskan susu perahan (EBM) .. utk suhu pemanasan susu - 40 darjah celcius..
- utk memanaskan makanan ( ni mmg standby utk kegunaan Ammar da 6 bulan nanti) .. suhu pemanasannya pula 70 darjah celcius..mudah..cuma pusingkan knob/button tu ikut suhu yg tersedia.. penting suhu pemanasan ni utk mengekalkan nutrien susu/makanan..
ok..bawah ni sket demo utk sy share... (tlg betulkan yer kalo salah..)..

Ni la packaging sterilizer dan warmer yg sy order..
Alhamdulillah..x ambil masa lama utk dapat..
ni pula isi dalam.. dari kiri : warmer, then ada free botol susu littlebean dan last sekali yg besar tu la sterilizer..boleh muat 6 botol sekali masuk..
Kegunaan sterilizer:
- utk bersihkan botlol2 susu dan bunuh kuman..
- penggunaan nye pun mudah... mula2 masukkan botol2 yg da dibasuh kedalam bekas yg disediakan.. kemudian tutup dan on kan suis... mmg sekejap saja.. dlm 6 minit gitu..selesai proses sterilize...
* Sebelum beli sterilizer ni...selalu rebus botol2 Ammar ni dlm periuk besar.. kira2 dlm setengah jam selesai..ni cara lama..cara mak2 sy dulu... jadi agak penat.. sy pun amik la inisiatif membeli sterilizer ni utk memudahkn kerja2 sy..
Kegunaan warmer:
- utk memanaskan susu perahan (EBM) .. utk suhu pemanasan susu - 40 darjah celcius..
- utk memanaskan makanan ( ni mmg standby utk kegunaan Ammar da 6 bulan nanti) .. suhu pemanasannya pula 70 darjah celcius..mudah..cuma pusingkan knob/button tu ikut suhu yg tersedia.. penting suhu pemanasan ni utk mengekalkan nutrien susu/makanan..
ok..bawah ni sket demo utk sy share... (tlg betulkan yer kalo salah..)..
Langkah 1 : Basuh botol2
ok..ni pula sabun/pembersih utk botol Ammar..beli jenama Pureen di jusco.. harge kalo x salah RM19.90..ok..mmg sesuai utk basuh botol..
Langkah 2: masukkan sedikit air dlm bekas sterilizer di bhgn bawah .( sori lupe nak snap pict)..then, susun molek2 botol dan juga penutup/ puting spt dlm gambar yer.
Langkah 3: tutup sterilizer dgn cermat..
Langkah 4: buka suis .
Langkah 5: biarkan proses sterilize bermula...nanti akn dgr bunyi Beep menandakan proses sterilize da lengkap / siap...senang kan...Alhamdulillah..memudahkn kerja sy.. almaklum..agak terkejar2 sekarang..huhu..terima kasih abang atas sokongan utk isterimu ini...
Read more...
Thursday, February 17, 2011
Buku untuk kami..terima kasih abang!
Buku ini diberi kepada sy dan diri cik abg sendiri..utk bacaan bersama setelah hidup sbg suami isteri 1 thn 2 bulan..
comel kan buku atas ni..utk si comel kami la..abahnya selalu bacakan utk Ammar... Ammar pun leka tgk warna2 dlm buku ni..
yang ini pula koleksi kesayangan suami... buku edisi jimat ttg tokoh2 Islam (penulis Abdul Latip Talib).. sy adalah sempat baca 2-3 buku saja..Abang teruja nak kumpul koleksi buku2 ni..sbb katanya nak dapatkn gamabar lakaran pedang di sisi buku ni... heehe..
Read more...
Wednesday, January 5, 2011
Tahniah Adikku..
Salam semua.
Entri kali ni ringkas saja..nak ucapkan tahniah kepada adik bongsu sy - FarahAida yg mendapat kptsn cemerlang dlm PMR baru2 ni..
Alhamdulillah, adik dapat 9A (amik 9 subjek- tambah bhs arab)..Alhamdulillah ,berkat kesabaran serta doa adik,mak abah serta usaha yg dibuat berbaloi.
TAHNIAH YER..
Read more...
Monday, September 6, 2010
Zakat Fitrah..
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).
Syarat Zakat Fitrah
Islam
Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya
Kewajipan zakat fitrah
Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1)Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2)Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
3)Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
4)Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
5)Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
p/s: syukur telah melunaskan rukun islam ke-4 ini..

Syukur dipermudahkan urusn pembyrn zakat..sempat melunaskan semasa singgah di masjid pasir gudang
Read more...
Tuesday, August 31, 2010
Moga selamat semuanya..
salam ramadhan,
Alhamdulillah...sy mendoakan kesejahteraan sahabt2 semua..moga sentiasa di dalam rahmat Allah swt....
Dalam masa yg sama, sy juga mendoakan keselamatan dan kesejahteraan serta moga dipermudahkan urusan kepada suami tercinta yg bermula hari ini pergi bertugas di singapura selama 2 bulan lamanya...
moga sy kuat dan tabah utk melalui hari2 secara sendirian... pada mulanya agak sedih.. namun berkat doa dan kata2 suami kepada sy..sy cuba berlapang dada... insyaAllah..terngiang2 di cuping telinga bilamana suami menyatakan sy kuat dan sabar..dan sy pernah ditarbiyyah oleh Allah swt dgn ujian yg lebih besar daripada ini...
Doakan moga semuanya selamat..
Amin...

