Salam semua,
Entri kali ni pula sy tujukan khas utk shbt2 sy yg bakal memberikan susu perahan ibu (EBM) utk baby mereka… kepada Fatihah (Selangor), yana dan kak zarah ( rakan ofis) , ida ( ex- roommate), dan juga jun (rakan) serta kepada semua rakan2 yg da bergelar ibu..
Sy ni pun budak baru belajar… ni pun nasib baik dpt tunjuk ajar dari Senior sy di UTM dulu.. kak Wawa - she is peer counselor of Breastfeeding.. blh tgk web die di http://www.wanazaini.com/. sy direct call kak wawa ni..selain kak wawa..sy ada juga bertanye kepada kakak yg satu branch dgn kilang sy ni..namanya kak zila..saja tanye die, disebabkan jadual kerja kami lebih kurang sama..alhamdulillah..berguna utk sy..dan semasa sy mengandung sy mencari maklumat dan info2 ttg penyusuan…
Di hospital pun ada jugak penerangn ttg penyusuan bayi.. dan syukur juga, hingga kini, sy masih memberikan Ammar susu badan even kena buat stok.. dan sy tidak spt ibu2 lain yg amat rajin membuat stok EBM.. dan peti beku sy pun x se’gah’ ibu2 lain..tp x mengapa..asalkan Ammar memilih susu ummi nie..
baiklah, sy mulakan dgn tatacara membuat stok EBM ni :
1) Biasanya hari bekerja, sy akan memerah 3 kali sehari : pukul 10pg, 2ptg dan 5 ptg.. tempat sy beroperasi di Surau..
Setiap sesi tu, kebiasaannya sy dpt perah 5 oz ( 1 botol penuh).. pd sy cukup juga.. jadi 3 kali sesi memerah..dptla sehari tu 15oz ..tp bergantung juga pada emosi…sbb pengeluaran susu ni akan terganggu jika emosi pun terganggu…jadi kena ceria2 selalu..mcm sy, method yg sy gunakan, sy rajin bawa kamera semasa memerah..sambil memerah..tgk gmbr Ammar, video die..
2) Ok, selesai memerah, biasa sy akan simpan ke dlm peti ais ofis di bhgn bwh (bukan tmpt beku).. dan jgn lupe labelkan tarikh,masa.. ini penting !
3) Apabila masa nk balik, sy akan masukkan botol2 td ke dlm cooler bag yg berisi ais pek. Ini utk memastikan suhu susu tadi maintain..
4) Dah sampai rumah sy akan terus simpan botol2 tu di peti ais bhgn bwh..
5) Dalam jam 9mlm ,setelah selesai kerja2 rumah, sy dgn hati yg girang pun menjenguk stok susu Ammar..hee. masa ni biasa Ammar da tidur, dan sy da selesai mengemas baju2 Ammar semua..
6) kemudian, sy akan turun kan stok beku sebanyak 3 bekas dadih ( biasa dlm setiap bekas tu sy simpan 3.5oz)..ke bhgn bwh peti sejuk. Dan 2 botol pula dari fresh yg baru sy perah di ofis..sbb Ammar minum sebyk 3.5oz setiap sesi…jadi baki yg fresh td tu sy akan simpan ke bhgn beku utk rotate stok beku.. stok beku yg diturunkan td, dibiarkan semalaman utk mencair..
7) Seawal jam 5.30 pg, sy bangun utk pastikan semula stok susu Ammar ditransfer dari bekas dadih ke botol2 Ammar.. Botol yg dibekalkan ke taska sy labelkan by numbering.. 1 – 5.. untuk botol nombor 1,2 dan 3, sy transfer susu yg da mencair dr beku td… manakala no 4 dan 5, susu yg fresh. jadi teacher Ammar akan guna no.1 dulu dan seterusnya..memudahkan kerja nya..biasa sy bekalkan sebyk 5 botol sehari..
8) Sebelum bergegas hantar Ammar ke taska, sy masukkan ice pack dan botol2 Ammar ked lm cooler bag… walaupun jarak taska dan rumah tidak jauh, namun sy masih gunakan ice pack utk kekalkan suhu susu..supaya nutriennya tidak hilang…
Nampak macam leceh kan? Mmg mula-mula sy nak sesuaikan keadaan mmg susah..lama-lama da biasa..sbb da jadi rutin harian... em,hari x bekerja sy akan pam juga susu, utk rotate stok dlm fridge.. risau juga x mencukupi..tp ape2 pun sy selalu berdoa moga rezeki Ammar masih ada...
insyaAllah, kepada rakan2 yg nak breasfeed baby sepenuhnya, sy akan sokong kalian semua... insyaAllah... seronok tgk anak2 membesar dgn baik hasil dr meminum susu ibu..
Di dalam al Quran ada beberapa tempat yang menyentuh tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ialah:
"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233)
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)
p/s: moga sy tabah dan sabar..serta ceria2 selalu utk menyusukan Ammar Faiz... terima kasih ats sokongan suami dan keluarga serta rakan2 semua..
No comments:
Post a Comment