Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Tahniah Abang !!

Salam semua..

entri ini sy buat khas utk ucapkan TAHNIAH kepada suami tercinta... kerana...berjaya mendapat hadiah sumbangan dari IKIM.FM kerana menyertai segmen "Kuiz Warna Pagi"...

Bukan main gembira cik abang dapat surat dari pihak penaja..opss.terlupa pula nk attach gambar surat yg diterima petang semalam... yang menariknya..hadiah yg diterima adalah..dengan menyertai Bengkel Al-Baghdadi Method di Kuala Lumpur pada 17 Julai ini... syukur2...

Ouh..Teknik Al-Baghdadi ni merupakan satu teknik Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Lebih banyak info silalah ziarah link ini : http://albaghdadimethod.blogspot.com/

Syukur dan tahniah ya abang... insyaAllah... balik dari bengkel tu..harap dapat share dgn sy n ammar..hehe..
Read more...

Sunday, January 2, 2011

Selamat Melahirkan Ammar Faiz..

Salam semua..




Alhamdulillah..sy telah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama AMMAR FAIZ BIN MOHD KHAIRUL pada 31 October 2010 jam 11.21 pagi…due sebenar pada bulan 12..tp bersalin awal ( 8 bulan).. mungkin ammar nak raya haji bersama kami..






hari ni hari pertama sy datang bekerja..jadi agak sedih sket berpisah sekejap dgn anak..


InsyaAllah, nanti sy post gambar ammar utk tatapan semua..
Read more...

Friday, October 15, 2010

saya kembali ..!!

salam semua,

syukur..kini sy akan update semula entri-entri baru dlm web blogspot ni..disebabkan..masalah server PC sy telah berjaya diselesaikn...akhirnya saya kembali.. tapi apa2 pun rakan2 masih boleh menjenguk ke laman wordpress sy utk entri2 yg tertinggal..
terima kasih semua..

Read more...

Monday, October 4, 2010

Pindah ke blog lain..

Salam semua,


Sedikit pengumuman.. mulai sekarang, sy akan update entri2 terbaru dalam blog wordpress sy… memandangkan ada sedikit masalah server di blogspot ini ..jadi,shbt2 sila lah menziarah http://farahdilah85.wordpress.com/ utk melihat entri terbaru..

Syukran atas kunjungan…
Read more...

Wednesday, September 8, 2010

SALAM LEBARAN DAN HATI-HATI PULANG KE KAMPUNG HALAMAN..

SEKALI LAGI SY DAN KELUARGA UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN..

Read more...

Sunday, September 5, 2010

Salam Lebaran dari kami..



Read more...

Sunday, August 8, 2010

SaLaM RaMadhaN..

Assalamualaikum,
Assalamualaikum,






Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita

bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah

Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Read more...

Tuesday, August 3, 2010

Qari Mesir, qariah Pakistan juara tilawah

KUALA LUMPUR Peserta dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan, Samia Khanan dinobatkan malam tadi sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.



Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara johan qariah mendapat 91.08 peratus.


kredit : kosmo.com.my
Read more...

Tuesday, July 20, 2010

Perhatian !! Shbt Kelab Remaja Ukhuwah. Singgah sebentar..!!

Salam semua..


Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Allah swt..ats nikmat iman dan Islam…

Coretan kali ini.. hanya utk meminta pendapat dan pandangan khasnya kepada bekas-bekas ahli Kelab Remaja Ukhuwah (KRU).. Kolej Tuanku Canselor, UTM, skudai..

Terdetik niat di hati utk membuat Alumni KRU..ni sekadar cadangan peribadi.. mungkin shbt2 KRU yg membaca blog sy ni boleh memberi komen dan cadangan… sy dan suami berada dalam kelab yang sama… rsnya alangkah sayangnya jika bekas2 ahli kelab yang lain kami sukar utk menjejaki di mana mereka sekarang dan apa kehidupan selepas pengajian.. sekurang2 nya dapat bertanya khabar…

Ada juga sy berbincang dgn jun (adik KRU juga).. dia sendiri ada menyatakan cadangan ini semasa AGM .. namun mungkin tiada maklum balas..

Jadi, di sini..sy menyeru agar shbt2 KRU sendiri memberikan komen dan pendapat atas cadangan ini.. moga ukhuwah kita semua makin mantap..insyaAllah…


Kenangan bersama muslimat KRU..

Read more...

Thursday, July 15, 2010

Konsert Nasyid

Salam semua,


Awal pagi, sy dapat SMS dari shbt –

“Konsert Nasyid Bersama Nazrey Johani pada 17hb Julai ,Sabtu di Dewam Taman Universiti, Skudai jam 8.30 malam..Tiket RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak2 12 thn ke bwh)..Mari Berhibur bersama Islam..”

InsyaAllah..sy da suami akan menghadirkan diri.. lagi pula, sy akan membantu utk menjaga booth kelab nisa’ (membuat jualan2 ).. Mudah2an perancangn sy dan suami utk sama2 memeriahkan program ini berjalan dgn baik..

Jadi, kepada shbt2 sekalian, jemputlah hadir ke Konsert ini.. bukan senang nak mendengar alunan nasyid dari Saudara Nazrey .. yok pergi ramai2…
Read more...

Tuesday, July 13, 2010

Salam tahniah

Salam tahniah sy ucapkan kepada kak musfirah dan suami..atas kehadiran orang baru dlm hidup mereka..


Semalam (13hb Julai 2010)..dapat email dari Kak Mus;

‘ Salam, akak dah selamat melahirkan bayi perempuan pd jam 2.09 petang..secara pembedahan…’

Teruja sy dapat SMS dr kak mus..yelah..agak kerap juga sy SMS dia bertanya khabar ..lagi2 semasa dia hampir utk bersalin..

