Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.3kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).
Syarat Zakat Fitrah
Islam
Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya
Kewajipan zakat fitrah
Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1)Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2)Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
3)Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
4)Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
5)Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
p/s: syukur telah melunaskan rukun islam ke-4 ini..
Berjalanlah dgn penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dlm Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kpd Allah swt walau Dia tak kelihatan. Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman ini..
Monday, September 6, 2010
Zakat Fitrah..
Syukur dipermudahkan urusn pembyrn zakat..sempat melunaskan semasa singgah di masjid pasir gudang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment