Salam Aidilfitri..
Syukur alhamdulillah..diberi ruang masa dan kesempatan utk menyambut hari raya bersama2 keluarga…tahun ini, merupakan tahun pertama sy berhari raya sebagai seorang isteri…dan juga pertama kali sy berhari raya dalam keadaan yg agak sarat mengandung ( 6bulan)..tp alhamdulillah..kudrat masih diberikan Allah swt…masih berupaya utk melangkah kaki menziarahi sanak saudara di kedua2 belah pihak keluarga (keluarga sendiri dan mertua)…
Sy dan suami mula bercuti pada 9hb Sept sehingga la semalam (13hb)… cuti tidak banyak di ambil..memandangkan suami perlu bertugas di singapura hari ni… walau apa pun, sy bersyukur ..masih diberi peluang utk beraya bersama keluarga tercinta…
Raya pertama kami di kluang (rumah keluarga sy)…selesai melaksanakan solat sunat aidilfitri, kami makan makanan yg disediakan oleh mak dibantu sy dan adik..selesai makan dan rehat seketika.. sesi bermaaf-maafan pula.. saat ini, sy tak mampu menahan sebak..melihat mak abah menitiskan air mata… sempat juga kami merakamkan gambar kenangan di pagi raya…
20 minit selepas itu,kami meneruskan perjalanan ke pontian..jalan agak sesak dgn kenderaan yg berpusu2 berhari raya… kami tiba di kampung dlm jam 2 ptg..setelah selesai solat jumaat di ayer baloi… di kampung,dapatla juga berjumpa dgn makcik2/pakcik2 serta sepupu2 yg comel… disamping menziarah atuk yg terlantar sakit di ruang tamu… kali ini juga ray tidak semeriah dulu… atuk sy masih belum pulih dari sakitnya..moga atuk tabah menghadapi ujian kecil dari Allah swt ini..moga atuk cepat sembuh yer…dalam masa yg sama kesedihn kami berkurang..bila mana melihat keletah sepupu kami Nadeem bermain2..leka pula melihatnya..insyaAllah..tahun depan Nadeem akan dapat kawan baru yer..hee..
alhamdulillah..makcik2 semua menghidangkan kami ketupat,rendang, burasak (makanan org bugis..setiap thn kami akan buat)… terima kasih semuanya.. sedap..mohon maaf sbb thn ni sy dan mak x dapat membantu spt sebelumnya kerana kami berhari raya dulu di kluang….
Petang pula, kami menziarah ke rumah mak long (kakak abah)..dapatla berjumpa dgn sepupu2 dan anak2 mereka… dapat juga suami berkenalan dgn mereka dgn lebih rapat…Sebenarnya kalau sy ke rumah mak long..pasti sy mencari sambal tumis nya yg sedap..tp tiada rezeki… Cuma merasa ketupat dan rendang..alhamdulillah..syukur…
3 comments:
Salam Farah..Selamat Hari Raya Aidilfitri..Wah seronok bebenor raya yek..Xpe..Tahun nih berdua, tahun depan dh bertiga plak..blh kutip duit raya..heheheheh
salam abudine83,
trima kasih..insyaAllah..thn depan bertiga.. sama la kita kan...
salam farah..
comelnya mama to be ni pakai jubah raya.
=)
tahun ini beraya belah farah dulu ye.
mmg plan ke?
Post a Comment