Sekali lagi ucapan tahniah dr sy dan suami kepada kak mus dan keluarga.. boleh pakai baju raya sedondon dgn baby ..hii.
Read more...

Tuesday, June 29, 2010

5.12.86 ~ 27.6.10

Bismillahirahmanirahim....

Ya Allah, Engkau cucuri lah roh adinda ku - Mohd Farizan Idrus (24thn) yg telah kembali kepadaMu..
Engkau tempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman...

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

p/s:
1) Ya Allah, berikan aku kekuatan utk meneruskan kehidupan ini..Diriku lemah.. hanya padaMu aku bergantung pengharapan...

2) syukran kepada shbt2 yg menghantr ucapan takziah dan kata2 semngt...moga sy tabah dlm menghadapi ujian ini..

3) Syukran juga kpd 'uyun dan famliy yg dpt menziarahi keluarga sy di kluang..

4) Doakan sy tabah menghadapi keadaan ini.. ada kala diri ini terasa lemah.. tp disebabkn tiupan semngt dr suami ,keluarga dan rakan2..sy cuba bangkit.. moga emosi sy yg sedih ini tidak menganggu kandungan sy...insyaAllah..
Read more...

Friday, June 11, 2010

Akhirnya.. suami dah ada blog !!

Salam semua,

Sekadar ingin mempromosikan web blog suami sy.. Baru-baru ni , sy cuba memujuk dirinya utk menulis blog..sekurang2nya dapat la berkongsi dgn rakan2 yg lain..

Mungkin sedikit gambaran tentang suami..Sepanjang alam percintaan kami yg da hampir masuk 6 bulan ni (bercinta lepas kawin..hihhi).. apa yg sy perhatikan suami mmg gemar membaca..hampir separuh ruang tamu dipenuhi dgn buku-buku nya.. dalam masa yg sama, suami ni minat menulis.. pantang nampk kertas dan pen..ada saja benda-benda kreatif yg dia akan tulis..contohnya seperti pantun…lagi satu, siap ada satu fail yg dia sediakan utk menyimpan draft-draft ringkas / sinopsis cerita yang dia akan tulis.. kebiasaannya dia akan menulis draft2 ini lewat malam.. sy masa itu memang tak akan ganggu fokusnya..

Diharap dengan adanya blog ni, suami dpt lah berkongsi cerita dan ilmu dengan yg lain.. Silalah rakan2 berkunjung ke web blog nya : http://www.bicarakhairul.blogspot.com/

p/s: harap maklum, disebabkan masih baru, jadi x banyak input yg dapat diselitkan.. ! terima kasih…
Read more...

Wednesday, May 12, 2010

Al- Fatihah..

Pada jam 4.40ptg td, sy dpt satu SMS dari hasni ;


“ salam shbt2 semua, mohon sedekahkan al-fatihah dan yaasin kepada adik nurul ‘uyun, anas yg telah kembali ke rahmatullah tghr ni di HSA..


Sebak hati sy..masa ni sy sedang siapkn sedikit kerja di depan PC..

Salam takziah buat ‘uyun sekeluarga atas pemergian adinda tercinta , anas..
Moga ‘uyun dan keluarga redha dgn pemergiaannya..Allah swt lebih menyayangi anas..
Read more...

Tuesday, April 20, 2010

Syukur..selamat !!

assalamualaikum,,,

Alhamdulillah adik saya dh di jumpai... terima kasih pada sahabat2 yg byk doakan adik saya...


jazakallahu khairan kasiro...


Assalamualaikum..

-siti hajar-

Read more...

Monday, April 19, 2010

Tolong sama-sama doakan !!

salam semua,

awal pagi td..sy dikejutkan dgn kiriman SMS dari kak hajar (senior sy dulu)... Dia memberitahu bhw adiknya (jika tak silap adiknya bernama Ayu) dibawa lari oleh seorang lelaki.. Lantas sy kejut suami yg sedang tidur. suami yg mengenali kak hajar (sbb kami sama2 persatuan), minta sy sampaikan pd kak hajar supaya bersabar dan perbanykkn doa..
Masa itu, sy teringt semalam rupa2nya panggilan masuk dr no 04-XXXXXX adalah dari kak hajar di kedah..masa tu sy betul2 x sempat nk jawab panggilan..

Pg ni sy masuk ofis dan buka email, kak hajar forwardkn email utk memohon shbt2 lain mendoakn kesejahteraan adiknya..

assalamualaikum, kepada sahabat2... saya dengan rasa rendah diri, ingin memohon jasa baik kalian, doakan keselamatan adik saya yang diculik pada 19hb april pagi... di culik oleh seorang lelaki yang dikenali adik saya tetapi tidak dikenali oleh kuarga saya... saya nak mintak kejesama kalian, untuk doakan dia ingat kembali pada kuarga dan dapat pulang ke pangkuan kuarga kami dengan selamat..

saya mohon jasa baik kalian.... hanya Allah yang dapat membalasnya...



Jazakallahu khairan kasiro...
doakan adik saya... selamat kembali ke pangkuan keluarga... dan ingatan nya pada kuarga kembali...
terima kasih semua....
assalamualaikum....



Sempat juga sy telefon kak hajar td, dan dia kini di Sekolah (mengajar)..jadi kami tak dapat berbual panjang..sy pesan padanya supaya beritahu sy jika ada perkara2 yg perlu.. InsyaAllah..sama2 doakan...

Read more...