Wednesday, August 25, 2010
Kek untuk suamiku...
Salam Ramadhan semua...
Tiada coretan yg panjang..sekadar meletakkan sedikit gambar2 utk perkongsian bersama..Alhamdulillah..sempat juga diri ini membuat kek kukus coklat utk suami tercinta..memandangkan suami dah request kek ini sejak hari ahad lalu, baru semalam sy berkesempatan membuatnya..syukur..agak lewat tidur.. namun masih sempat menjamah pada suami yg balik lewat dr tempat kerja dan suami singgh tarawikh di psr gudang dulu...sempat lah sy menyimpan sekejap kek ini dalam peti sejuk..smpi saja di rumah, sy hidangkan nasi dan lauk..namun munkin kepenatan suami tak menjamah nasi.. lalu sy keluarkan kek coklat ni.. cepat suami bersuara, " Ya Allah, Subhanallah.. terima kasih buatkan abang kek.." ..akhirnya, suami makan kek saja malam tadi.. dlm hati sy rasa seronok..dapat memenuhi permintaannya..Alhamdulillah..
Antara bahan-bahan utk membuat kek..
Kek yg sudah siap disaluti kepingan badam (guna topping coklat)
Seronok melihat suami menjamah kek..dan mulutnya tak henti2 memuji...alhamdulillah..dapat juga buatkan kek utk abang..
Read more...
Friday, August 20, 2010
Software Training..syukur dipermudahkan.
Salam semua..
Syukur di beri masa dan ruang utk menulis..agak lama sy tidak mengemaskini blog..
Alhamdulillah.. selesai sudah sy menjalani kursus design- Taining Program for Pro-Engineering Wildfire 5.0 di ofis selama 5 hari berturut2..
Banyak sy belajar tentang software ni.. Software Pro-E ni kebanyakkan digunakan dlm bidang industri..semasa dlm pengajian di kampus, sy hanya mempelajari 2 jenis software iaitu AutoCad dan SolidWork.. jadi,bilamana masuk saja di bidang pekerjaan, banyak jenis software sy boleh belajar.. Alhamdulillah..
Oh, pengajar sepanjang kami berkursus ni namanya Mr.Leong.. Syarikat yg menawarkan khidmat mengajar pelbagai software 3D.Salah satu nya software Pro-E… Alkisah sebenarnya kami perlu ke Petaling Jaya memandangkan HQ utk training session berada disana.. namun, setelah berkira2 kos yg lain..company sy akhirnya memutuskan training ni dibuat di dalam ofis kami.. dlm hati sy suka yang amat..sbb agak sukar kalau sy dan rakan2 lain training disana.. factor utama, sy seorang saja perempuan.. dan yg kedua, sy kena tinggalkan suami berbuka dan bersahur seorang diri..Syukur dipermudahkan urusan..
Selama 5 hari kursus, sy rasa amat seronok.. kerana pemahaman sy ttg software 3D (more to mechanical design) bertambah..sebelum ni sy hanya tahu menggunakan AutoCad dan SolidWork..tp alhamdulillah, inysaAllah akan dtg sy cuba mahirkan diri dgn Pro-E yg sy da belajar ni..Amin…
Akhir sekali, sy titipkan gmbr2 sepanjang kami berkursus.. gmbr ni diambil pada hari terakhir sbg kenang-kenangan.. apa2 pun , sy rs seronok dgn kursus ini..Alhamdulillah…

Dari kiri: sy,koh,abg wandy,Mr.leong,Poong and Patrick (ada lagi seorng rakna tp xdtg hari terakhir-MC).
masing2 kyusuk menumpukan perhatian.. Oh,Pc yg kosong tu rakan sy yg MC..
* Maaf sy jadi tukang ambil gambar..jadi x dpt masuk sekali dlm kamera..dpt snap monitor sy cukup la (monitor yg ada design part warna coklat tu..huhu)..
Read more...
Thursday, August 12, 2010
Petua Mendapat Pasangan
| |
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya. 2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda. 3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh. 4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda. 5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. 7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda. 8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting. 9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda. 10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta. 11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang. 12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya. 13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan). 14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan. 15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. 16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri. 17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa. 18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita. 19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita. 20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci. 21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain. 22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut. 23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut. 24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya. 25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan. 26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita. 27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan. 28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya. 29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan. 30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama. 31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi. 32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak. 33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas. 34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya. 35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. 36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut. 37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya. 38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya. 39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita. 40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama. 41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda. 42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda. 43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai. 44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda. 45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai. 46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa. 47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita. 48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda. 49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri. 50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik. 51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin. 52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak. 53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi. 54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi. 55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan. 56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita. 57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya. 58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau 59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri. 60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat. |
Read more...
Petua kurangkan angin dlm badan
Subject: FW: petua kurangkan angin dlm badan
Petuanya ialah petua bagaimana untuk mengurangkan masalah angin dalam badan. Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah. Saidina Ali berkata ;
"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap."
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan
Senang jer.. Apa yang perlu anda buat ialah,
1. Cium atau hidu lah bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.
* Pastikan anda hidu atau cium dulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)